December 10, 2011

Antara yang sweet dia sebagai suami

Sepanjang hari saya merengek je dekat Fandy nak sangat makan meatball IKEA. Dia ajak pergi IKEA petang lepas waktu kerja. Tapi rasa macam nak pergi malam tak larat. Penat kerja seharian. Saya cakap nak pergi hujung minggu. Dia kata ok.

Petang lepas waktu kerja, saya banyak kerja lagi. SMS dia cakap ambil saya kerja lewat. Dia kata ok. Lewat petang tu, saya call tanya dia dekat mana. Dia kata dah sampai. Saya kata saya dah dekat motor dia. Dia kata, dia da belikan makanan.

Saya ajak dia masuk office, makan sama-sama. Dia buka beg besar dia. Banyak tupperware dia keluarkan. Kemudiannya, baru saya nampak ada tupperware berisi makanan. Meatball IKEA!!!!!

Dia naik motor dari Cheras, ke IKEA, semata beli Meatball dia je. Terima kasih sayang....

December 9, 2011

Dikritik dan Mengkritik

Terlalu mudah bibir dan lidah menari menghamburkan kata-kata kritik. Tidak terhadap diri sendiri, tapi kepada orang-orang sekeliling. Yang paling rapat? atau yang tidak langsung dikenali? keduanya mungkin..!

Melirik mata memandang ke cermin. Terlihat bayangan diri sendiri. Adakah terlalu sempurna tubuh yang dilihat? Layakkah kata-kata kritik diluah pada yang lain? Egoisma yang tidak mungkin menidakkannya. Lalu diangkat dagu, berjalan mendada, menunduk memandang yang lain.
Ketuk pintu hati, bertanya di mana murni diri.

December 8, 2011

Selamat Ulang Tahun Sayang..

081208
Batu Feringghi, Pulau Pinang

Memori beriringan di night market. Kita saling menjeling, meraup kebahagiaan malam dalam masa sama menghargai hubungan cinta yang tersimpul pada hening petang tadi. Berjanji untuk seia, berjanji untuk membahagiakan, dan berjanji untuk terus sayang

081211
Kuala Lumpur

Tidak seindah berjalan di Pulau Pinang. Namun, terlebih indahnya beriringan ke tempat kerja, dahiku dicium suami tercinta, dibekalkan makanan tengahari, dijemput pulang dengan senyuman mesramu, dan berdua sentiasa sehingga ke dinihari subuh esoknya.

Indahnya manis perkahwinan. Tiada bandingnya dengan hanya sekadar bercinta. Alhamdulillah dan syukur dikurniakan cinta sejati. Cinta ini InsyaAllah dipelihara, untukmu suamiku.

December 2, 2011

Honeymoon Trip???

Pangkor Island?

Ye! Fandy plan untuk honeymoon kami di Pangkor! Tapi, part yang mencabarnya ialah, kami hanya ada tiket bas pergi dan balik sahaja! Selain itu??? Tempat tinggal dan sebagainya...??? haihhhhhh.....

Dia kata, dia nak buat trip ni sama macam masa kitorang buat trip ke Penang dulu. Naik bas, sampai sana baru booked hotel, etc etc. Nasib baik saya pernah pergi sana SEKALI!! Sekurang-kurangnya, tau lah mana nak pergi ke apa ke..

Tapi, walaubagaimanapun, dia sweet sangat sebab rancang sesuatu. Hari pergi kerja pun, mood untuk kerja dah takde. Sebab tengah teruja nak pergi bercuti bersama si suami!! heeeee~~~

December 1, 2011

Effandy & Darleen - The Story


Salam semua!!
"Effandy & Darleen - The Story" .

V-log yang mengisahkan percintaan kami. Dari zaman perkenalan sehinggalah ke detik kami diijabkabulkan.Gembira, sedih, sakit, sihat, susah, senang, dan segalanya diceritakan di sini.

Terima kasih yang tak terhingga buat sahabat, Asilah dan Naqyah di atas hadiah perkahwinan yang tak berharga ni. Terima kasih sebab shoot video kitorang dan berusaha sekerasnya untuk jayakan tayangan video ni di hari persandingan kami.

" Aku tak tau macam mana aku nak balas jasa korang, tapi aku memang berterima kasih sangat dan berbesar hati sangat dengan segala usaha korang. Terima kasih.. And you must know, that I love you both so much."

Muahhxxx...~~~

November 16, 2011

Ijab dan Kabul


Salam semua!!
Terlewat mungkin. Tapi chill la kan.. (",)

Alhamdulillah. Tarikh keramat, 11 November 2011 (11.11.11), bersamaan 15 Zulhijjah 1432H, jam 11.11 am, bergelarlah saya sebagai isteri kepada jejaka kacak Mohamad Effandy bin Anuar Gan.

Berdebar jangan dikata. Tidur malam tak lena, asyik terfikirkan esok hari. Mata ni memang tak terpejam, walhal dah jam 3.00 am. Tapi, tak membantutkan langsung semangat nak bangun subuh hari, terlalu gelisah! Mungkin...

Dingin pagi tu, segera mempersiapkan diri, bersalin pakaian, berdandan, bertudung lantas berwuduk. Sementelah itu, saya diminta turun. Degupan jantung boleh diibaratkan selaju taufan halilintar! Bayangkan......

Duduk rapi berlapikkan bantal nikah, seerat mungkin jemari ni menggenggam erat tangan Mieza. Air mata panas mula bergenang di kelopak mata, menahan sayu. Terasa jelas tangan Mieza mula kebas, mungkin mengenangkan sahabatnya yang gemuruh dia menahan keras..

Terasa, gelora di hati makin bergelodak lalu menatap indah wajah dia. Terlalu tenang walhal tangannya sudah digenggam rapi oleh papa.

Lalu,
" Mohamad Effandy". "Ya saya", jawab Fandy.
" Aku nikahkan dikau dengan anakku, Darleen binti Haji Md Ramli dengan mas kahwin 300 Ringgit, tunai.."
" Aku terima nikah Darleen binti Haji Md Ramli dengan mas kahwin 300 Ringgit, tunai"

SAH!!

Alhamdulillah.! Deras laju air mata mengalir, menitis tanpa henti. Entah kenapa, keluarga, sahabat, jiran, dan semua lah yang hadir turut menangis. Mungkin, keikhlasan di hati menerima dia sebagai suami dan segala penderitaan dan cabaran yang telah kami lalui turut dirasai. Terharu dan menyentuh perasaan..!

Dan kini,
aku adalah isteri Mohamad Effandy bin Anuar Gan yang sah.

October 31, 2011

Behind the scene #18


ini lah gambar pertama yang buat saya tertarik pada fandy untuk pertama kalinya.!!

October 20, 2011

Heart Game #20

Mengalir air mata untuk seterus kalinya.
Kepada siapa untuk kuluah. Tiada siapa memahami.
Terseksa sangat. Sangat. Ya Allah. Padamu ku

October 18, 2011

Heart Game #19

Meluahkannya terasa pahit.

Namun menyimpan segala yang tersurat lebih perit.

Ya Allah. Apa yang cuba kau uji??


detik 11.11.11 #7


MAP UNTUK KE RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN


MAP UNTUK KE RUMAH PENGANTIN LELAKI

detik 11.11.11 #6

Assalammualaikum kepada semua sahabat!!

Anda semua dijemput ke majlis perkahwinan saya;

Tarikh : 12hb November 2011
Tempat : 35, Jalan Suasana 4/5, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras
Jika tidak berkesempatan ke rumah saya, boleh ke belah pihak lelaki iaitu;

Tarikh : 20hb November 2011
Tempat : 11, Jalan Mega 10, Taman Mega Jaya, Ampang

October 17, 2011

October 11, 2011

Ada Sesetengah #2

Ada sesetengah orang yang bersifat sangat bongkak dan angkuh. Dan keangkuhannya itu ditambah dengan sifat munafik yang ada. Berlagak sopan dan beragama di depan, tetapi mulut mengalahkan puaka malah suka melemparkan kata-kata kesat.

Astaghfirullahalazim. Benci hati tika melihat wajah manusia sebegini.

October 8, 2011

Ada Sesetengah #1

Ada sesetengah orang yang mudah meluahkan kata cinta. Hanya dengan melafazkan walau tanpa pengertian.

Kenapa terlalu mudah? Mencuba merampas hati, namun akhirnya sekadar kata-kata manis.

Tidakkah mereka sedari ada hati yang terluka? Hati yang sakit memikirkan segala kemungkinan?

September 15, 2011

BusyWorld #6

typical Melayu kerja. malang!

mereka memandang kepada senioriti 'berapa lama aku kerja sini'. too bad lah. this kind of mentality yang most of the PLC company would avoid.

kerja sambil lewa, lepak borak sana sini. and then, when it comes to salary, bonus, too much complaints. kena ikut productivity you la sister!

working as a Risk & Compliance exec really show me the real attitude, the real scenery, the real scenario of all. this is experience. i don't mind bila that kakak kakak yang asyik lepak-lepak tu duduk cakap pasal i baru kerja la, pakai baju ini itu la. urgh!

i am the center of attraction nampaknya.! proud of that! and will prove to u typical kakak-kakak, i am superior good tau. see my kembang nose ok??

September 5, 2011

Heart Game #17

I am a great listener, but when it comes to my own conflicts, I tend to keep to myself

Heart Game #16

In the end, you're just a typical guy dragging a girl along cause you're not really sure what you want.

Heart Game #15

It kills me to know that you might not feel the same way about me as I feel about you.

August 15, 2011

Happy Anniversary!


Alhamdulillah. 2 tahun sudah berlalu. Syukur kerana masih utuh ikatan yang terjalin.

Terkenang saat gemuruh hati menunggu kedatangan awak dan keluarga. Tak senang duduk, berjalan sana sini. Rakan dan sahabat yang tak putus-putus cuba untuk mententeramkan gemuruh ne. Tapi, masih, hati meledak tunggu meletup.

Terkenang saat saya turun dari tangga menuju ke bakal mama. Saat turun dari tangga, saya cabut kasut saya sebab khuatir jatuh. Tertunduk sipu malu masa menuruni anak tangga, tapi saya sedar banyak mata yang memandang. Bertambah gemuruh!

Terkenang saat cincin disarungkan di jari. Terasa panas mata menahan air mata. Terharu sebab hubungan yang bermula sebagai kawan, diikat dengan ikatan pertunangan. Dalam doa yang dibaca, menitik setitis air mata yang tidak dapat ditahan. Dalam hati, saya berdoa semoga ikatan ini tiada penghujung.

Terima kasih Effandy, kerana memberi peluang kepada saya untuk merasa curahan kasih sayang dari awak. Terima kasih kerana masih bersabar dengan saya. Terima kasih kerana tidak pernah putus asa terhadap saya. Terima kasih kerana menerima saya seadanya. Dan terima kasih kerana masih berjuang untuk cinta saya.

InsyaAllah. Jika takdir Allah tertulis untuk kita bersatu dia dunia dan akhirat, maka tak ada apa yang dapat memisahkan kita. Segalanya terserah pada-Nya. InsyaAllah.

August 11, 2011

Shadiq Rani

entah sejak bila, kau kawan baik aku. malam yang kau dan yang lain serang rumah tu agaknya. heh! sumpah rindu gila kat kau. almost 10 years la kan.!!

entah sejak bila, segala rahsia aku ada kat kau. jarang dah kita lepak sekarang ni. tapi aku rasa, aku selesa cerita kat kau lah. thanks shadiq.

entah sejak bila, kau semakin besar. haha! ingat pulak zaman kau kurus dengan rambut serabai. tapi sekarang da besar dan rambut lurus? urgh! relaxing lagi?? haha

thanks shadiq. thanks!!

August 10, 2011

Heart Game #14

I wish life was simple like it was in primary school. Where picking the bow for the hair was the hardest decision I made all day.

Behind the scene #16

LifeGame #2


The Prophet explained in one Hadith that Ramadhan is a month whose beginning is Mercy, whose middle is Forgiveness and whose end is freedom from the Hellfire. This makes it a great time to ask Allah SWT for His Forgiveness

LifeGame #1

A person goes to the gym to keep their body in shape, but the strongest person kneels to their LORD to keep their soul in shape.

Behind the scene #15

the Gan's

August 9, 2011

Selamat Hari Lahir En Izan!!

En Mafarizan Ismail!!

Selamat Ulangtahun Kelahiran
yang ke? err. mungkin perlu dirahsiakan demi saham En Izan.!

erm. ucapan khas dari saya :

Subuh tiba selepas berakhirnya malam, begitu juga dengan kejayaan.
Kejayaan tiba setelah berakhirnya kegagalan.

Pengorbanan yang dicurahkan selama ini, pasti akan dilimpahi dengan nikmat. Nikmat yang mungkin tidak diketahui dan tanpa disedari.
Alhamdulillah, bertemu lagi tahun ini dengan perjuangan yang baru.
Perjuangan yang mungkin merubah segala derita.
Jangan pernah ada kamus putus asa. Usah dibiarkan nafsu mengusai akal.
Pasti. Pasti satu hari nanti, melangkah jauh beribu batu di puncak.
InsyaAllah. Hidup terlalu berliku. Salah dan dosa sentiasa beriringan.
Namun, tanpa setiap kesalahan itu, tidak berdiri pendirian yang kininya utuh.

Percaya pada takdir. Percaya pada diri. Tidak akan pernah Allah mengatakan terlambat untuk memulakan sesuatu.
Semoga tahun ini, segalanya akan bermula lebih baik dari yang sebelumnya. InsyaAllah

Behind the scene #14


this is so random awak. sorry!!

August 6, 2011

HeartGame #13

Cuba kau dengar, cuba kau cuba
diam bila ku cuba, tuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada,
bila ku perlu tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara, setia ku mendengar
agar tenang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain yang bisa kau buat begitu
dan bila tiada lagi teman bermain kau pulang mendapatkan aku
itulah aku…padamu

Cuba kau lihat, cuba kau cuba
renung ke mata aku bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
bila ku perlu tuk menyatakan rasa sakit dalam diri

Dan bila kau perlu ,
setia ku menunggu agar senang kau merasa

Maafkan kerana aku tak pernah terlintas tuk menulis pada mu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar..
untuk kau melihat ke mataku


August 3, 2011

HeartGame #12

bila rindu, hati meronta-ronta ingin menyebut dan melaungkan namanya.

bila rindu, mata semakin panas menahan titis air mata yang bergenang.

bila rindu, tangan terasa pantas ingin sms, namun terhenti disitu.

bila rindu, akhirnya tubuh dilabuhkan di katil lalu muka ditekup ke bantal, air mata mengalir deras!

August 2, 2011

Behind the scene #13


Ramadhan #1

syukur alhamdulillah , masih sempat diriku bangun pukul 5 pagi dan bersugi, mencuci muka, dan bersedia untuk bersahur. betapa besarnya rahmatMu ya Allah!

syukur alhamdulillah, masih sempat diriku berjaga di siang hari, melakukan pekerjaan di pejabat, bergerak bebas ke sana sini, dan mengerjakan solat wajibku. betapa hebatnya kebesaranMu ya Allah!

syukur alhamdulillah, masih sempat diriku duduk di meja makan bersama keluargaku dan menjamah juadah berbuka bersama. betapa agungnya anugerahMu ya Allah!

July 28, 2011

July 27, 2011

detik 11.11.11 #5

Ini SERIUS!!!

Hai kawan-kawan blogger sekalian.. Saya amat memerlukan recommendation dari awak semua mengenai:

1. SPA yang menawarkan khidmat Pengantin Baru
2. Cakes & Cupcakes baker

INI SANGAN URGENT. Sila sertakan LINK tau.

Behind the scene #10


kesayangan saya !!!!!

July 25, 2011

Heart Game #11

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa dicintai
Tak mengapa bagiku
Asalkan kau pun bahagia dalam hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku
Mencintaimu pun adalah bahagia untukku

Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya

Dan izinkan aku
Memeluk dirimu kali ini saja
'Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

July 22, 2011

Heart Game #10


runtun hati memikirkan realiti
terlalu rumit untuk diperkatakan
malah terlalu sukar untuk ditafsirkan

adakah masih ada sinar cahaya
untuk menerangi segala kegelapan
kerana hati letih untuk meratapi

saat malam mendatang
diselubungi erat hiba
maka titis air mengalir tanpa henti

Behind the scene #9



Lelaki yang Kacak

Rasulullah (s.a.w.) sabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata, 'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (s.a.w.) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Saat Anda membawa Al-Quran, syaitan tengok biasa saja.
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung

July 21, 2011

Heart Game #9


Sometimes the issue is not so important and even not required the mind to configure the matter. But, I just not able to control my mind and emotions. The adrenalin inside is pushing me to act spontanously. The worst part, the spontaneous action results with bad argument!

July 20, 2011

July 19, 2011

BusyWorld #5


This is my third week of working at IJN! Alhamdulillah, everything is great here, except for the massive workload. But, thank God! I get the chance to work with greatest, funniest, and craziest people!! They are seriously mad people, and this includes my Senior Manager tau!

What surprises me kan, I gained weight! 1.5kg in 12 days?? Like seriously ke? I wonder what my weight would be for the next 12 months! Well, I easily get hungry at work. Nothing I can do about it.

I had a busy week recently. Mainly due to the process of ‘audit follow-up’ from one department to another. But, I am okay with that. My colleagues do support me much, and I don’t feel stress working with them.

Thank you, En Afendi, En Izan and Mira!

(o_o)

Heart Game #7

I am not as strong as you thought. But maybe I am good at hiding my sadness. I can't say much. I don't know what to say more. If only you know what I've been through.

If only you know how much I need you.

Just that, you don't need me as much as I do..

from the beginning...

July 15, 2011

detik 11.11.11 #4


Time flies so fast, I even didn't realized that only 4 months left before the big day. My big day i repeat! O Allah! Am I ready for this? I know, I am the one who get so excited to get married at first. But, as time passes, as thruth reveales, as problem arises, this marriage thing is too tough to even talk about.


And most of all, I can't share the feelings inside with others. I just can't. I know, my friends will always there to at least listen to me. It's all because, I even not able to configure what is going on with me. Is it me or the external forces?


I just leave it to Allah. He knows what's best.

July 14, 2011

Heart Game #5



I just need to let my heart wide open. I need to stay strong. And praying for Allah to guide me through this. I started everything and it should be me to stop all this.

I .... have nothing more to say.

*tearsfalling


Behind the scene #7

smile eventhough your heart is breaking.

smile eventhough your heart is aching

Heart Game #4


I need to reach back into the past to see what I can make of it. Though some of it was painful, and some was unnecessary, all of it made me who I am now, and I am more in touch with the good than with the bad.


I hope so.


July 13, 2011

Behind the scene #6



Rindu lah KAMU!!! Dan paling rindu UMAMAH AMIRAH ALI

(tiada dalam gambar. haha)

Heart Game #3


My daily horoscope told me to try to discuss whatever is on my mind with the right people today, even if it starts out uncomfortably. It says that my energy is just right for speaking truth to the right people, and they are ready to hear it.

Can i rely on this??


Heart Game #2


Facts may be facts, but when issues involve somebody you care about, you tend to take a gentle approach to even complex dilemmas. While this may eliminate others' anxieties now, within a short time they'll reappear. It would be better to tackle these in a fortright, if tactful, manner from the outset.


July 12, 2011

Heart Game #1


Go where you are adored, not where you are ignored.

But it just me. I wanted to be in the situation where i've been ignored. It's all me!




Heart Game


Well, you might achieve a point where in a game, we called it



" just roll the dice and go with it"



July 6, 2011

BusyWorld #4

Alhamdulillah


Syukur Alhamdulillah. Dah 4 hari saya bekerja. Semuanya lancar dan seronok lah! walaupun demam da masuk 3 hari dah. Tapi masih gagah bekerja.


Alhamdulillah, tak ada lagi perasaan mengeluh. Rasa seronok bekerja, masa berjalan dengan cepat bila kat office. Sampaikan tadi, rasa macam tanak balik sebab nak siapkan kerja yang berlambak.


Tapi insyaAllah, esok mungkin OverTime kot. Memandangkan Risk & Compliance Committee (RCC) meeting patutnya berlangsung 25 August, tapi tiba-tiba CEO nak meeting tu dipercepatkan pada 22 July! Sementelah tu, meeting dengan Board of Director (BOD) akan berlangsung pada 5 August!


So, memang terpaksa la kami yang 4 orang ne, termasuk En Afendi selaku boss saya tu bekerja lebih masa. Semakin hari semakin banyak kes yang berlaku. Dan semakin banyak document yang kena revised.


Demonstrasi



  1. Kita tak dapat nafi bahawa berdemonstrasi mempunyai tempat dalam pengamalan demokrasi



  2. Saya baru kembali dari lawatan ke Mesir. Seperti kita semua maklum satu demonstrasi besar di Kaherah telah berjaya menjatuhkan Kerajaan Hosni Mubarak


  3. Tetapi kesan demokrasi tidak terhad kepada kejatuhan Kerajaan. Ekonomi Mesir merosot dengan amat teruk. Mesir, yang banyak bergantung kepada pelancongan mengalami kemerosotan 80 peratus semasa demonstrasi berlaku. Hari ini pun pelancong belum kembali dan banyaklah hotel yang kosong.



  4. Serangan terhadap polis adalah satu jenayah. Sudah tentu jika polis diserang, maka polis terpaksa menggunakan kekerasan. Jika polis guna kekerasan maka ini akan dijadikan isu oleh yang berdemonstrasi.


  5. Mungkin kerana ingin mengelak daripada tindak balas maka polis diarah berundur dan tinggalkan tempat demonstrasi tidak terkawal. Keadaan ini merbahaya kerana orang awam tidak mendapat perlindungan polis lagi.



  6. Sudah tentu pemulihan ekonomi terganggu. Pelancong tidak kembali dan jauh sekali pelaburan oleh pelabur tempatan dan asing. Pengangguran bertambah dan yang miskin menderita bertambah.


  7. Walaupun demonstrasi diterima dalam demokrasi, ia tidak boleh diguna dengan sewengang-wenangnya. Jauh daripada memberi manfaat kepada rakyat, ia menambah masalah bagi rakyat.



  8. Pihak tertentu merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 9hb Julai ini. Apakah benar demonstrasi ini bertujuan membersihkan proses pilihanraya?



  9. Jika disemak tuntutan yang dibuat lebih merupakan tuduhan terhadap Kerajaan dan bukan tuntutan sebenar. Tujuannya ialah untuk memburukkan Kerajaan supaya meraih sokongan dalam pilihanraya akan datang.



  10. Walaupun pengurusan pilihanraya di Malaysia mempunyai beberapa kelemahan tetapi hakikatnya di Negara ini parti lawan boleh menang. Demikianlah pentadbiran pilihanraya di Malaysia sehingga pada tahun 2008 parti lawan dapat menawan lima buah negeri, satu wilayah dan berjaya mengurangkan ahli Dewan Rakyat sehingga tidak tercapai matlamat dua pertiga seperti yang biasa dimenangi oleh parti Kerajaan



  11. Bandinglah dengan pilihanraya di Negara-negara lain termasuk jiran terdekat kita di mana parti bukan Kerajaan tidak dapat wakil dalam dewan sama sekali. Yang menang daripada parti lawan akan dituduh dengan pelbagaituduhan dan dihadapkan ke mahkamah. Maka mahkamah pun menghukum mereka salah dan tidak dapat mengambil tempat mereka dalam dewan. Ada yang dibenar masuk tetapi tidak berani bercakap. Kalau bercakap tidak akan dilapor dalam media.



  12. Ada pula diwujudkan kumpulan pembangkang dalam parti kerajaan. Ini adalah satu sandiwara politik.



  13. Dalam pilihanraya yang baru lepas pun banyak tekanan digunakan oleh Kerajaan berkenaan. Sebab itu jumlah calon pembangkang yang menang amat kecil



  14. Malangnya terdapat di Malaysia parti yang berasas dari parti negara jiran ini yang ingin supaya negara ini juga menerima contoh pentadbiran negara jiran. Seperti dengan parti di negara jiran, pada mulanya janji dibuat untuk mendirikan Kerajaan yang baik dan adil. Apabila sahaja rakyat memberi kepercayaan jenis pemerintahan yang didirikan jauh berbeza daripada yang dijanjikan.



  15. Memang pun ada sekatan tertentu di negara ini terhadap kebebasan liberal yang didapati di negara barat. Sekatan ini diperlukan kerana mengelak daripada huru-hara berlaku.



  16. Pada 1969 berkemben dibenar sepenuhnya iaitu enam minggu. Pada masa kempen, parti politik menggunakan perkauman untuk menarik sokongan. Parti-parti Kerajaan pun terpaksa menggunakan soal perkauman. Balas-membalas berkenaan isu ini dalam kempen menyebabkan ketegangan antara kaum-kaum. Dengan itu berlakulah 13 Mei yang berdarah



  17. Untuk mengurangkan kemungkinan kempen membakar hati, maka dikurangkan masa berkempen. Lagi pun parti pembangkang berkempen sepanjang masa. Perhimpunan dalam rapat parti pembangkang lebih kerap daripada parti Kerajaan. Demikianlah kebebasan di Malaysia



  18. Tidak ada sebab kenapa demonstrasi perlu diadakan di negara ini. Wakil Rakyat parti lawan begitu ramai. Jika kajian perlu dibuat berkenaan undang-undang dan pengurusan pilihanraya, peluang yang banyak terdapat dalam dewan-dewan untuk membangkit dan membahas perkara-perkara ini. Tetapi peluang-peluang ini tidak digunakan sepenuhnya. Sebaliknya demonstrasi hendak diadakan. Apa tujuannya? Membersihkan pilihanraya atau mencuba memburukkan imej parti Kerajaan?



  19. Di Mesir saya ditanya kenapakah pentadbiran negara Islam tidak ada yang baik. Saya terpaksa mengaku yang orang Islam mudah diperalatkan.




Petikan diambil dari Facebook Tun Mahathir

July 1, 2011

BusyWorld #3

Alhamdulillah

Hari pertama di office yang .. err.. boleh dikatakan menyenangkan hati. bukan nak cakap kerja senang tau, kerja dia susah gile. cuma environment pejabat tu yang menyenangkan.

Kalau ikutkan biasanya staff baru akan diberi satu file company untuk kita baca, faham dan menghayati principal company tu. tapi!!! Senior Manager saya mmg best! dia tak bagi buat semua tu, dia terus bagi TASK! so, skg ni, dah ada 2 task dalam tangan, dan deadline dia Jumaat (8 July) depan.!!

Tadi first day dah belek-belek file, documents, dan banyak lagi la benda yang perlu untuk follow up sekaligus identify risk and auditing. Kalau ikutkan memang stress lah. Namun, alhamdulillah. Rasa selesa sangat.. Harap berterusan la ye!

Makanya, saya akan bekerja sungguh-sungguh!!! ECEH! (",)

June 30, 2011

BusyWorld #2

Alhamdulillah.

Semua urusan yang perlu di'settle'kan before naik office dah SIAP!

1. Payment untuk convo robe dan form dah siap hantar.
2. Attendance form untuk convo pun da fax.
3. KWSP dah register.
4. Maybank2u pun da activate.
5. Medical checkup dah buat dan dah hantar report kat office.
6. Dah buat closing account untuk EMPHORIA.

lepas lega semua benda da selesai. selalu bila ptg2 mcm ni, hari-hari pun susah hati sibuk apply kerja semua. sekarang ni, bila ptg2 mcm ni, online pun dah tak tau nak buat apa sbb semua da SIAP!

so, ptg ni nak merehat-rehatkan diri sahaja. ok tak mcm tu?


June 29, 2011

BusyWorld #1

Alhamdulillah.

Syukur sebab setelah sekian lama mencuba dan terus mencuba untuk mendapatkan pekerjaan. Akhirnya, ada rupanya rezeki itu untuk aku.

Namun, masih tidak pasti bagaimana suasana pekerjaan yang bakal aku hadapi bermula 1 Julai ne. Gemuruh sangat sbb ini adalah yang pertama.

Hai Institut Jantung Negara. Treat me well ok?
And say hello to the new and only
Risk & Compliance Executive, Darleen Ramli!


June 27, 2011

Jatuh Cinta Lagi

mata itu, selalu memandang tajam. aku dilanda gemuruh pada pandangan itu. ku hanya mampu membalas pandang lalu tersenyum. bahagia menyelubungi tika itu.

bibir itu, selalu mengukirkan senyuman. aku terjatuh, jatuh cinta untuk kesekian kalinya. kata-kata yang diluah dari bibir itu terlalu manis untuk ditelan. namun, kata-kata itu lah yang sering berputar di akalku saat ini.

tangan itu, selalu pantas berlari mencubit. aku tak mampu menepis, namun tidak pula marah. aku suka. suka pada setiap sentuhan.

jatuh cinta lagi

June 22, 2011

behind the scene #5


haha! ini lah gambar pertama fandy yang saya tengok dan curi dari elly! dan sebab gambar ni jugak lah, saya pun tak faham kenapa boleh suka dengan dia ne.

bukan kacak pun kan??? heh

detik 11.11.11 #3

nampaknya tarikh nikah dah tinggal lagi kurang dari 6 bulan!

namun, segalanya masih dalam kawalan (rasanya lah!). dan memandangkan saya lah wedding planner, saya lah wedding designer, saya lah segala 'er'. maka, segala tenaga dan keringat ne mmg tak pernah mampu berehat lebih dari 8 jam sehari.

dan sebab utama saya nak buat semua sendiri, sebab, saya
SUKA SANGAT MAJLIS PERKAHWINAN!!
jadi, saya ambil risiko ini, demi kepuasan MAKSIMA!

haha. ok gila! checklists checlists checklists.......


tak harus macam ni

bila duduk sorang-sorang, selalu terfikir, bagusnya kalau aku ni anak orang kaya. buka mata je, banglo 10 biji, kereta 20 biji, baju beratus-ratus almari dan semuanya lah! tapi. tak baik bila fikir mcm tu, ibarat tak bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi. namun, sebenarnya, aku bersyukur! aku ada mama dan papa yang sentiasa ada kat rumah, yang boleh diajak berbual tak kira masa, yang bole diajak lepak mamak tak kira di mana, yang boleh dengar segala masalah dan paling memahami aku.

bila duduk sorang-sorang, selalu terfikir, bagusnya kalau aku ni anak orang kaya. umur 23 tahun macam ni dah ada business sendiri warisan dari keluarga. tapi realitinya, jika aku di situasi begitu, pasti aku bukan aku yang sekarang. aku mungkin liar, aku mungkin boros, aku mungkin tidak menghargai setiap sen yang aku miliki, aku mungkin tidak beradab, aku mungkin sombong dan bongkak dan aku mungkin hanyut oleh wang yang ada.

bila duduk sorang-sorang, selalu terfikir, bagusnya kalau aku ni anak orang kaya. mana tau, dapat berkahwin dengan orang yang kaya raya, dato' takde gigi tapi duit banyak ke? tapi hanya Allah yang tahu bahawa aku lebih beruntung memiliki dia yang sederhana. kerana dia tidak lupa akan solat, tidak pernah mengabaikan mama dia, tidak pernah lupa menjalankan tanggungjawab terhadap adik-adiknya, tidak pernah kurang menyayangi aku, dan tidak pernah putus asa walau segala dugaan yang terpaksa dia tempuh.

jadi, teori 'bila duduk sorang-sorang, selalu terfikir, bagusnya kalau aku ni anak orang kaya' dah boleh buang ke laut! tak guna juga aku penuh dengan duit, tapi aku tak dapat apa yang aku dah dapat sekarang ni. kan??

June 21, 2011

cinta membuatkan aku gila

cinta membuatkan, hati ini terasa ingin menangis. menangis kerana terlalu bersyukur diri ini terlalu disayangi oleh dia. bergenang air mata setiap kali kata-kata indah diluahkan. menitik air mata tika tangan ini di genggamannya.

cinta membuatkan, hati ini terasa ingin senyum. senyum kerana keletahnya melayan karenah ku. terasa indah hari-hari ini bila menerima sms nya tiap kali mataku dibuka di pagi hari. malam ku dibuai mimpi indah walau hanya melihat gambarnya.

cinta membuatkan, hati ini terasa ingin marah. marah kerana diriku tidak puas dengan kasih sayangnya. hati ini mudah memberontak apabila tiap keinginanku tidak tercapai. namun, dia masih setia menahan segala tingkahku.

cinta membuatkan aku gila.

random #1


saya rindu sangat rabbit saya... SUKI YUKI...!!

June 19, 2011

Happy Father's Day, Md Ramli Omar!

In happiness, in sorrow
You were always there for me
I may not have always said it
But, it's the day to say it loud.
'I Love You Dad'
Wish you a superb Father's Day!



June 15, 2011

Pretending

Face to face and heart to heart, we're so close, yet so far apart
I close my eyes I look away, that's just because I'm not okay

But I hold on, I stay strong, wondering if we still belong

Will we ever say the words we're feeling, reach down underneath and tear down all the walls
Will we ever have a happy ending, or will we forever only be pretending

How long do I fantasize, make believe that it's still alive
Imagine that I am good enough, and we can choose the ones we love

Keeping secrets safe.
Every move we make, seems like no one's letting go
And it's such a shame, Cause if you feel the same
How am I supposed to know




June 13, 2011

mencintaimu.

cinta, datang tanpa kita undang. walau jauh mana ditepis, namun, ia tetap kekal di situ. terlalu utuh, tidak berganjak walau sekali.

cinta, terlalu indah untuk diungkap. sepatah kata pun tidak mampu mendefinisikan nya. terlalu melankolik namun itu lah yang paling memberi rasa.

cinta, walau mulut katakan tidak, namun hati tidak mampu menolak. tersimpan halus perasaan itu, walau terlalu banyak luka yang ditoreh di sudut hati.

cinta terlalu agung untuk diperkatakan. namun, cinta terhadap Allah adalah yang paling tiada bandingan.
cinta sesama manusia yang lahir kerna Allah adalah seagung-agungnya cinta.

June 12, 2011

Wedding lagi~

Selamat pengantin baru kepada photographer Pre-Wed saya hari tu, dari Puteh Studio,
Khairul Hazwan nama diberi bersama pasangannya Ainul Nadiah.


eh, alamak! gambar saya je ada. haha!!!

June 10, 2011

EMPHORIA

hai semua.! semua pun dah umum dengan EMPHORIA kan?

anda dah like EMPHORIA di FACEBOOK? www.facebook.com/emphoria

kepada sesiapa yang masih belum, ayuh lah LIKE kami di facebook tau. sokongan anda semua, sangat dan sangat dan sangat kami hargai.. sungguh ni...

sayang semua!!!

June 6, 2011

today is the day!!!


The anticipated 6th JUNE 2011 is finally HERE!!

As promised, with every careful preparation taken into consideration and implementation, with much gusto in our hearts we officially launch to you all today, our latest and most prestigious product line to date: EMPHORIA!


Emphoria offers various products which include Bags, Blouses, Cardigans, Jumpsuits, Pants, and T-Shirts, suitable to all age group and size segmentation.

Though everything is still new and fresh into the online retailing world, we are exuberant to improvise all aspects including product excellence, service superiority and choice quality on a minute-to-minute basis. We do not uphold being new as an excuse to any mishandling, for we are aggressive about keeping up to your expectations and hunger for more of what we can bring to the arena!


Thus with great honour and beaming with excitement I welcome you all to the one and only EMPHORIA website, www.emphoria.com.
Hope to see your orders there!

June 4, 2011

kenapa anonymous?

saya cuma pelik la. kenapa anonymous?

saya faham tujuan setiap manusia kat dalam dunia ni bertanggungjawab untuk mencegah kemungkaran. tapi, kenapa typical islam melayu suka menyembunyikan identiti dalam memberi nasihat dan terus menghukum dosa seseorang itu.

saya faham saya ada membuat kesilapan dalam setiap tingkah laku. terima kasih kepada sahabat islam saya yang selama ini banyak memberi nasihat kepada saya, dan saya tau, awak dan awak tau saya sedang berubah. kan? terima kasih untuk semua nasihat, dan saya takkan berhenti lagi belajar.

saya cuma tak faham segelintir orang seperti anonymous itu sahaja.

behind the scene #3

June 3, 2011

saya tau

saya tau tiap kali awak rindu, awak akan genggam tangan saya sambil usap-usap ibu jari saya.

saya tau awak sangat romantik, terutama bila saya terlena dalam kereta, awak akan tarik tangan saya letak kat perut awak. lepas tu, awak akan nyanyi lagu Faizal Tahir-Selamat Malam. suara awak tak sedap, tapi saya suka dengar. (oh,sebenarnya, saya masih mamai masa tu, amek mood tidur)

saya tau awak sangat sayangkan saya, sebab tak kira awak penat sangat, awak tetap nak jumpa dengan saya. saya tau, awak rasa lega dan hilang penat bila tengok muka saya.

saya tau.

June 2, 2011

gemuruh JUNE

hai june! gemuruh june ne mmg hebat lah! nervous tau mcm ne.. fuh.. minta-minta semuanya berjalan dengan lancar..

June 1, 2011

dilema

tak tau samada perlu berfikir tentangnya. akal dah ingatkan, jangan berfikir. tapi hati tak tau macam mana hendak dikawal.

sekali mata dipejam, teringat mata itu. kali kedua mata dipejam, teringat senyuman itu. ketiga kalinya mata dipejam, teringat bicara itu. seterusnya mata dipejam, teringat setiap tentangnya.

akhirnya, ku pejam mata sekuatnya, lantas membuka mata, wuduk ku ambil. ku menghadap Tuhanku. Tuhan, Kau mengerti segalanya.

May 30, 2011

weyh darleen!!

darleen! kau jangan jiwang sangat dengan blog kau boleh..? bosan lah kau ni! hahahah!!! menyampah pulak baca balik. bukan ada orang baca pun.

ok. cukup. itu je perasaan marah harine. haha

renungan mata itu

renungan mata itu, menggugat iman, terasa ingin memeluk dan mencium pipi itu.

renungan mata itu, terasa sampai ke kalbu. bila lihat lebih lama ada air jernih yang bergenang. bersih sangat.

renungan mata itu, terasa terlalu ikhlas. cuma, hati ini tak berani terlalu gembira kerna takut tafsiran ku adalah salah. tak mampu lagi untuk menampung sebuah harapan yang tak pasti.

renungan mata itu, menjadi igauan setiap malam. mampukah ia dimiliki? semuanya tak pasti.

May 29, 2011

friends #1

tiap kali hati ne nervous

selalu, beberapa jam sebelum menerima sms dari dia, jantung ni mesti berdegup laju. dan degupan ne ditemani dengan satu perasan. perasaan yang mengundang senyuman.

selalu, bila hari tersebut akan bersua, jantung ni mesti berdegup laju. hinggakan tidur yang lena akhirnya terjaga. terlalu laju hingga nafas terasa sesak.

selalu, bila dia berada di depan dudukku, jantung ni mesti berdegup laju. walaupun secawan milo panas dihidangkan, namun tidak mampu untuk menenangkan hati. walaupun telah jujurnya mengaku nervous, tapi masih tak mampu menahan degupan jantung tu.

secebis hati

secebis hati ini, terlalu mudah gembira untuk perkara yang kecil. hanya melihat senyuman nya walau hanya sekilas boleh membuatkan malam ku lena dibuai wajah itu.

secebis hati ini, terlalu mudah menangis untuk perkara yang remeh. tangis kerana rindu pada si dia. rindu yang tak terhingga.

secebis hati ini, terlalu rapuh. tidak pasti apa yang difikirkan, tidak pasti apa yang diinginkan. namun, takut untuk memilih.

secebis hati... pasti ada untukmu nanti..

May 27, 2011

behind the scene #2


serious gambar ni hudus gle. tapi aku kan suke amek gmbr hudus2 mcm ni.. heh!

bergenang air mata kejap

bergenang air mata, walau hanya melihat gambar kaabah. terasa indah sgt pemandangan kaabah tu. sekiranya kaki ini berjaya memijak tanah Makkah, aku rasa bersyukur sangat ya Allah.

bergenang air mata, walau hanya mendengar pengalaman jemaah yang ke sana. besarnya kuasaMu ya Allah. aku teringin ke sana ya Allah.

bergenang air mata, walau hanya aku merancang untuk ke sana. aku tak sabar untuk semakin dekat padaMu ya Allah. aku nak luangkan 24 jam aku bersujud padaMu.

ya Allah, hati aku betul-betul ingin ke sana ya Allah. aku ingin menyerahkan diriku ini padaMu ya Allah, seluruhnya. diriku ini milikmu, hanya milikmu, dan aku adalah hakmu.

May 25, 2011

hari pertama sebagai penganggur.

selamat pagiiii~~~~~

alhamdulillah, dah berakhir da semua sengsara aku. bangun pagi skg ne, da takde rasa sakit kepala. bangun pagi ne, takde rasa tertekan. bangun pagi skg ne, rasa lega sgt.

namun semunya, syukur padaMu ya Allah. terima kasih kerana membantu aku menghadapi hari2 yang sukar dlm hidup aku. terima kasih ya Allah. Alhamdulillah.

alhamdulillah, dah lama tak jogging setiap pagi. harini, dapat da peluang untuk menyihatkan badan. harap-harap esok pun masih mampu untuk bangin pagi lagi. insyaAllah.

tapi skg aku tgh menonton tv, dan masih belum mandi.. yeww~~~~ haha. anyhow, semua barang2 nak masak untuk PARTAAYY malam ni siap dah! so, tinggal nak memasak je lah! tak sabar!!! da lama gile tak masak dan i am superawesomely excited nak masak-masak.

later at night, i upload pictures ok???? love all

detik 11.11.11 #2

ingat tak entry #1 saya ada cerita tentang WeddiWed book saya? haa.. ini dia gambar yang saya janjikan nak upload tu.


ini helaian hadapan je. kat dalam tu tebal lagi. so, untuk setiap bakal pengantin, kalau bole, mesti ada satu buku catitan, tak kira apa pun, tp at least mesti ada.

takpun, mcm kawan saya ni, dia dapat hadiah birthday dari kawan2 dia 'wedding planner & organizer' mcm gmbr ni. haa! boleh jugak kalau nak beli mcm ni. lengkap. semua ada..

p/s : yuyu, i curi gambar you tau.. sorry!

buku ni tujuan dia, kita boleh buat rangka, apa yang kita perlu, dan tak perlu untuk majlis. dan paling utama, dapat kawal perbelanjaan kita untuk majlis nanti. sebab saya tau, isu utama dalam mengurus dan merancang majlis kahwin mesti pasal belanja. fuhh~

jadi, dalam buku ni, awak bole je nak letak apa pun yg awak rasa nak letak yang berkaitan dengan majlis awak. tau!


May 24, 2011

detik 11.11.11 #1

berbicara soal majlis perkahwinan, banyak benda yang perlu diambil kira. makanya, saya akan berkongsi dengan semua bakal-bakal pengantin untuk persiapan di hari berlangsung nanti. beberapa tips, dan vendor akan saya perkenalkan di sini..

hehe. seronok tak bakal pengantin?? eceh!

so, saya kan, salah seorang bakal pengantin yang tak sabar nak tunggu majlis ni (ouh. miang dah, padahal lambat lagi) ada satu buku. buku ni saya panggil WeddiWed Book. ini adalah buku peribadi saya, yang saya gunakan untuk update segala checklist, design dan mcm2 lagi. nnt bila berpeluang saya upload gmbr buku tu ok??

perkara pertama yang paling utama. dah ada tarikh kahwin? itu paling penting tau. tetapkan tarikh tu. bila kedua2 pihak dah tetapkan tarikh, khabarkan pada saudara mara dan jiran terdekat. tujuan nya, kita taknak nanti majlis bercanggah. sebabnya, majlis kahwin ni mmg biasanya dibuat pada cuti sekolah, jadi tempoh cuti tu pun takde la lama. bila kita membuat pemberitahuan mcm ni, saudara mara bole lah adjust masa masing2.

sbb mcm saya kan, berderet majlis kahwin sepupu sepanjang november dan disember. sampaikan saya pun tak dapat pergi majlis salah seorang sepupu saya, sbb bercanggah dengan majlis pihak lelaki.

jadi, kepada yang belum ada tarikh, cepat-cepat tetapkan tarikh tau!!!

May 23, 2011

Astaghfirullahalazim. Bagaimana dengan aku? insyaAllah, aku sedang menuju ke jalanMu~~


1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

May 22, 2011

Seberapa ramai ~

seberapa ramai wanita yang kau jumpa sekalipun, namun akhirnya akan pulang kepada yang satu itu. kerna yang satu itu yang paling sabar menangani segala karenah dan sikap mu.

seberapa ramai wanita yang kau kenal sekalipun, namun akhirnya kau akan sedar hanya satu yang benar-benar mencintai dirimu. kerna yang satu itu yang paling ikhlas menyayangimu.

seberapa ramai wanita yang kau taburkan janji manismu, namun akhirnya kata-kata yang kau lemparkan pada yang satu itu jua yang akan kau tunaikan. kerna kau sedar yang satu itu lah yang tidak pernah mengungkit segala janjimu.

namun hanya satu yang tidak pernah diketahui dan difahami. sejauh mana segala janji itu? seikhlas mana kata-kata yang diucapkan? sejauh mana ia akan tuju. hanya akan terus menjadi persoalan. tidak mungkin terjawab...

Alhamdulillah~

syukurnya ya Allah, sebab disebalik kekecewaan yang aku tengah alami, kau limpahkan juga rezeki dan bantuan kepada aku. setiap yang berlaku, pasti ada hikmah. setiap yang aku hilang, pasti akan ada pengganti. yang pasti pengganti itu adalah lebih baik.

syukurnya ya Allah, kau dah permudahkan aku dalam segala usaha aku menjawab exam. Alhamdulillah, 5 paper da lepas, dan segalanya agak mudah bagiku. dan tinggal lagi satu je! lalu, tamatlah diariku sebagai pelajar.

syukurnya ya Allah, kau dah permudahkan urusan pendaftaran itu. tidak ku sangka semudah itu, dan ia terlalu mudah. tinggal beberapa urusan yang perlu disegerakan, dan aku harap semuanya akan berjalan lacar. insyaAllah.

syukurnya ya Allah, di atas ganjaran yang kau beri pada Fandy. segala usaha dia di kala terpaksa bekerja demi keluarga dan belajar dalam masa yang sama, berbaloi baginya. Tahniah awak, 4flat dalam tangan nampaknya sem ni.! (",)..

Alhamdulillah~

May 19, 2011

behind the scene #1



tak sabar ni!

ya Allah hai. letih gile mentelaah dari pagi petang malam. mmg dah tak larat dah. kalau orang tanya, mcm mana life skg, dah boleh jawab, MATI! haha. takde life langsung.!

dah lama tak keluar berjalan. dah lama tak membuat kerja gile. bosan gile lah!!! lepas tu kan, bila rutin harian dah sama je kan, memang wujud lah sifat pemalas tu.! malas nak mandi. malas nak apply kerja. malas nak bangun. malas nak makan. semua pun malas. nak menulis pun malas!

teruk gile la. sememangnya, kalau amek gmbr skg, post kat sini, memang nampak muka seorang pelajar yang tengah study lah! lifeless lah!

menyampah gile!! haha. come on darleen. come on!!!! lagi 2 paper je.. then, you FREE!

May 18, 2011

takkan berhenti berharap

hari ini dan saat ini, aku tak rasa puas. tak puas dengan apa yang telah aku capai. tak puas dengan segala usaha yang aku kerahkan. namun, detik itu. hanya sekali sahaja. detik itu terus membangkitkan semangat aku. semangat yang selama ini aku cari.

semangat yang selama ini tersembunyi di sebalik sifat-sifat negatif. apa yang aku ingin capai? apa yang mampu memuaskan hati aku? lumrah! tiada siapa yang pernah puas dengan apa yang dimiliki.

aku da mulakan langkah, tidak mungkin aku mengundur kan langkah kakiku. tidak mungkin aku berpaling dari segala usaha kerah keringatku. namun, bukan tubuhkan yang menjadi bahan tatapan. tapi dek akalku dan pencapaian ku yang akan menjulingkan mata-mata manusia.

aku ingin aku dikenali bukan sebagai wanita tatapan umum yang melampirkan tubuh dan kecantikan ku. tetapi aku ingin orang melihatku sebagai wanita yang berjaya, yang memiliki cita-cita, dan tidak diperlekehkan. aku tidak mahu dilihat sebagai wanita yang berjaya dengan cara itu. itu bukan aku!