May 24, 2011

detik 11.11.11 #1

berbicara soal majlis perkahwinan, banyak benda yang perlu diambil kira. makanya, saya akan berkongsi dengan semua bakal-bakal pengantin untuk persiapan di hari berlangsung nanti. beberapa tips, dan vendor akan saya perkenalkan di sini..

hehe. seronok tak bakal pengantin?? eceh!

so, saya kan, salah seorang bakal pengantin yang tak sabar nak tunggu majlis ni (ouh. miang dah, padahal lambat lagi) ada satu buku. buku ni saya panggil WeddiWed Book. ini adalah buku peribadi saya, yang saya gunakan untuk update segala checklist, design dan mcm2 lagi. nnt bila berpeluang saya upload gmbr buku tu ok??

perkara pertama yang paling utama. dah ada tarikh kahwin? itu paling penting tau. tetapkan tarikh tu. bila kedua2 pihak dah tetapkan tarikh, khabarkan pada saudara mara dan jiran terdekat. tujuan nya, kita taknak nanti majlis bercanggah. sebabnya, majlis kahwin ni mmg biasanya dibuat pada cuti sekolah, jadi tempoh cuti tu pun takde la lama. bila kita membuat pemberitahuan mcm ni, saudara mara bole lah adjust masa masing2.

sbb mcm saya kan, berderet majlis kahwin sepupu sepanjang november dan disember. sampaikan saya pun tak dapat pergi majlis salah seorang sepupu saya, sbb bercanggah dengan majlis pihak lelaki.

jadi, kepada yang belum ada tarikh, cepat-cepat tetapkan tarikh tau!!!

No comments:

Post a Comment