cinta, memandang dari jauh, mengatakan sayang dari hati kerna tidak termampu untuk melafazkannya. menangis setiap malam bersama angan-angan. namun, diri hanya mampu sekadar memerhati.
cinta, mendoakan kebahagiaannya. melihat senyuman yang terukir menyejukkan segala sendi-sendi hati. walaupun, senyum itu milik entah siapa.
cinta, tidak pernah ada benci. namun mulut berkata amat benci. hati masih lagi mencari-cari cinta disebalik benci. kerna, cinta dan benci hanya dipisahkan oleh sehelai benang halus. tidak tersedar bila diri melangkah ke sempadan sana.
cinta, mengapa harus ada? mengapa terlalu sukar? mengapa selalu ditemani jernih air mata? namun, kerana cinta, manusia mengenali dunia.
No comments:
Post a Comment