semangat yang selama ini tersembunyi di sebalik sifat-sifat negatif. apa yang aku ingin capai? apa yang mampu memuaskan hati aku? lumrah! tiada siapa yang pernah puas dengan apa yang dimiliki.
aku da mulakan langkah, tidak mungkin aku mengundur kan langkah kakiku. tidak mungkin aku berpaling dari segala usaha kerah keringatku. namun, bukan tubuhkan yang menjadi bahan tatapan. tapi dek akalku dan pencapaian ku yang akan menjulingkan mata-mata manusia.
aku ingin aku dikenali bukan sebagai wanita tatapan umum yang melampirkan tubuh dan kecantikan ku. tetapi aku ingin orang melihatku sebagai wanita yang berjaya, yang memiliki cita-cita, dan tidak diperlekehkan. aku tidak mahu dilihat sebagai wanita yang berjaya dengan cara itu. itu bukan aku!
No comments:
Post a Comment