January 25, 2013

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Irfan

#Throwback

Babies & Aqiqah. Seriously kan, ini antara Majlis yang tak mungkin diabaikan, terutamanya buat ibu bapa muda. Haha. Saya cakap macam ni, sebab saya pun sama!! Tambah-tambah lagi saya jenis suka deco-deco. Tak pandai pun, tapi suka. Asalkan puas hati, cun dah!!

As for that, the family and I had decided, the most favourable, suitable and ngam date is on 8th December 2012. Abg Farid and his family is in KL too for the whole weekend. So ngam la kan. 

Alaa.. Korang pun tau la kan, bila dah syiook sangat nak plan itu plan ini. Dari hari pertama bersalin lagi dah sibuk kepoh cari itu ini (mana la mak cik mak cik kampung ni tak binsing. Pantang macam tak pantang).

Item Focus 1:
Anyhow, as an early preparation, I merely focus on the Invitation Card. But mommies!!! This is not necessary. Tau! Biasanya, kalau family saya ada buat majlis ke apa ke, kitorang selalu print Invitation Card sendiri (alaa.. simple sangat. Atas kertas A4 je pun). Tapi, this time around, nak print sendiri, malas. Nak design sendiri, malas! Jadinya, tempah je la kat orang. Terima kasih kat Yuyu la. Sebab dia yang tolong carikan. Heh!

So, ini yang real punya Invitation Card. Atas tadi tu soft copy je.
Theme Color : Peach & Apple Green


 Invitation Card ni saya tempah dengan Farah Kamal (kawan Yuyu).
Design ni, Farah yang buat. Tapi adalah sikit-sikit saya bagi idea. Farah bagi 4 design pilihan. Jadi, saya pilih yang ni!  
Masa Farah bagi kad ni, packaging dia memang macam ni. Cute kan???
Kalau ada yang berminat nak tempah dengan Farah, komen kat post ni, nanti saya bagi phone number Farah (tapi kena minta izin Farah dulu la.. heee)

A Day Before The Ceremony

Item Focus 2:
Tak kira apa pun yang nak kena fokus. Hal yang satu ni tak boleh tak fikir. KAMBING!
Kalau kita ikut hukum dalam Islam. Aqiqah tu ialah menyembelihkan binatang yang berkaki empat ketika mencukur jambul anak yang baru dilahirkan, boleh dilakukan semasa hari ketujuh kelahiran atau selepasnya. Hukumnya ialah sunat mu'akkadah, yang digalakkan Rasullullah SAW.

Fandy dan saya dah niat dari mula lagi nak korbankan kambing. Kalau mengikut hukumnya, bagi anak lelaki mesti menyembelih 2 ekor kambing. Kalau ada mereka yang nak korbankan lembu pun boleh, bersamaan dengan 2 bahagian lembu sahaja. 

Nak dijadikan cerita, sehari sebelum majlis, 2 ekor kambing ni pun sampai rumah. Sedih bila dengar dia mengembek. Tapi.... Not bad handsome jugak kambing-kambing ni. Haha!

See!! Boleh tahan kacak kan? Cara dia pandang.. Macam marah pun ada.
Dia tengah nervous nak masuk syurga agaknya. (hee..!)

Ini seekor lagi. Janggut dia tu mahal. Tapi tak tau mana dorang buang bulu janggut tu. 
Ingatkan nak simpan haritu tapi tak dapat. (haha..!!)

Kambing-kambing ni, orang kampung yang volunteer sembelih. Petang lepas solat Jumaat dorang sembelihkan. Dapat la sikit malam tu kambing panggang, selebihnya buat masak kari masa majlis esok.

Item Focus 3:
Bagi kami perempuan-perempuan ni, termasuklah orang-orang kampung lainnya, kemas-kemas rumah, dan sediakan la sikit bahan-bahan untuk masak kambing tu. 
Makanan takkan cukup lah kalau kita setakat hidang kambing je. Kena la ada makan nasi sikit, kuih muih sikit. Kitorang buat juga buffet. Buffet ni, mama Fandy yang masak. Kita buat lauk kampung la. Baru selera!!

Antara lauk pauk:
Nasi putih
Ayam goreng berempah
Ulam ulaman & Sambal belacan
Asam pedas ikan


Sesiapa yang nak cari tukang masak untuk sebarang majlis, boleh order dengan Mama Fandy. (Serius sedap!!!). Kalau nak, tinggalkan komen kat sini ye, nanti saya bagi phone number Mama Zahariah!

Dalam masa sama, ada juga stall Char Kuey Teow. Bila orang order baru dia masak. Boleh tahan sedap!

Selain daripada tu, kuih-muih la. Ada yang tempah, ada yang dermakan. Kuih masa tu, memang banyak sangat. Pulut nasi pun ada. (Sebenarnya, saya pun tak tau siapa yang order, siapa yang bagi, siapa yang masak. Tau-tau dah ada! Haha!)

Item Focus 4:
Saya dengan Kak Ayu & Kak Najwa jenuh lah pulak balut cenderahati untuk orang surau dan orang marhaban. Kita buat special sikit la untuk mereka-mereka ni. Sebab buat marhaban semua kan. Untuk tetamu lain pun kena bagi juga. Sebagai tanda terima kasih.  

Untuk orang surau lelaki, kita bagi kain pelikat (wrapped..). 
Untuk perempuan yang marhaban, kain ela baju kurung (paper bag.)

(",) Bahulu ni kami bagi kepada semua tetamu yang hadir
(heh, tapi rasanya ada yang tak dapat sebab terlupa  nak bagi).
Bahulu ni beli siap je dekat Bahulu Classic, Hulu Langat. Erm, kos termasuk bekas dan diisi 2 bahulu kecik RM 1 sahaja! Murah kan? Berbaloi dan mudah. Tak payah nak balut gula-gula la apa la. 

Dan ini, Thank you card yang ditempah daripada Farah jugak!!

Sehari sebelum majlis tu kan, memang semua orang sibuk. Tapi saya sibuk kan diri juga jaga Irfan (alasan nak ngelat tolong.. Hahaa!!). Risau jugak la kalau masa hari majlis tu dia meragam, menangis tak ingat. 

Item Focus 5:
Hampir semua keperluan penting da selesai. Tapi, jangan lupa pulak nak kemas rumah. Kena lah alih meja tempat lain. Sebab nak sediakan ruang untuk marhaban dan cukur jambul nanti.

Paling sesuai, kita bentangkan karpet ke keseluruhan rumah. Selesa sikit. Takde lah duduk atas simen je. Kesian kat makcik makcik yang tak tahan simen sejuk nanti.

Tadaa! Jadilah ruang selapang ni khas untuk marhaban dan solat zuhur berjemaah.

Item Focus 6:
Bagi orang-orang macam saya, decoration untuk baby pun penting. Tiap-tiap malam lah asyik berangan nak deco macam mana, bunga apa, warna apa.. bla bla bla. 

Banyak juga saya tengok kat internet, pakej-pakej buaian dan dekorasi buaian berendoi. Harga semua boleh tahan mahal. Dah macam harga pelamin masa saya bertunang dulu pulak. Tu yang bila fikir balik, baik buat sendiri, beli barang semua sendiri. Harga lebih kurang sama, tapi barang-barang kita boleh simpan!!

Ingat tak bunga ni? Kalau datang masa majlis kahwin saya dulu, mesti dapat bunga stokin ni. 

Ini dekorasi katil Irfan. Semuanya DIY!
Katil tu saya beli dekat IKEA. Nice kan..... Katil ni mahal sikit la harga dia, sebab besi. Tambahan pulak, ada design sikit. Tapi jangan tak tau, katil ni boleh ubah suai. Dia boleh dipanjangkan, lepas tu jadi la single bed! Boleh lah Irfan pakai sampai besar..

My favourite part of all. Printed pictures of Irfan! Diabadikan di kepala katil.

Bebola rumput hijau dari KK Home Deco.
Jambangan bunga pasu pulak kami sewa dari Azue Bridal!

 And this!!! Koleksi peribadi saya. Haha! (See!! Berguna kan??)

The Day!

Majlis bermula seawal pagi jam 9. Rumah kitorang dah start riuh kecoh hiruk pikuk seawal 7 pagi lagi. Orang kampung tolong masak kambing, ada yang kemas-kemas untuk final touch. Kuih muih pun time tu jugak lah sampainya. Mana laa tak kelam kabut orang semua.

Pagi tu risau juga Irfan meragam. Kalau nak tau, Irfan memang Raja Tangis.
Tapi Alhamdulillah. Segalanya dipermudahkan. Dia tak meragam, tak melalak.
Cuma towards the end of the day dia start meragam sikit. Agaknya dah panas, penat semua ada.


Awal juga pagi tu siapkan Irfan. Sebab apa-apa pun, kena siapkan Irfan dulu. Irfan pakai baju Melayu. Kain sama dengan papa dia. Warna ikut tema (tak sempat nak ambil gambar). Okay laa baju tu. Ngam ngam.

Ada 2 set marhaban yang kitorang buat pada hari Majlis tu. 
Group Marhaban perempuan sebelah pagi, jam 9.30. Manakala group Marhaban lelaki selepas solat Zuhur. Erm motif 2 kali? Tak sure lah. Mungkin sebab memang style orang kampung Langat ni kot. Tak apa la. Asalkan semuanya berjalan seperti yang dirancangkan.










Solat Zuhur beramai-ramai.

Majlis selesai secara keseluruhan ngam-ngam nak Maghrib. Hoh!! Lega!! 
Malangnya, tak sempat la nak bergambar satu family. Gambar dengan family Fandy pun takde. Bukan apa, kitorang tak tempah pulak photographer. Segan. Ye la. Dah konon nak buat Majlis Kahwin pulak orang kata. Ambil gambar sendiri-sendiri je.

Dah selesai semuanya, esok paginya kan, sebelum Irfan mandi, Fandy botakkan dia. Heee!

Nah!! Botak dah!

Kesayangan kami!! 
Semoga Irfan menjadi anak yang soleh, dan semoga Syurga tempatmu sayang.
Mama dan Papa cintakan Irfan hingga akhir hayat. Selamanya!

9 comments:

  1. Replies
    1. heee.. alhamdulillah.. anak bertuah si irfan ni

      Delete
  2. Tumpang promo tuan blog. kalau ada kawan2 yg nak jalankan ibadah korban dan akikah secara online."eQurban.com" kami memudahkan ibadah korban dan aqiqah anda.

    ReplyDelete
  3. Salam, boleh dapat contact number farah?

    ReplyDelete
  4. Buat majlis cukur jambul mas ni irfan umur berapa bulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa ni kalau tak silap.. nak masuk 3 bulan..

      Delete