July 27, 2011

detik 11.11.11 #5

Ini SERIUS!!!

Hai kawan-kawan blogger sekalian.. Saya amat memerlukan recommendation dari awak semua mengenai:

1. SPA yang menawarkan khidmat Pengantin Baru
2. Cakes & Cupcakes baker

INI SANGAN URGENT. Sila sertakan LINK tau.

Behind the scene #10


kesayangan saya !!!!!

July 25, 2011

Heart Game #11

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa dicintai
Tak mengapa bagiku
Asalkan kau pun bahagia dalam hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku
Mencintaimu pun adalah bahagia untukku

Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya

Dan izinkan aku
Memeluk dirimu kali ini saja
'Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

July 22, 2011

Heart Game #10


runtun hati memikirkan realiti
terlalu rumit untuk diperkatakan
malah terlalu sukar untuk ditafsirkan

adakah masih ada sinar cahaya
untuk menerangi segala kegelapan
kerana hati letih untuk meratapi

saat malam mendatang
diselubungi erat hiba
maka titis air mengalir tanpa henti

Behind the scene #9



Lelaki yang Kacak

Rasulullah (s.a.w.) sabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata, 'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (s.a.w.) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Saat Anda membawa Al-Quran, syaitan tengok biasa saja.
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung

July 21, 2011

Heart Game #9


Sometimes the issue is not so important and even not required the mind to configure the matter. But, I just not able to control my mind and emotions. The adrenalin inside is pushing me to act spontanously. The worst part, the spontaneous action results with bad argument!

July 20, 2011

July 19, 2011

BusyWorld #5


This is my third week of working at IJN! Alhamdulillah, everything is great here, except for the massive workload. But, thank God! I get the chance to work with greatest, funniest, and craziest people!! They are seriously mad people, and this includes my Senior Manager tau!

What surprises me kan, I gained weight! 1.5kg in 12 days?? Like seriously ke? I wonder what my weight would be for the next 12 months! Well, I easily get hungry at work. Nothing I can do about it.

I had a busy week recently. Mainly due to the process of ‘audit follow-up’ from one department to another. But, I am okay with that. My colleagues do support me much, and I don’t feel stress working with them.

Thank you, En Afendi, En Izan and Mira!

(o_o)

Heart Game #7

I am not as strong as you thought. But maybe I am good at hiding my sadness. I can't say much. I don't know what to say more. If only you know what I've been through.

If only you know how much I need you.

Just that, you don't need me as much as I do..

from the beginning...

July 15, 2011

detik 11.11.11 #4


Time flies so fast, I even didn't realized that only 4 months left before the big day. My big day i repeat! O Allah! Am I ready for this? I know, I am the one who get so excited to get married at first. But, as time passes, as thruth reveales, as problem arises, this marriage thing is too tough to even talk about.


And most of all, I can't share the feelings inside with others. I just can't. I know, my friends will always there to at least listen to me. It's all because, I even not able to configure what is going on with me. Is it me or the external forces?


I just leave it to Allah. He knows what's best.

July 14, 2011

Heart Game #5



I just need to let my heart wide open. I need to stay strong. And praying for Allah to guide me through this. I started everything and it should be me to stop all this.

I .... have nothing more to say.

*tearsfalling


Behind the scene #7

smile eventhough your heart is breaking.

smile eventhough your heart is aching

Heart Game #4


I need to reach back into the past to see what I can make of it. Though some of it was painful, and some was unnecessary, all of it made me who I am now, and I am more in touch with the good than with the bad.


I hope so.


July 13, 2011

Behind the scene #6



Rindu lah KAMU!!! Dan paling rindu UMAMAH AMIRAH ALI

(tiada dalam gambar. haha)

Heart Game #3


My daily horoscope told me to try to discuss whatever is on my mind with the right people today, even if it starts out uncomfortably. It says that my energy is just right for speaking truth to the right people, and they are ready to hear it.

Can i rely on this??


Heart Game #2


Facts may be facts, but when issues involve somebody you care about, you tend to take a gentle approach to even complex dilemmas. While this may eliminate others' anxieties now, within a short time they'll reappear. It would be better to tackle these in a fortright, if tactful, manner from the outset.


July 12, 2011

Heart Game #1


Go where you are adored, not where you are ignored.

But it just me. I wanted to be in the situation where i've been ignored. It's all me!




Heart Game


Well, you might achieve a point where in a game, we called it



" just roll the dice and go with it"



July 6, 2011

BusyWorld #4

Alhamdulillah


Syukur Alhamdulillah. Dah 4 hari saya bekerja. Semuanya lancar dan seronok lah! walaupun demam da masuk 3 hari dah. Tapi masih gagah bekerja.


Alhamdulillah, tak ada lagi perasaan mengeluh. Rasa seronok bekerja, masa berjalan dengan cepat bila kat office. Sampaikan tadi, rasa macam tanak balik sebab nak siapkan kerja yang berlambak.


Tapi insyaAllah, esok mungkin OverTime kot. Memandangkan Risk & Compliance Committee (RCC) meeting patutnya berlangsung 25 August, tapi tiba-tiba CEO nak meeting tu dipercepatkan pada 22 July! Sementelah tu, meeting dengan Board of Director (BOD) akan berlangsung pada 5 August!


So, memang terpaksa la kami yang 4 orang ne, termasuk En Afendi selaku boss saya tu bekerja lebih masa. Semakin hari semakin banyak kes yang berlaku. Dan semakin banyak document yang kena revised.


Demonstrasi



  1. Kita tak dapat nafi bahawa berdemonstrasi mempunyai tempat dalam pengamalan demokrasi



  2. Saya baru kembali dari lawatan ke Mesir. Seperti kita semua maklum satu demonstrasi besar di Kaherah telah berjaya menjatuhkan Kerajaan Hosni Mubarak


  3. Tetapi kesan demokrasi tidak terhad kepada kejatuhan Kerajaan. Ekonomi Mesir merosot dengan amat teruk. Mesir, yang banyak bergantung kepada pelancongan mengalami kemerosotan 80 peratus semasa demonstrasi berlaku. Hari ini pun pelancong belum kembali dan banyaklah hotel yang kosong.



  4. Serangan terhadap polis adalah satu jenayah. Sudah tentu jika polis diserang, maka polis terpaksa menggunakan kekerasan. Jika polis guna kekerasan maka ini akan dijadikan isu oleh yang berdemonstrasi.


  5. Mungkin kerana ingin mengelak daripada tindak balas maka polis diarah berundur dan tinggalkan tempat demonstrasi tidak terkawal. Keadaan ini merbahaya kerana orang awam tidak mendapat perlindungan polis lagi.



  6. Sudah tentu pemulihan ekonomi terganggu. Pelancong tidak kembali dan jauh sekali pelaburan oleh pelabur tempatan dan asing. Pengangguran bertambah dan yang miskin menderita bertambah.


  7. Walaupun demonstrasi diterima dalam demokrasi, ia tidak boleh diguna dengan sewengang-wenangnya. Jauh daripada memberi manfaat kepada rakyat, ia menambah masalah bagi rakyat.



  8. Pihak tertentu merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 9hb Julai ini. Apakah benar demonstrasi ini bertujuan membersihkan proses pilihanraya?



  9. Jika disemak tuntutan yang dibuat lebih merupakan tuduhan terhadap Kerajaan dan bukan tuntutan sebenar. Tujuannya ialah untuk memburukkan Kerajaan supaya meraih sokongan dalam pilihanraya akan datang.



  10. Walaupun pengurusan pilihanraya di Malaysia mempunyai beberapa kelemahan tetapi hakikatnya di Negara ini parti lawan boleh menang. Demikianlah pentadbiran pilihanraya di Malaysia sehingga pada tahun 2008 parti lawan dapat menawan lima buah negeri, satu wilayah dan berjaya mengurangkan ahli Dewan Rakyat sehingga tidak tercapai matlamat dua pertiga seperti yang biasa dimenangi oleh parti Kerajaan



  11. Bandinglah dengan pilihanraya di Negara-negara lain termasuk jiran terdekat kita di mana parti bukan Kerajaan tidak dapat wakil dalam dewan sama sekali. Yang menang daripada parti lawan akan dituduh dengan pelbagaituduhan dan dihadapkan ke mahkamah. Maka mahkamah pun menghukum mereka salah dan tidak dapat mengambil tempat mereka dalam dewan. Ada yang dibenar masuk tetapi tidak berani bercakap. Kalau bercakap tidak akan dilapor dalam media.



  12. Ada pula diwujudkan kumpulan pembangkang dalam parti kerajaan. Ini adalah satu sandiwara politik.



  13. Dalam pilihanraya yang baru lepas pun banyak tekanan digunakan oleh Kerajaan berkenaan. Sebab itu jumlah calon pembangkang yang menang amat kecil



  14. Malangnya terdapat di Malaysia parti yang berasas dari parti negara jiran ini yang ingin supaya negara ini juga menerima contoh pentadbiran negara jiran. Seperti dengan parti di negara jiran, pada mulanya janji dibuat untuk mendirikan Kerajaan yang baik dan adil. Apabila sahaja rakyat memberi kepercayaan jenis pemerintahan yang didirikan jauh berbeza daripada yang dijanjikan.



  15. Memang pun ada sekatan tertentu di negara ini terhadap kebebasan liberal yang didapati di negara barat. Sekatan ini diperlukan kerana mengelak daripada huru-hara berlaku.



  16. Pada 1969 berkemben dibenar sepenuhnya iaitu enam minggu. Pada masa kempen, parti politik menggunakan perkauman untuk menarik sokongan. Parti-parti Kerajaan pun terpaksa menggunakan soal perkauman. Balas-membalas berkenaan isu ini dalam kempen menyebabkan ketegangan antara kaum-kaum. Dengan itu berlakulah 13 Mei yang berdarah



  17. Untuk mengurangkan kemungkinan kempen membakar hati, maka dikurangkan masa berkempen. Lagi pun parti pembangkang berkempen sepanjang masa. Perhimpunan dalam rapat parti pembangkang lebih kerap daripada parti Kerajaan. Demikianlah kebebasan di Malaysia



  18. Tidak ada sebab kenapa demonstrasi perlu diadakan di negara ini. Wakil Rakyat parti lawan begitu ramai. Jika kajian perlu dibuat berkenaan undang-undang dan pengurusan pilihanraya, peluang yang banyak terdapat dalam dewan-dewan untuk membangkit dan membahas perkara-perkara ini. Tetapi peluang-peluang ini tidak digunakan sepenuhnya. Sebaliknya demonstrasi hendak diadakan. Apa tujuannya? Membersihkan pilihanraya atau mencuba memburukkan imej parti Kerajaan?



  19. Di Mesir saya ditanya kenapakah pentadbiran negara Islam tidak ada yang baik. Saya terpaksa mengaku yang orang Islam mudah diperalatkan.




Petikan diambil dari Facebook Tun Mahathir

July 1, 2011

BusyWorld #3

Alhamdulillah

Hari pertama di office yang .. err.. boleh dikatakan menyenangkan hati. bukan nak cakap kerja senang tau, kerja dia susah gile. cuma environment pejabat tu yang menyenangkan.

Kalau ikutkan biasanya staff baru akan diberi satu file company untuk kita baca, faham dan menghayati principal company tu. tapi!!! Senior Manager saya mmg best! dia tak bagi buat semua tu, dia terus bagi TASK! so, skg ni, dah ada 2 task dalam tangan, dan deadline dia Jumaat (8 July) depan.!!

Tadi first day dah belek-belek file, documents, dan banyak lagi la benda yang perlu untuk follow up sekaligus identify risk and auditing. Kalau ikutkan memang stress lah. Namun, alhamdulillah. Rasa selesa sangat.. Harap berterusan la ye!

Makanya, saya akan bekerja sungguh-sungguh!!! ECEH! (",)