cinta membuatkan, hati ini terasa ingin menangis. menangis kerana terlalu bersyukur diri ini terlalu disayangi oleh dia. bergenang air mata setiap kali kata-kata indah diluahkan. menitik air mata tika tangan ini di genggamannya.
cinta membuatkan, hati ini terasa ingin senyum. senyum kerana keletahnya melayan karenah ku. terasa indah hari-hari ini bila menerima sms nya tiap kali mataku dibuka di pagi hari. malam ku dibuai mimpi indah walau hanya melihat gambarnya.
cinta membuatkan, hati ini terasa ingin marah. marah kerana diriku tidak puas dengan kasih sayangnya. hati ini mudah memberontak apabila tiap keinginanku tidak tercapai. namun, dia masih setia menahan segala tingkahku.
cinta membuatkan aku gila.
so sweet...
ReplyDeletesgt suke dgn tulisan2 awk...;)
thank you eira... selamat terus membaca... (",)
ReplyDelete