June 22, 2011

tak harus macam ni

bila duduk sorang-sorang, selalu terfikir, bagusnya kalau aku ni anak orang kaya. buka mata je, banglo 10 biji, kereta 20 biji, baju beratus-ratus almari dan semuanya lah! tapi. tak baik bila fikir mcm tu, ibarat tak bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi. namun, sebenarnya, aku bersyukur! aku ada mama dan papa yang sentiasa ada kat rumah, yang boleh diajak berbual tak kira masa, yang bole diajak lepak mamak tak kira di mana, yang boleh dengar segala masalah dan paling memahami aku.

bila duduk sorang-sorang, selalu terfikir, bagusnya kalau aku ni anak orang kaya. umur 23 tahun macam ni dah ada business sendiri warisan dari keluarga. tapi realitinya, jika aku di situasi begitu, pasti aku bukan aku yang sekarang. aku mungkin liar, aku mungkin boros, aku mungkin tidak menghargai setiap sen yang aku miliki, aku mungkin tidak beradab, aku mungkin sombong dan bongkak dan aku mungkin hanyut oleh wang yang ada.

bila duduk sorang-sorang, selalu terfikir, bagusnya kalau aku ni anak orang kaya. mana tau, dapat berkahwin dengan orang yang kaya raya, dato' takde gigi tapi duit banyak ke? tapi hanya Allah yang tahu bahawa aku lebih beruntung memiliki dia yang sederhana. kerana dia tidak lupa akan solat, tidak pernah mengabaikan mama dia, tidak pernah lupa menjalankan tanggungjawab terhadap adik-adiknya, tidak pernah kurang menyayangi aku, dan tidak pernah putus asa walau segala dugaan yang terpaksa dia tempuh.

jadi, teori 'bila duduk sorang-sorang, selalu terfikir, bagusnya kalau aku ni anak orang kaya' dah boleh buang ke laut! tak guna juga aku penuh dengan duit, tapi aku tak dapat apa yang aku dah dapat sekarang ni. kan??

No comments:

Post a Comment