February 25, 2011

tentang awak!


tak pernah pun saya jemu bercerita tentang awak kan? haha. tapi agak-agak awak ramai tak yang jemu baca saya tulis pasal awak?

ouh. jiwa perempuan. selalu meluahkan setiap apa yang dirasa melalui penulisan, lagu, sikap, tingkah laku, percakapan dan apa je medium penghantaran yang ada.

saya tengah dengar lagu Terima Kasih Cinta, nyanyian Afgan. teringat kali pertama hati saya terpaut pada awak. awak kacak. percakapan awak sopan sangat. tapi dari dulu lagi awak selalu lewat. awak biarkan saya tunggu kat stesen Chan Sow Lin hampir 2 jam.!

awak ingat lagi?? debaran kali pertama? saya terkial-kial nak melintas jalan. kereta banyak sangat. saya seram tengok arus kereta yang laju macam tu. agaknya awak tengok saya macam takut-takut, lalu awak pun pimpin tangan saya. KALI PERTAMA.
tapi awak tak lepaskan tangan awak walaupun kita dah lintas kan? hehe. awak masa tu pakai cardigan hitam, jeans biru kegemaran saya, dan t-shirt biru kat dalam. sampai ke hari ni, tiap-tiap malam pun saya tidur dengan cardigan tu. (",)

awak ingat lagi?? mata bertentangan? saya betul-betul rasa hanya kita berdua yang ada dalam tren tu. saya rasa macam keliling saya tak ada orang. saya pandang mata awak. lama sangat. dan kemudian bibir awak mengukirkan senyuman yang memang merundum jantung saya. bila tersedar, saya malu sendiri.
pertamanya saya malu sebab kepala saya terhantuk dekat tiang tren masa kita tengah gelak-gelak. dan yang keduanya, sebab terlalu ketara yang saya dah jatuh hati kat awak malam tu.

effandy,

saya tak pernah lupa peristiwa tu. setiap kali teringatkan kejadian tu, saya mesti menangis. bukan sebab sedih tapi terlalu gembira kerana Allah mempertemukan saya dengan lelaki seperti awak. kadang-kadang kan kita bergaduh, tapi saya redakan kemarahan saya dengan mengingatkan balik peristiwa tu. sebab, kerana peristiwa itu, saya tahu, yang bahawa saya cinta pada awak.

saya sayang awak dy.
-darleen-

4 comments:

  1. ok..ni entry ko paling2 aku suke..sekian. Mrs. Shrek

    ReplyDelete
  2. haha. kelakar kau ni Mrs Shrek... Mr Shrek mesti lagi sweettt.... kejar-kejar kat sekolah.. aw~~~

    ReplyDelete
  3. haha.. kau memanjang pun comel izza.. terima kasihh~~~~

    ReplyDelete