February 25, 2011

putus cinta

bagi saya, semua orang yang bercinta pasti akan menemui kekecewaan dan kesedihan yang teramat sangat. tapi, satu je! terapkan dalam minda, hati, bahawa tak semestinya kecewa itu sesuatu yang buruk. walau apa keadaan sekalipun, jangan pernah putus asa. jangan menyesal dengan percintaan yang dilalui. jangan salahkan sesiapa pun.

kita berbalik pada Allah. mohon agar kita diberikan kekuatan yang secukupnya supaya kita mampu hadapi semua ni. jangan berhenti berdoa dan berharap dan jangan jugak berhenti untuk bercinta. insyaAllah. mungkin bukan sekarang.

menangis la sebanyak mana yang boleh. dengar lah lagu-lagu cinta. tengoklah segala gambar. bacalah segala surat. jadikan itu kekuatan. saya pun tak pandai nak bercakap soal ni. sebab di ketika saya berada di situasi ini, saya tak menghadapinya seperti yang sepatutnya. saya tak nak ada orang lain yang lalui benda yang sama.

kepada -you-know-who-you-are,

sayang diri awak lebih please. ambil balik segala hati, jiwa, cinta dan segala yang pernah awak beri pada dia. simpan balik dalam hati. lapangkan hati awak. berdoa pada Allah. jangan putus asa. menangis lah sekuat mana yang awak nak. please..~ jangan jatuh dari tempat awak berdiri.

-saya-

No comments:

Post a Comment