February 4, 2011

jika ditanya kepada saya..


jika ditanya kepada saya, kenapa saya cintakan awak, maka saya hanya mampu berkata, cinta saya kepada awak adalah kerana Allah. niat saya adalah ikhlas dan saya yakin awak pun begitu. tidak pula saya lihat pada paras rupa. namun rupa awak yang kacak dan sering menjadi isu antara kita disebabkan orang ketiga yang ingin memiliki awak adalah bonus kepada saya. namun, tidaklah pula saya tidak bersyukur. syukurnya saya, hanya Allah yang tahu.

jika ditanya kepada saya, adakah saya sanggup menjadi isteri awak, maka saya akan berkata, saya telah bersedia menjadi isteri awak dan mengharungi segala suka dan duka bersama awak. menjadi tanggungjawab saya sebagai isteri untuk mentaati dan mencintai suami sepenuh hati. menyediakan makanan dan menghormati keputusan suami. saling memberi pandangan dan membahagiakan suami. jika itu yang awak perlu tahu, insyaAllah, saya dah bersedia. namun, tidak lah pula, saya akan alpa dan lupa dengan segala tanggungjawab lain yang wajib untuk saya sebagai isteri.

jika ditanya kepada saya, adakah saya yakin dengan kemampuan awak membimbing saya, maka saya akan berkata, saya yakin dengan sepenuh hati saya. saya yakin awak mampu menyara kami sekeluarga. namun, bukanlah kita di zaman dahulu kala yang lelaki keluar bekerja dan si isteri di rumah. pastinya saya juga bekerja dan tujuan kita hidup bersama mampu membantu kita saling berkerjasama dalam hal kewangan. malah, saya yakin dengan kemampuan awak dalam membimbing saya. awak seorang yang taat kepada agama, tidak meninggalkan solat, tidak meninggalkan puasa, tidak suka membuang masa tanpa hala tuju, tidak bermain perempuan, tidak juga berjudi, malah tidak meminum arak. apa lagi yang saya perlukan?

jika ditanya kepada saya, adakah saya sanggup bertudung setelah berkahwin, maka saya akan berkata, sudah sekian lama awak tahu, keinginan saya bertudung bukan sahaja skg, tapi sudah lama dulu. saya sendiri sedar, betapa malu dan jahilnya saya sebagai seorang islam, menampakkan segala aurat saya kepada lelaki. betapa berdosanya saya menampakkan walau sehelai rambut saya di hadapan lelaki lain. astaghfirullahalazim. sentiasa wujud perasaan takut dalam diri saya terhadap azab Allah SWT. insyaAllah sayang, isteri awak pasti akan menjadi seorang wanita yang solehah dan diredhai oleh Allah. bimbing saya ke arah itu ye sayang.

sayang, cinta saya tetap dan utuh untuk awak. tiada yang lain. pastinya, awak lah sahabat, teman bergaduh, tunang, dan bakal suami yang akan sentiasa bersama saya dan akan menghabiskan segala sisa hidup bersama. insyaAllah. doa saya setiap kali lepas solat, moga kita dipertemukan di akhirat kelak. amin~

No comments:

Post a Comment