January 20, 2015

Tips ambil gambar babies

Assalammualaikum.

Ambil gambar budak-budak memang sangat addictive. I mean, even professional photographers do like taking pictures of newborn and children. However, capturing them in great moment always and will forever be a challenge. But mommies, not to worry, challenge accepted!!

But yes! Akan sentiasa ada teknik dan tips nak ambil gambar budak-budak ni. Mana kan tidak, setiap 1 saat, daripada tadi senyum, tiba-tiba dah menangis, daripada meniarap dah terlentang. Fuhhh!!
Oleh tu, jom kita ramai-ramai cuba tips ni, dan dapatkan moment terbaik mereka..

PAKAIKAN BAJU SMART-CANTIK SENTIASA
Tak kira lah hari tersebut akan duduk kat rumah seharian atau akan keluar berjalan-jalan, pakaikan saja baju yang bergaya dan cantik. Sebab bila dah pakai baju cantik ni, senang, datang je moment tu, terus snap!

KENAL PASTI WAKTU-WAKTU MOOD 'BAIK'
Budak-budak sentiasa dengan mood swing dia. Tapi akan sentiasa ada saat yang mereka akan relax dan menggembirakan hati. Contohnya bila bangun dari tidur atau selepas makan ataupun selepas mandi. Bila mereka senang hati, senang nak get into the mood, time tu, terus snap!

SENTIASA ADA PORTABLE MAINAN 
Toys boleh daripada yang ada music atau yang berwarna-warni atau kombinasi keduanya. Mulakan dulu sesi bersama mainan, sampai lah fokus mereka tertumpu pada mainan tu. Pastikan bawa je kemana-mana mainan, sebab bila sampai je fokus budak-budak ni, terus snap!

KAMERA KENA ADA DI MANA-MANA
Jangan lah sesekali kamera tertinggal atas meja ke dapur ke dalam kereta ke. Kat mana sahaja, bawa! Sebab, kat mana-mana pun boleh terus snap! 

Haaa.. Senang tak? 4 tips mudah ni je saya selalu buat bila nak ambil gambar Irfan & Aisha. Antaranya, sesi 'pengambaran' hari Ahad haritu.. Hihi..




SELAMAT MENCUBA!!

2 comments:

  1. gambar last tu comey.. pandai si adik pose ..

    ReplyDelete
  2. tips ini memang terbaik.TQ !
    jangan lupa ping artikel dekat lemonping k

    ReplyDelete