March 27, 2011

Only You~

nothing more i can say about you.

you are my man
you are my soul
you are my sun
you are my air
you are my strength
you are my legs
you are my arms
you are my ..................................

EVERYTHING!!!

March 22, 2011

tekanan mula terasa


hohoho! tekanan apa ni? apa? kenapa? bagaimana? haha!

saya rasa saya mengalami tekanan, kerana terlalu banyak coursework! semua pun tak siap lagi. ada yang belum start pun lagi. sbb tu saya nak minta maaf sgt pd rakan2 yang nak rujuk coursework IBS 2 saya tu. saya tak start pun lagi. ampun!

saya rasa saya mengalami tekanan, kerana groupmate coursework saya yang sorang tu betul2 tak boleh harap. lain yang saya suruh buat, lain yang dia buat. saya dan rakan2 yang lain kan try la arrange kan masa utk meeting ikut time table dia, satgi, dia yang tak muncul. katanya 'not in a good states'. huh? haha. makan tangan saya nak tak??

saya rasa saya mengalami tekanan, kerana saya tak mula mentelaah lagi. sedangkan sekarang ni da masuk minggu yg ke 7 sesi pembelajaran. haha! adoi. harus bagaimana lagi. dan terus begini.. haih.~

hah! maka dengan itu saya bertekad utk menggunakan masa 24 jam saya sebaik yang mungkin. ayuh lah kita mentelaah!!! muahhxxx~~~~

March 21, 2011

terima kasih cinta


terima kasih cinta untuk segalanya, kau berikan lagi kesempatan itu...
hehe. yang, terjiwang lebih eh?? ooppss!!
tapi lyn nak ckp jugak terima kasih kat awak. terima kasih untuk semua!!
terima kasih sayang, sebab menjadikan saya perempuan paling istimewa dalam diri awak. dan saya terharu dgn semua yang awak usahakan, untuk saya, keluarga awak dan keluarga saya. saya tau awak berusaha kuat untuk membahagiakan semua orang. saya harap, dengan hadirnya saya di setiap saat akan membahagiakan awak..
terima kasih sayang, sebab mencintai saya sepenuh hati. saya sayang awak sangat. manakan mungkin untuk saya tidak mencintai awak. gile?? da lah kacak! bertanggungjawab lagi! hehe. tapi tadi saya terperasan muka awak mcm farid kamil lah. part bibir tu. hehe
terima kasih sayang, sebab membuatkan saya tersenyum sepanjang hari. dulu kan, awak selalu marah2. kadang2 tu menyakitkan hati tau.! haha. tapi kan, skg ne awak dah berubah lah! apa petua?? dah takde marah2 mcm dulu.. kenapa kenapa?? ahah.. tapiiii.... saya sukeee awak tak marah2 dah! makin penyayang la awak skg ne. aw!!
yang.. saya kan sayang gile kat awak!! mcm mana nk cakap yg saya sayang gile kat awak?? haha. bila awak suruh saya cakap sesuatu yang sweet through phone atau masa kita bersua kan, saya langsung tak pandai.. haha. segan!! tapi kan, bila tulis2 esei mcm ni, saya mampu. haha. so, terima lah seadanya ye sayang???
i love you so much, sayang. always do!

March 17, 2011

aku rindu kau.

tak pernah aku sangka aku berpeluang berbual dan meluangkan masa aku depan pc dgn kau harini. tak pernah aku sangka kau ingat lagi kat aku. dan tak pernah aku sangka kau pun rindu aku.

dan yang pasti aku tak pernah lupa kat kau. aku cuma tak berani nak tegur kau. kadang-kadang aku saje je try nak tegur kau. aku hantar kat inbox kau tanya pasal nombor phone kau sedangkan aku memang tau kau pakai nombor tu. tapi aku rindu kau. serius aku rindu kau.

sepanjang perbualan kita aku menangis. aku tak boleh berhenti dari menangis sebab aku gembira dan sedih. aku gembira bila aku dapat berbual dgn kau dan kita saling luahkan apa yang kita rasa. tp aku sedih sbb aku terkenangkan yang kita jauh, jauh sgt. tapi mcm kau ckp, bila kita rindu kat orang tu, orang tu akan rindu kat kita balik. dan aku akan sentiasa merindui kau.

teringat aku waktu dulu. masa aku tgh study, lalu aku bosan dan malas, aku pergi bilik kau, dan pastinya pintu bilik kau sentiasa terbuka. aku masuk, kau pasti bersama laptop atau duduk di bibir katil. lalu aku pun berlabuh kat katil kau yang wangi tu, mcm bau baby. ditambah pule dengan cadar kau yang warnanya selalu mengundang nafsu aku untuk tidur.

dulu kau selalu buat muka garfield, dan aku takkan lupa wajah garfield kau tu. sbb memang serupa!. kadang2 kau saje jalan pun mcm garfield. yang paling menampakkan kesesuainnya bila kau memakai pijama biru yang kotak-kotak tu. hehe. lalu, garfield versi manusialah yang kelihatan. hihi..

dulu, kau selalu pujuk aku bila aku nangis, terutama masa aku tengah dengar lagu aerosmith-i don't wanna miss a thing. kau selalu bagi nasihat kat aku. dan selalunya solution kau nak hilangkan kesedihan aku, kau ajak aku pergi berdikir. rindu dikir barat kita kan?? dengan baju kuning, dan suara kau yang sedap gila tu.! kau selalu sokong aku dalam ape je yg aku buat masa kat kampus dulu. aku tak tau kenapa kita jauh mcm skg.

sedih sgt. aku rasa, aku nangis skg ni pun, tak sama macam aku nangis masa aku putus cinta dulu. ya Allah. aku sayang kat kau. serius aku rindu kau. insyaAllah.
aku cuba untuk jumpa kau bila aku berada berdekatan area kau. insyaAllah.

harini cerita saya sedih

saya sedih sebab kawan saya sedih. awak, awak jangan sedih ye. walaupun kita tak selalu berhubung. malah, kita tak berhubung hampir bertahun lamanya. tapi saya nak awak tahu, tak kira bila-bila pun awak rasa gembira dan sedih, awak boleh cari saya.

sebab, dah banyak sangat awak bantu saya sebelum ni. awak baik sangat terhadap saya. awak selalu nasihat saya. awak selalu beri kata-kata perangsang. awak nak tau? masa saya tgh tulis post ni, saya teringat waktu dulu-dulu.

saya ingat lagi awak pujuk saya bila saya tengah sedih sangat masa tu. awak bantu saya. saya tak akan pernah lupa. awak jangan menangis lagi ye. awak kuatkan hati. sebab saya tau awak boleh walaupun awak kata tak boleh. sebab jauh dalam hati awak, masih ada kekuatan yang ada.

awak boleh luah apa je kat saya. awak boleh cerita apa je. asalkan dengan bercerita pada saya, awak lebih terasa senang hati. saya nak awak gembira macam dulu. saya nak awak riang macam waktu sekolah dulu. saya nak awak kekal macam dulu.

saya sayang awak. saya akan mohon pada-Nya, moga awak diberi segala kekuatan yang ada untuk menempuh hari-hari awak yang mendatang.

March 16, 2011

cemburu dan amarah.

kadang-kadang manusia dipenuhi rasa cemburu yang membuak sehinggakan melihat kebahagiaan orang lain ibarat sesuatu yang menyakitkan penglihatan dan pendengarannya.

terbaca lah aku satu artikel yang ditulis entah dari siapa yang mengambil kata-kata Imam Al-Syafie.
Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

apa yang saya tulis ni adalah untuk peringatan saya juga. segala yang ada kat dunia ni hanya sementara. yang mutlak ada kekal di atas sana. merosakkan kebahagiaan keluarga dan hubungan orang lain adalah sesuatu yang bukan je memusnahkan silaturrahim, tapi sesuatu yang amat dibenci oleh-Nya.

yang paling tidak masuk akal adalah apabila melibatkan sesuatu yang khurafat! astaghfirullahalazim. sampai bila? sampai bila agaknya ingin memusnahkan hidup orang lain. dengan segala jarum dan rambut yang ditabur? dengan segala telur busuk yang digantung? ke mana agaknya agamamu wahai manusia???

astaghfirullahalazim. saya mohon, Tuhanku, lindungilah aku, keluargaku dari segala perbuatan khianat manusia.

March 7, 2011

oh. Sayang Sangat! papa mama!

alin dedicate lagu I Want To Hold Your Hand untuk mama dan papa. bila dengar rasa sedih sangat. rasa terharu, mungkin lebih sesuai.

banyak yang alin belajar dari mama dan papa. alin belajar macam mana menjadi seorang anak kecil yang manja. alin belajar macam mana menjadi seorang pelajar yang rajin. alin belajar macam mana menjadi seorang remaja yang sentiasa ingat akan batas-batas pergaulan. alin belajar macam mana menjadi seorang wanita yang berfikiran jauh. dan sekarang alin belajar macam mana untuk menjadi seorang isteri yang diredhai Allah dan dicintai suami.

banyak yang alin berdosa pada mama dan papa. alin kadang-kadang tertinggi suara. alin kadang-kadang tidak sabar. alin kadang-kadang terlalu dimanjakan. alin kadang-kadang ingkar arahan. alin kadang-kadang tidak duduk di rumah. alin kadang-kadang lalai.
alin minta maaf atas segala kesalahan alin sama ada yang alin sedar atau alin tak sedar. alin sedar kesilapan alin. cuma kadang-kadang alin ego. tapi alin sebenarnya sedar. dan hanya pada Allah alin memohon kemaafan.

alin janji, walau kat mana alin berada. walau siapa alin suatu hari nanti. walau susah mana atau senang mana hidup alin nanti. walau pun alin sudah bersuami. walaupun syurga alin nanti di bawah tapak kaki suami, tapi alin janji untuk sentiasa tidak mengabaikan tanggungjawab alin terhadap mama papa.

banyak yang alin dah rancangkan dalam hidup untuk membalas segala jasa mama dan papa. segala apa yang mama dan papa dah berikan selama membesarkan alin, tak akan pernah alin lupa. tak akan pernah juga alin akan buat tak tahu.

alin ingat macam mana mama dan papa jaga arwah wan, atuk, tok cik, atok sepanjang hayat mereka. macam tu jugak alin akan buat. insyaAllah. insyaAllah ma, pa.


March 6, 2011

Selamat Hari Jadi!

khas buat mama dan papa yang alin sayang.

selamat hari ulang tahun kelahiran yang ke 61 untuk papa dan yang ke 59 untuk mama! doa alin ialah supaya mama dan papa diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dilimpahi segala keberkatan dan keredhaan daripada Nya.

teringat masa alin umur 5 ke 6 tahun. tiap kali lepas makan malam, papa mesti tengok tv kat living room. seperti kebiasaannya, papa akan pakai kain pelikat. hehe. lepas tu, alin lari-lari kat papa nak minta papa jadikan kain pelikat papa sebagai buaian. lepas tu, berayun la alin dalam buaian kain pelikat tu. sekarang dah tak muat dah. hehe

bila alin susah hati, alin tak perlu cari orang lain. alin boleh masuk bilik mama, duduk atas katil mama sambil tunggu mama selesai dengan kerja mama. lepas tu, mama akan duduk kat sebelah, mama akan tanya, 'kenapa ni?'. kemudian, alin boleh cerita je apa yang tersimpan dalam hati. perasaan bila meluahkan kesusahan hati kat mama buatkan hati alin rasa lebih lapang. malah kan, tak ada apa yang boleh dibandingkan dengan segala nasihat dan kata-kata semangat mama. tak sama meluahkan dengan kawan-kawan. mama lebih memahami.

alin sayang mama dan papa lebih dari apa pun. bila usia alin semakin meningkat, lama-lama alin jadi segan untuk manja-manja macam dulu. tapi, tak bermaksud alin tak sayang. anak mana yang sanggup membenci mama dan papa yang dah melahirkan dan membesarkan.besar pengorbanan mama dan papa.

terima kasih sebab menjadi contoh yang baik buat alin.
terima kasih sebab menyayangi alin.
terima kasih sebab sentiasa bertahan dengan karenah alin.

insyaAllah. tidak akan alin lupa walau sedetik pun untuk sentiasa menjalankan tanggungjawab alin sebagai anak kepada mama dan papa. hingga akhir hayat alin sekalipun. alin pernah janji, dan sampai bila-bila pun alin janji.

p/s : mama papa lahir pada tarikh yang sama tau... 7 MAC.

March 2, 2011

Saya Sayang Famili Saya


hai bloggers~

ouh nampaknya misi bulan Februari untuk bercerita tentang sahabat baik saya tidak berjaya disiapkan dalam tempoh masa 28 hari. hehe. ampun ye ampun~~

tapi saya akan sambung balik selepas bulan Mac atau mungkin di pertengahan bulan Mac. ok? HOHO. mesti semua nak tau pasal sahabat-sahabat saya kan. [eceh! perasan bajet semua nak ambil tahu!!] haha

ok ok. misi untuk bulan Mac ialah tentang keluarga saya! faktor utama ialah kerana, hari lahir mama dan papa saya jatuh pada bulan Mac!! makanya saya ingin memberi penghargaan bulan Mac kepada mereka. hihihi!!!

ouh ouh. tak juga dilupakan, tunang saya pun lahir bulan Mac. saing lah. boleh kan?? tapi bukan malam ne. malam esok lusa. hehe~~~

alright! masa untuk tidur~!!! krrrooohhhhhhhh

March 1, 2011

Syafika Abdullah

kita kawan da lama dah kan ika? sejak dari darjah 4 lagi. lepas tu kita terpisah lama sgt, dan akhirnya terjumpa balik berkat usaha kau. sayang kau gila lah!

kau ingat tak masa kita darjah 6 dulu, kita selalu keluar kelas bila-bila je kita suka lepas tu, kita lepak kat tempat lain. kadang-kadang kau ikut aku pergi bilik pemulihan borak-borak dengan cikgu Norimah.

kau ingat tak masa kita darjah 6 dulu, kita selalu rindu nak tidur rumah azzila. sebab masa kita darjah 4 kita selalu balik sekolah lepak-lepak, makan-makan kat rumah dia dulu. kadang-kadang kita tidur sana jugak.

kau ingat tak masa kita darjah 6 dulu, kita pergi tusyen sama-sama. selalu kalau kita tusyen petang, lepas habis tusyen je kita terus pergi IOI Mall kan? bukan beli barang sangat pun. tapi menggedik nak merayau. haha

kau ingat tak masa darjah 6 dulu, kita pergi lawatan kat Pulau Pinang. kita naik kereta kabel, pastu mandi-mandi kat bukit merah water park, kita pergi taman rama-rama. kita duduk dalam bas pun sebelah-sebelah kan??

kau ingat tak masa darjah 6 dulu, kalau kita pergi tusyen, kau selalu kena kacau dengan fikhry, aku pula kena kacau dengan danial. haha. tapi sekarang semua da tak tau kemana kan?

sayang kau gile lah!! sebab kau selalu ada bila aku perlu. aku teringat kau sanggup call aku masa aku kat Manchester dulu. dah lah nak call aku mahal. sayang kau. bila ingat balik kan, aku mesti rasa nangis. terima kasih tau. aku tak tau apa yang aku boleh balas kau.


sayang kau gila lah weyh!!!