February 25, 2011

tentang awak!


tak pernah pun saya jemu bercerita tentang awak kan? haha. tapi agak-agak awak ramai tak yang jemu baca saya tulis pasal awak?

ouh. jiwa perempuan. selalu meluahkan setiap apa yang dirasa melalui penulisan, lagu, sikap, tingkah laku, percakapan dan apa je medium penghantaran yang ada.

saya tengah dengar lagu Terima Kasih Cinta, nyanyian Afgan. teringat kali pertama hati saya terpaut pada awak. awak kacak. percakapan awak sopan sangat. tapi dari dulu lagi awak selalu lewat. awak biarkan saya tunggu kat stesen Chan Sow Lin hampir 2 jam.!

awak ingat lagi?? debaran kali pertama? saya terkial-kial nak melintas jalan. kereta banyak sangat. saya seram tengok arus kereta yang laju macam tu. agaknya awak tengok saya macam takut-takut, lalu awak pun pimpin tangan saya. KALI PERTAMA.
tapi awak tak lepaskan tangan awak walaupun kita dah lintas kan? hehe. awak masa tu pakai cardigan hitam, jeans biru kegemaran saya, dan t-shirt biru kat dalam. sampai ke hari ni, tiap-tiap malam pun saya tidur dengan cardigan tu. (",)

awak ingat lagi?? mata bertentangan? saya betul-betul rasa hanya kita berdua yang ada dalam tren tu. saya rasa macam keliling saya tak ada orang. saya pandang mata awak. lama sangat. dan kemudian bibir awak mengukirkan senyuman yang memang merundum jantung saya. bila tersedar, saya malu sendiri.
pertamanya saya malu sebab kepala saya terhantuk dekat tiang tren masa kita tengah gelak-gelak. dan yang keduanya, sebab terlalu ketara yang saya dah jatuh hati kat awak malam tu.

effandy,

saya tak pernah lupa peristiwa tu. setiap kali teringatkan kejadian tu, saya mesti menangis. bukan sebab sedih tapi terlalu gembira kerana Allah mempertemukan saya dengan lelaki seperti awak. kadang-kadang kan kita bergaduh, tapi saya redakan kemarahan saya dengan mengingatkan balik peristiwa tu. sebab, kerana peristiwa itu, saya tahu, yang bahawa saya cinta pada awak.

saya sayang awak dy.
-darleen-

putus cinta

bagi saya, semua orang yang bercinta pasti akan menemui kekecewaan dan kesedihan yang teramat sangat. tapi, satu je! terapkan dalam minda, hati, bahawa tak semestinya kecewa itu sesuatu yang buruk. walau apa keadaan sekalipun, jangan pernah putus asa. jangan menyesal dengan percintaan yang dilalui. jangan salahkan sesiapa pun.

kita berbalik pada Allah. mohon agar kita diberikan kekuatan yang secukupnya supaya kita mampu hadapi semua ni. jangan berhenti berdoa dan berharap dan jangan jugak berhenti untuk bercinta. insyaAllah. mungkin bukan sekarang.

menangis la sebanyak mana yang boleh. dengar lah lagu-lagu cinta. tengoklah segala gambar. bacalah segala surat. jadikan itu kekuatan. saya pun tak pandai nak bercakap soal ni. sebab di ketika saya berada di situasi ini, saya tak menghadapinya seperti yang sepatutnya. saya tak nak ada orang lain yang lalui benda yang sama.

kepada -you-know-who-you-are,

sayang diri awak lebih please. ambil balik segala hati, jiwa, cinta dan segala yang pernah awak beri pada dia. simpan balik dalam hati. lapangkan hati awak. berdoa pada Allah. jangan putus asa. menangis lah sekuat mana yang awak nak. please..~ jangan jatuh dari tempat awak berdiri.

-saya-

February 14, 2011

Darleen, Anis, Ammar, Arip, Jazli

ini sahaja gambar kita BERLIMA termasuk Fandy yg aku ada. erm. selalu mesti kurang sorang. kan? heh. balik Malaysia please November ne. Pleasseeeee....~~~~~

Jazli Hakim Johar

aku dengar nama kau kan jaz, dari anis. ehem. cerita lama. tp kalau ikutkan hati masa mula-mula jumpa kau dulu kan, aku mcm marah kat kau tau. sbb buat anis kecewa. haha. eceh. itu cerita lama laaa~~

sejak berkenalan dengan kau, kau mmg selalu loyar buruk. kadang-kadang, sampaikan aku boleh percaya apa yang kau ckp. kadang-kadang seperti aku selalu dipermainkan oleh adik-adik. haha!!!!

sejak berkenalan dengan kau, kau selalu menjadi perhatian kawan-kawan aku. semua lah asyik sibuk tanya kau dah ada gf ke? umur berapa. suka perempuan mcm mana. kirim salam dah tak payah nk cakap la. sampai aku pulak yang susah hati sbb tak tau nak tlg kenalkan kau kat dorg. haha!

sejak berkenalan dengan kau, kau pernah buat aku terharu sekejap. kau datang dengan arip naik kereta. singgah rumah anis. panggil anis kuat-kuat. lepas tu, kau bawakan kek harijadi untuk aku. walaupun, harijadi aku ibarat da lepas beberapa hari. tapi sweet gila sbb kau dgn arip plan nak celebrate dgn aku walaupun masa tu korang pun sibuk gila.

sejak berkenalan dengan kau, kau selalu bawa kamera. haha. dah sama mcm ammar. tapi kau punya lense tu yang dahsyat sikit. ouh ouh. ingat tak masa kita pergi main mercun kat jalan yang skg ni da jadi jalan utama ke carefour, tapi dulu jalan tu tutup. pastu kita amik gambar lampu-lampu tu. err~ kau ingat ke tak? ouh. mana gambar tu?? haha


jaz. lama tak jumpa kau kan??? haha. balik lah thn ni plzzz.. november pleassseee..... you know why.. kan?? kan??

February 11, 2011

Ariff Hamzah

arip. first time kita jumpa kat jj cheras selatan tu kan. yang masa kita makan kat Johnny's tu.. kalau tak silap la. masa tu aku tak ingat kenapa boleh jumpa kau kat situ. cuma yang ingat, masa tu anis kot. anis nak jumpa kau dgn jaz. agaknya lah! entah la. lupa sudah.

kau ni lain daripada yang lain, sbb kan kalau aku anis ammar jaz lepak2 waktu malam, kau selalu tiada. sbb kau tak boleh keluar mlm. kau ada curfew. masa untuk kau dengan kita-kita ni mmg terhad sikit. sbb tu kan, kalau ada gmbr kami-kami waktu jalan2 kat putrajaya ke, kau takde. sbb tu jugak kau selalu 'touching' konon. haha!

kau ni lain daripada yang lain, sbb kan muka kau yang putih gila. kalau kau gelak atau kau termalu sendiri, abes lah. merah bercili la muka kau. disebabkan wajah kau yang kacak tu la kau digilai ramai perempuan. sampaikan ada seorang perempuan ni mengamuk dekat anis atas sebab-sebab yang tak pasti. hebat lah arip!!!! drama tau~ tapi kalau ikutkan dia tu yang timbulkan kontroversi. LOL!

kau ni lain daripada yang lain, sbb kan kau dgn jaz dah macam gay partner dah. semua bnd mesti nak dulukan jaz. masa jaz pergi US dulu pun, kau lah orang yang paling sedih sekali, menangis meraung semua kat airport.. [oops!!!!].. haha.. mmg. dorg ni dah tak boleh pisah dah!!!

kau ni lain daripada yang lain, sbb kan kau tau semua benda pasal iluminati. masa kita balik dari mana nth. sepanjang perjalanan kau cerita pasal iluminati. kagum! semua nama kau ingat!! lepas tu, kau rajin pula buat research dan baca bnd2 mcm tu. dan! disebabkan tu la, aku pulak jadi berminat nak tau sangat pasal iluminati ne semua. (",)

ouh, arip skg dah dekat Iowa. tapi lupa pulak untuk berapa tahun dia kat sana. bila ingat arip, mesti teringat masa jalan2 kat petrosains.. masa tu, rasanya yang buat kitorg terus berkawan.


belajar baik-baik kat sana k. lepas tu, jgn lupa kitorg kat sini. nnt balik, kita semua kena buat picnic lah! haha. tak pun, kita g petrosains lagi?? erk!

Ammar Izzudin Azmi

ouh. another friend of mine. kita kenal since umur aku 7 thn kan ammar? ibarat 2/3 daripada hidup saya jugak kan? lamanya. skg ni da semakin meningkat usia, makin jarang da bersua.

perkara paling kelakar yang aku ingat, masa tu kali pertama aku nak tegur kau sebagai jiran baru. aku kan selalu intai kat dalam rumah kau tengok kau buat apa. aku duduk kat jaring-jaring yang menjadi pemisah antara rumah kita, pastu aku tengok je kau. haha. tapi kemudiannya, mak kau panggil aku masuk rumah kau untuk kawan dengan kau.

perkara paling kelakar yang aku ingat, masa tu kali pertama kau curi-curi bawa kereta keluar rumah. oops! ammar, sorry. dah terbagitahu kat sini pulak. haha. masa tu kau tak ada lesen lagi. pastu kau kan, akan keluarkan kereta senyap-senyap. tak cukup dengan tu, kau akan tandakan tempat tayar kereta depan tu dengan bata. so, bila nak masukkan kereta nanti, make sure, tayar tu masih berada di tempat yang sama. haha... itu la yang mulanya tabiat kita suka lepak malam-malam. kan?

perkara paling kelakar yang aku ingat, masa tu malam tau. lepas kitorg call hitz.fm, kitorg da takde hala tuju. lepas tu masing-masing lapar. last-last kan, nk jimat duit punya pasal, kita amek meggi dari rumah masing-masing, lepas tu masak kat rumah aku. haha. dan akhirnya semua sekali tidur rumah aku.. haha!

perkara paling kelakar yang aku ingat, masa tu zaman sekolah lagi. masa tu kau baru abes pmr. kau kan, kalau boleh, semua borang kau, segala apa yang memerlukan pengisian borang terutama isi borang utk masuk sekolah baru ke ape ke, mesti nak aku yang buatkan. teman kau masuk sekolah teknik pun, kena aku jugak. haha. nasib baik, cikgu Faridah tak fikir kita ne couple ke ape. heh. tapi itu dulu laa.. skg dah tak da. semua dia dah pandai buat sendiri. haha!

heh. itu yang paling kelakar la. kalau ikutkan bnyk lagi cerita. tapi, ini antara perkara yang lekat dalam memori. eceh! heh. ammar ni kadang-kadang hati dia tak tentu. kejap nak ni, kejap nak tu. tapi dia ni pandai. dulu masa zaman sekolah, dia suka main dgn gundam, lps tu tukar minat kepada skate, skg ni da kepada drift pula. heh! ooh! dia da ada gf tau. so, tak available lagi.. (",)

kalau lah kita semua tak menjadi tua kan????

February 9, 2011

Anis Nabillah Mohd Azli

dia kawan sejak kecil saya. masa tu umur saya 7 thn. makanya saya kenal dia 2/3 daripada sepanjang hidup saya 23 thn ne. lama kan? jadi kalau nk ckp dia tak kenal saya dan saya tak kenal dia, memang tipu gila la..

setiap malam kami suka lepak depan umah. aku selalu panjat pagar umah aku, walaupun sbnrnye gate boleh buka lepas tu lari-lari anak pergi rumah kau, tekan loceng banyak-banyak kali untuk panggil kau dengan alip keluar. nanti mesti kau buka lampu dekat pintu depan umah kau dulu, pastu baru buka grill. tp aku ingat kau yang keluar dulu, rupanya alip. sebab kau salu sibuk bersiap kat dalam bilik sebelum keluar.

setiap malam kami suka duduk kat rumah kau. sbb dekat rumah kau, kita selalu main bank-bank [kau ingat lagi game tu tak?]. kita selalu tukar2 sape yang jadi cashier dengan sape jadi customer. pastu kita akan kumpul semua duit monopoly atau saidina yang ada untuk dijadikan duit. haha.

setiap malam kami suka serang makan kat rumah kau. sbb ayah kau pandai masak spaghetti. aku selalu kirim spaghetti kat kau. sedap gile!! sampai sekarang pun rasa kesedapan spaghetti tu. kalau datang rumah kau skg pun, nk minta spaghetti jugak. bila agaknya kau nak bagi resepi tu kat aku?

setiap malam kami suka pergi putrajaya. tak tau kenapa. tapi ammar la yang rajin ajak kita pergi sana kan?pastu suka bergambar. nyanyi lagu my chemical romance gila2. pastu kita duduk kat tgh2 jln raya, bercerita pasal betapa sadis nya cinta dan kecewanya hati. heh!

setiap malam kami suka duduk je dalam kereta. sbb utama tak tau. tapi pernah satu mlm tu kita call hitz.fm. kan? pastu kita request lagu. pastu kita dengar balik suara kau dan lagu yg kau request kat dlm kete smpai la ke pagi. last2end up tidur kat rumah aku..

dan aku doakan kau akan bertemu dgn org yang betul2 sayangkan kau dan berjaya dalam kehidupan. k??


Anis ne tabah dan kuat orangnya. selalu sabar dgn semua dugaan yg dia kena hadapi dlm usia skg ni. tapi dengan setiap kecekalan yg dia ada ni, dia bakal jadi doktor tau.
kalau sakit jumpa dia eh.~

bila tak boleh tidur~~

bila saya tak boleh tidur, saya mesti bayangkan awak. saya bayangkan wajah awak. saya bayangkan senyuman awak. dan paling saya suka, saya suka bayangkan layanan awak pada saya. tapi saya ingat yang sweet je. yang tak sweet taknak ingat. [hehe]. saya suka bayangkan cara awak bercakap dan cara awak manja-manja dengan saya. sebab, takde sape pun tau yang awak tu gedik. saya sorang je~ hehe

bila saya tak boleh tidur, saya mesti peluk baju awak. baju awak tu, awak bagi sejak awal-awal kita couple dulu. bila bau badan awak dah hilang, nanti awak suruh saya bagi balik baju tu kat awak. sebab awak nak topup bau tu. pastu kan, pernah sekali tu, mama nampak baju awak kat tepi bantal atas katil saya tau. mama gelakkan saya. ish ish ish..

bila saya tak boleh tidur, saya suka tengok-tengok facebook awak. sebenarnya kalau ikutkan, facebook awak bukan ada apa pun. tapi saya nak jugak tengok apa awak buat dengan facebook awak. hehe. walaupun tiada perubahan kan, saya tetap jugak nak tengok. ntah la kenapa. da jadi kebiasaan pulak.

bila saya tak boleh tidur, saya mesti sms awak. walaupun, awak da tidur, saya tetap akan sms awak. sebab saya rindu gila kat awak. saya pun pelik la kenapa mesti rindu. sedangkan hari-hari pun saya jumpa awak. kan??? stress tau~~ takpe. lagi 276 hari lagi. lepas tu, setiap saat pun tengok awak je.. tak jemu tau!!!

bila saya tak boleh tidur, saya suka menulis pasal awak. dulu kan, sebelum saya bergiat aktif dengan blog, saya suka tulis kat dalam diary saya. tapi sejak tangan saya semakin lenguh menulis, saya suka menaip pulak. hehe. saya tau awak baca apa saya tulis. sebab awak gedik selalu nak baca depan saya...

saya tengah tak boleh tidur sekarang ni, sebab tu menulis pasal awak. hehe. awak sayang saya mcm saya sayang awak tak?????

tentang kawan~

bulan februari ne kan. saya nak bercerita mengenai kawan saya lah. boleh tak??? tapi satu hari 1 post je la. bole tak??? makanya, rakan2 terdekat, pastinya ada cerita tentang kita... tunggu je dengan penuh ketenangan dan kesabaran. pada sesiapa yang nak request cerita kita bersama pun boleh~~ amat dialu-alukan... tau..

tapi, untuk malam ne, saya nk tidur dulu. sebab esok ada hal pagi-pagi. haruslah mata ini direhatkan dulu... muahx..

selamat tgh malam... (",)

February 8, 2011

kali pertama saya dan awak..


kali pertama saya melihat seraut wajah awak, hati saya dah tertarik. rambut awak panjang hampir menyentuh bahu. pipi cengkung menampakkan tulang pipi awak, menyerlahkan kekacakan awak. hidung awak yang mancung, raut muka awak yang lebih kepada keturunan cina yang awak ada. semua tu membuatkan hati saya terpaut sewaktu terpandang gambar awak.

kali pertama saya menerima sms awak, hati saya berdebar-debar. tak sangka awak memiliki no. hp saya. walau hanya dengan sapaan 'HAI' awak membuatkan jantung saya berdegup lebih kencang. hari saya lebih ceria dan membuatkan saya tersenyum sepanjang hari.

kali pertama saya menerima email dari awak di myspace, hati saya gembira tak terkata. waktu tu kita masing-masing sibuk. kita cuma dapat online hanya beberapa minit dalam sehari. berbual melalui email menggamitkan perasaan rindu untuk sentiasa berbual dengan awak. saya sanggup ke cc semata-mata untuk tengok samada inbox saya ada email atau tak. dan, awak tidak pernah mengecewakan saya.

kali pertama saya menerima panggilan telefon dari awak, hati saya digamit perasaan rindu tak terkata. mendengar suara awak buat kali pertama benar-benar membuat saya semakin inginkan awak. awak pemalu, tapi masih bijak dalam mengatur kata-kata. suara awak lembut, melemahkan segala sendi saya. hampir terjatuh dari tmpat saya duduk.

kali pertama saya bersua dengan awak, hati saya terlalu teruja. saya bertukar baju beberapa kali sbb terlalu nervous utk berjumpa dgn awak dan melihat penampilan pertama saya. apa yang saya tahu ketika tu, awak tidak suka perempuan yang berpakaian seksi. maka, sehelai baju merah dipadankan dengan seluar panjang hitam yang menjadi pilihan. melihat awak berdiri di sisi kereta membuatkan saya tak berhenti senyum. terlalu gemuruh. namun disembunyikan dengan perbualan. awak terlalu kacak, baik hati, dan mempersonakan hingga saya tidak boleh berhenti untuk terus mencintai awak.

saya nak setiap kali pertama itu akan sentiasa berlaku walau ke hari tua. bersama awak sentiasa membahagiakan. awak lah mangkin semangat saya. sayang awak lah!!!!!!!!!!

February 7, 2011

blog saya berubah wajah!!

fuh. letih nak cari template yang boleh menarik minat di mata dan hati. ne pun kira tak berapa nk minat la kan. tapi ibarat masih boleh diterima. cuma ada la sikit2 tukar warna font dan size pastu element2 page yang diubah.

meh singgah tgk meh... (",)

February 4, 2011

jika ditanya kepada saya..


jika ditanya kepada saya, kenapa saya cintakan awak, maka saya hanya mampu berkata, cinta saya kepada awak adalah kerana Allah. niat saya adalah ikhlas dan saya yakin awak pun begitu. tidak pula saya lihat pada paras rupa. namun rupa awak yang kacak dan sering menjadi isu antara kita disebabkan orang ketiga yang ingin memiliki awak adalah bonus kepada saya. namun, tidaklah pula saya tidak bersyukur. syukurnya saya, hanya Allah yang tahu.

jika ditanya kepada saya, adakah saya sanggup menjadi isteri awak, maka saya akan berkata, saya telah bersedia menjadi isteri awak dan mengharungi segala suka dan duka bersama awak. menjadi tanggungjawab saya sebagai isteri untuk mentaati dan mencintai suami sepenuh hati. menyediakan makanan dan menghormati keputusan suami. saling memberi pandangan dan membahagiakan suami. jika itu yang awak perlu tahu, insyaAllah, saya dah bersedia. namun, tidak lah pula, saya akan alpa dan lupa dengan segala tanggungjawab lain yang wajib untuk saya sebagai isteri.

jika ditanya kepada saya, adakah saya yakin dengan kemampuan awak membimbing saya, maka saya akan berkata, saya yakin dengan sepenuh hati saya. saya yakin awak mampu menyara kami sekeluarga. namun, bukanlah kita di zaman dahulu kala yang lelaki keluar bekerja dan si isteri di rumah. pastinya saya juga bekerja dan tujuan kita hidup bersama mampu membantu kita saling berkerjasama dalam hal kewangan. malah, saya yakin dengan kemampuan awak dalam membimbing saya. awak seorang yang taat kepada agama, tidak meninggalkan solat, tidak meninggalkan puasa, tidak suka membuang masa tanpa hala tuju, tidak bermain perempuan, tidak juga berjudi, malah tidak meminum arak. apa lagi yang saya perlukan?

jika ditanya kepada saya, adakah saya sanggup bertudung setelah berkahwin, maka saya akan berkata, sudah sekian lama awak tahu, keinginan saya bertudung bukan sahaja skg, tapi sudah lama dulu. saya sendiri sedar, betapa malu dan jahilnya saya sebagai seorang islam, menampakkan segala aurat saya kepada lelaki. betapa berdosanya saya menampakkan walau sehelai rambut saya di hadapan lelaki lain. astaghfirullahalazim. sentiasa wujud perasaan takut dalam diri saya terhadap azab Allah SWT. insyaAllah sayang, isteri awak pasti akan menjadi seorang wanita yang solehah dan diredhai oleh Allah. bimbing saya ke arah itu ye sayang.

sayang, cinta saya tetap dan utuh untuk awak. tiada yang lain. pastinya, awak lah sahabat, teman bergaduh, tunang, dan bakal suami yang akan sentiasa bersama saya dan akan menghabiskan segala sisa hidup bersama. insyaAllah. doa saya setiap kali lepas solat, moga kita dipertemukan di akhirat kelak. amin~

February 1, 2011

Terima Kasih SANGAT!!

Hai!! terima kasih sgt2 kepada semua famili, cousins, friends, voters, followers etc. terima kasih untuk semua publicity. terima kasih sbb vote. terima kasih sbb menyokong. ermmm... terima kasih~~~

kalah atau menang bergantung pada juri. tak tau nak rasa apa skg. nervous pun ada. haha. tp apa-apa pun, majlis ijab kabul akan tetap diadakan pada november ini. bole tunggu tak?? hehe

thanks~~