May 25, 2015

Manjakan anak boleh ke?

Assalammualaikum

Serius cepat masa berlalu sekarang ni. Sedar macam tak je Aisha dah nak masuk 9 bulan. Setiap hari tengok dia membesar dengan perangai yang macam-macam tu, tercalit rasa seronok. Sampaikan kadang tu, macam tak percaya. Sebab diberi peluang untuk rasa pengalaman pembesaran anak normal, yang seiring dengan 'milestone' harus secara medikal nya. Syukur, sebab atas nikmat apa lagi yang kita nak dustakan. 

Saya taknak cerita macam mana saya manjakan Irfan, sebab Irfan memang saya manjakan macam 7 petala langit (umpamanya). Hihihi! 

Cuma.. 

Aisha ni, saya rasa saya dah manjakan dia jugak. Macam terfikir lah jugak, nanti kalau manja lebih-lebih susah sebab maintenance tinggi. Orang-orang tua kata, manja lebih nanti degil lah, ikut kepala dia lah, apa dia nak mesti dapat lah, macam-macam lah!

Tapi.....

Macam mana nak tolak kalau dia sendiri datang kat kita baring-baring. Takkan nak cakap, 'Sana sana! Jangan rapat-rapat!. Hahahaha! Mesti lah saya pun happy pastu kita cium-cium peluk semua. 

Lepas tu, sebelum tidur, dia duduk sebelah kita, tiba-tiba letak kepala kat saya. Takkan nak tolak! Dah tentu la saya usap-usap dahi dia, pok-pok badan dia lembut-lembut sampai dia tertidur. 

Itu tak kira bila kita balik kerja, buka je pintu. Aisha terus toleh senyum lebar hulur tangan suruh dukung. Takkan nak biar! Saya cepat-cepat letak beg kat bilik, patah balik ruang tamu, angkat dia pastu cium-cium. 

Tak sampai hati sangat kan! Terutamanya bila dia buat senyum malu kucing dia. Luluh hati untuk tak cium dia bertubi-tubi. Tak boleh eh macam tu?

Harap-harap nanti bila Aisha dah besar, dah boleh membaca, ada blog sendiri, bila dia baca post mama dia ni, dia tau yang mama dia sayang sangat kat dia. Kalau kata bila dia dah besar nanti, ada boyfriend pastu malu mama cium dia bertubi-tubi, biar dia tau yang masa dia kecik, mama dia dah cium dia berbillion juta kali. Padan muka! Hahaha!


1 comment:

  1. printed paperbag & sticker, utk doorgift etc... jom tgk blog kami :) cardbymyan.blogspot.com

    ReplyDelete