October 13, 2012

Detik Irfan lihat dunia.. (",)

Kesakitan Contraction

This is my first time! Getting pregnant and delivering a baby. Saya memang tak tahu langsung sakit contraction tu macam mana. Ada orang kata sakit yang teramat sangat sampai nak terjun bangunan (oh. seram!). Tapi yang jadi kat saya lain! I don't feel that pain yang sampai nak bunuh diri.

It is 6 pm, 12 Oct. Saya baru je plan dengan my lovely husband nak tengok midnight movie, Aku Terima Nikahnya. That exact time juga, saya rasa sakit pinggang. Sakit selang 30 minit, sampailah waktu Isya'. Lepas tu saya sakit pinggang like selang 10 minit. Saya waktu tu baru lepas order nasi goreng belacan untuk dinner (Memang kuat makan masa pregnant!).


Dalam 30 minit macam tu, sakit tu datang setiap 5 minit. Well the pain takde lah sampai nak terjun bangunan, rasa sakit sembelit. Tapi Fandy cakap, saya genggam tangan dia sampai dia rasa lenguh. Haha! Lepas makan, saya mandi, bersihkan badan semua (like nothing is going to happen in the next 4 hours). Mama, papa and my husband pun siap siap mandi.

Lepas tu, Mama tanya 'Alin rasa sakit tu macam mana? Pernah rasa tak? Sakit yang sangat ke? Mama tak boleh tolong, Alin yang tau badan Alin macam mana'. Saya kemudian fikir balik, sakit kali ni lain macam sikit, terus la semua bergegas siap-siap angkut beg-beg bersalin dan baby sekali. (Dalam hati, dup dap dup dap. Nervous laaa kalau betul-betul bersalin malam ni!)

Bukaan 6 cm!!

Bertolak dari rumah dalam pukul 10 mlm. Sampai Ampang Puteri Specialist Hospital 30 minit kemudian. Register dekat Emergency Department, then nurse attendant tolak pakai wheelchair ke labour room.

Guest what?!! Sampai dekat labour room, nurse (bidan) seluk tangan dia (sakit tau???!!) Nurse tu cakap, da buka 6 cm. Terkejut I!! Bersalin malam ni!! That time I was like freaking out, the thought of the baby will come out from my V-Zone really scares me much. I immediately then texting my parents, my siblings, parents in law and close friends, asking for forgiveness and smooth delivery.

Nurse pasangkan contraction level detector machine. At that time, my contraction level is around 60.  Dalam pukul 11.30 mlm mcm tu, nurse pecahkan air ketuban. Masa tu, contraction level naik sampai 90. Sakit? Allah je tau. Syukur Alhamdulillah, Fandy was there all the way through. He is my strength! But you know what?? Doktor kata 90 tu baru separuh, masa betul-betul nak keluar dah, level contraction tu boleh sampai 150!! 

Doktor Zalina arrived around 12 am. Masa tu dia tanya, ada rasa nak berak tak? Saya spontan jawab ada.  Dia tanya da ready ke? Saya jawab la, tak tau bila masa yang sesuai untuk dikatakan ready. Everyone then laughed! (Is it funny??). Doktor suruh saya pakai oksigen untuk bernafas, so boleh tahan sakit contraction tu. With that saya boleh simpan tenaga untuk push nanti. 

Sakit macam mana pun saya masih boleh gelak-gelak lagi tau! Petua dia, masa kita rasa sakit yang amat sangat tu, sedut nafas dalam-dalam guna hidung, lepaskan pelan-pelan ikut mulut. Bila kita buat mcm tu, baby dalam perut tak rasa sempit dan sakit contraction tu kurang. Senang baby nak keluar. (thanks Mama for the superb advice. It works!!)

Akhirnya dalam pukul 12.15 tgh malam tu, doktor kata, bila rasa contraction tu, push kuat-kuat. Petua nak push: 
  • jangan sekali-kali angkat bontot (ee.. seram tau, nanti boleh koyak bontot you)
  • push bila rasa sakit sangat-sangat, jangan main push je, nnt guna tenaga banyak
  • cuba elak untuk ambil epidural sbb epidural buat kita tak rasa sakit, nnt tak tau bila nak push 
Kepala baby dah nampak!!

Credit to Fandy. Dia kuat semangat. I mean, bukan semua lelaki boleh tahan tengok benda-benda macam ni. Tapi yang melemahkan sangat kan, dia boleh describe apa yang jadi kat bawah sana masa saya tengah sakit!! Mesti lah seram kan.. ;p

So, masa push yang pertama, doctor panggil Fandy, dia tunjuk rambut baby. Masa tu, Fandy da duduk sebelah doktor da (sibuk juga nak jadi bidan!). Tapi dalam masa yang sama dia bagi semangat jugak. Saya tak ingat berapa kali saya push masa kepala baby keluar. Bila kepala baby da keluar, doctor suruh push one last time untuk keluarkan bahu dia. 

Kalau tak silap saya, 3 kali push baru baby keluar. Ya Allah, masa tu tenaga memang dah habis. Ikutkan hati nak je ckp kat doktor, saya da give up, tak larat. Tapi dalam masa yang sama saya tak nak baby pula lemas (kasihnya Ibu!!)

Irfan buka mata!

Keluar je bahu baby, doktor terus tarik dia keluar. Saya rasa Allah je yang tahu betapa leganya saya bila baby dah keluar. Tapi saya memang dah separuh nyawa dah. Letih sangat!

Sayup-sayup je saya dengar doctor panggil Fandy untuk potong tali pusat baby (launching ceremony..). Nurse ambil baby, cuci hidung, telinga, mulut, mata semua then letak atas perut saya. Miracle! Miracle! Subhanallah!! 

Masa tu, baby buka mata! Dia pandang saya then dia pandang Fandy. Happy mother I am!! Dia pandang parents dia dulu! I am blessed!! Alhamdulillah. 

Tak lama lepas tu, doktor keluarkan uri. Besar juga uri. Saya terasa juga lah masa doctor tarik. Doctor kemudian jahit balik mana yang koyak. Jahitan lebih kurang 2 cm. And then I am done! I am a mother now! 

Irfan bin Mohamad Effandy
Lahir 13 Oktober 2012, jam 12.47 am @ Ampang Puteri Specialist Hospital
Berat : 3.0 kg, Tinggi : 51 cm

October 7, 2012

Bell's Palsy

Bell's Palsy - iaitu kelemahan pada muscle muka. Kebiasanya berlaku pada sebelah muka sahaja.

Kenapa saya cerita tentang Bell's Palsy ni?? Saya pun mengalami sakit yang sama! Separuh bahagian muka sebelah kiri saya tak boleh gerak. Macam paralyze! (sad kan?)

Mengikut doktor dan bahan bacaan internet yang saya google, punca bagi setiap orang yang mengalami Bell's Palsy ni lain-lain. Secara spesifik untuk saya pulak, saraf muka atau lebih tepat 7th nerve saya disebelah kiri membengkak dan menyebabkan muscle tu lemah. Jadinya, arahan daripada otak tidak sampai ke 7th nerve tu dan sekaligus sebahagian muka di sebelah kiri saya tak boleh gerak.

Bahagian yang terlibat :
  1. Kening : tak boleh angkat kening dan tak boleh kerut-kerut
  2. Mata : kelopak mata tak boleh tutup rapat. Bila tak boleh tutup, mata jadi pedih sebab habuk, udara masuk (sakit sangat!)
  3. Hidung : tak boleh nak kembang kempis, pastu takde hingus
  4. Mulut : tak boleh senyum, ketawa lagi lah tak. Pastu nak minum pakai straw susah sebab mulut tak boleh muncung
  5. Deria rasa : deria rasa di sebelah kiri kebas
Rawatan yang diberikan doktor :
  1. Pengambilan steroid Prednisolone - untuk saya, doktor kurangkan dos daripada 4 biji 3 kali sehari kepada 3 biji 2 kali sehari. Sebab steroid ni menyumbang kepada kenaikan paras gula dalam badan. Risau pulak kat baby.
  2. Pengambilan vitamin Methycobal - ni vitamin untuk otak
  3. Physiotheraphy - setiap hari sekurang-kurangnya 1 kali sehari. Rawatan dia terasuklah hot pack, stimulasi saraf menggunakan mesin khas, ais, massage muka, dan senaman untuk otot-otot muka
Mengikut kajian :

Bell's Palsy lebih banyak berlaku di kalangan wanita. Dan dikalangan wanita, lebih tertumpu kepada perempuan mengandung di trimester ke-3, perempuan yang baru lepas bersalin, serta remaja yang stress.

Sekarang ni, saya da mengalami Bell's Palsy selama 12 hari. Tak banyak perubahan pun. Cuma taklah seteruk 2 hari pertama yang saya kena. Tapi rawatan tetap diteruskan.

Semua ni kan puncanya dari sakit kepala, saya urut belakang telinga dan akhirnya demam. Bila bangun je esok paginya, terus muka di sebelah kiri tidak boleh gerak. (Bahaya tau main urut-urut sendiri ni)

Untuk tempoh Bell's Palsy ni pulih, erm... Saya pun tak tau. Doktor kata 6 - 8 minggu, tapi ada yang lebih, ada yang kurang. Bergantung pada individu. 

Mohon doa daripada keluarga dan rakan semoga saya cepat sembuh k. Kadang-kadang emosi terganggu sebab sakit pada bahagian muka belah kiri dan rasa tak selesa. 

Muka saya sekarang lebih kurang macam dalam gambar kat bawah ni ... Tapi takde lah herot jatuh ke bawah. Dia macam statik je. Jadinya, kita tunggu je la bila muka ni akan sembuh sepenuhnya, ya? Aminnn


August 30, 2012

Sedikit perkongsian mengenai Hydrocephalus.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah dengan segala keajaiban dan kekuasaan yang dimilikiNya.

Mungkin ada yg tau, ada yg tak tau. Sewaktu baby di minggu yang ke 26, dia disyaki mengalami hydrocephalus atau hydsrocephaly. Iaitu apabila terdapat kandungan cecair yang lebih daripada baby seusianya patut ada di dalam otak.

Kejadian macam ni boleh jadi sama ada bayi di dalam kandungan atau yang baru lahir atau juga kanak-kanak. Untuk bayi yang di dalam kandungan, perkembangan hydrocephalus mungkin boleh dikawal sepanjang tumbesaran di dalam rahim sewaktu trimester ketiga atau mungkin sebaliknya. Sekiranya ia berkurangan, ia menunjukkan bahawa saliran cecair itu masih terkawal.

Alhamdulillah, sebab semasa check up baby semalam, cecair tu tidak bertambah mahupun berkurang. Namun begitu, saya masih mengharapkan agar baby ni sihat sihat je dan tiada apa yang serius. 
  p/s: mama memang suka pejam mata bila amek gambar

August 28, 2012

Hening Malam

Di setiap hening malam, tidur baring mama tak pernah nak lena. Iring kanan, anak mama tendang mama kuat-kuat sebab terhimpit. Mama kalih kiri, anak mama tendang mama lagi. Kesian anak mama. Mama gigih baring menegak walau pinggang mama dah tak mampu nak tampung. Tapi sayang, bila lihat perut mama berombak-ombak oleh pergerakan anak mama kat dalam ni, semua sakit pun hilang

Di setiap hening malam, perut mama tak selesa. Tak tahu inginkan apa. Makan sudah, semua pun sudah. Tapi sentiasa perut mama perlu diusap-usap. Tapi sayang, bila mama pejamkan mata, merasa pergerakan anak mama dari dalam, mama tersenyum sendiri membayangkan kebesaran Allah.

Di setiap hening malam, terjaga mama dari tidur. Terlalu ngilu, tidak termampu menahan air kecil. Terkadang segalanya tidak terkawal, terasa basah seluar mama. Tapi sayang, melihat perut mama semakin membesar dan membayangkan wajah anak mama, mama rasa bahagia sangat sayang.

Hening malam mama sentiasa ditemani anak kesayangan mama. 

August 27, 2012

Aidilfitri 2012 #2

Lebaran 2012 kali ni napaknya lebih bermakna untuk saya bila ini merupakan kali pertama saya sambut lebaran dengan keluarga mertua.

Memandangkan rumah keluarga saya dengan mertua dekat je, maka lepas bersalam raya dan makan-makan kat rumah Langat, saya dan suami terus ke rumah mertua. 

Dan memandangkan saya menantu sulung, jadinya tiadalah ipai duai yang lain.. heee.. Tunggu la setahun dua lagi ke kan...
Haa...Ini keluarga mertua saya. Cuma kurang lagi sorang adik Fandy sbb dia lambat sgt sampai.
Orang lambat tak dapat gambar.. Haha.!

Aidilfitri 2012 #1

Alhamdulillah. Lebaran 2012 menghimpun kan lagi kami sekeluarga di pagi raya. (Syiokk bila rumah penuh je!!) Syukur di atas limpah kurniaNya.

Harus la pagi syawal macam ni ada sikit sikit drama tangisan syawal. Semua pun nak berlinangan air mata. Syukur sangat la kan sebab dapat berkumpul macam ni walaupun kejap. 

Lazim lah kan bila musim raya macam ni, duit raya pun terbang melayang untuk anak-anak buah yang semakin demanding duit raya. Haha.
Itu dia!!!
Berpasangan seiring berbaju Hijau Serindit, Papa dan Mama
Berhimpunan Kuning Diraja, Abg Hafiz dan Keluarga.
Beriringan Hitam Pendekar, Abg Farid dan Keluarga.
Berdua berbusana Biru, Leen dan Suami.

Ini je yang sempat. Mungkin takde rezeki nak ambil gambar banyak-banyak kali ni sebab masing-masing da lapar. Tunggu la tahun depan, kena uat schedule ambil gambar.. Haha.. (",)

Salam Lebaran!!!

August 26, 2012

Salam Aidilfitri 2012.

Assalammualaikum.

Yang utamanya, Selamat Hari Raya! Alhamdulillah. Diberi kesempatan untuk bertemu lagi Syawal, 1433 H. Boleh diibaratkan tahun ni lebih meriah dari biasa. Mana taknya. Tahun ni raya sebagai isteri. 

Di kesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada keluarga dan sahabat handai. Tak lupa juga kepada bloggers dan followers saya. Ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa dan terlanjur bicara. 

Semoga lebaran tahun ni, memberi 1001 pengertian untuk muslimin dan muslimat sekalian alam. InsyaAllah..

Blogwalking di Blog Sendiri.

Bersawang istilah paling tepat bila nak menggambarkan betapa lama blog ni tak diusik. Entah apa mimpi terasa seperti nak blogwalking di blog sendiri. 

Memantau dan mengimbas hasil penulisan dulu. Heh. Tergelak sendiri. Budaknya!!! 

Tapi semakin lama, cara menulis itu semakin berubah. Tapi entah semakin baik atau tak, bergantung pada mereka yang membaca. 

Insyaallah. Selagi minat untuk bercerita dan menulis masih ada, selagi itu, PenaMenari terus wujud. 

p/s : Selamat Hari Raya 2012!!!

July 22, 2012

Hari Ramadhan Pertama

Selamat berpuasa!! Ya Allah. Pertama kali leen berpuasa sebagai seorang ibu mengandung. Tak tau la kalau leen sorang yang rasa, atau leen ni mengada puasa tak tahan. Tak larat sgt. Memang tak larat nak buat apa-apa pun. Tersandar je kat kerusi, rasa nak muntah, rasa nak pengsan. Baby pun tendang-tendang mama. Lapar agaknya. Sebab selalu, tiap jam mama makan, tiba-tiba siang hari mama tak makan.. Tapi leen cuba jugak tahan puasa untuk hari pertama. Alhamdulillah. Lepas dah satu hari.. Kita tengok pulak hari kedua macam mana eh..

July 20, 2012

Ramadhan tiba lagi..

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi. Selesai dah terawikh pertama leen harini bersama suami, papa, dan mama. Menjelang ramadhan ni, leen nak mohon ampun maaf kepada keluarga dan sahabat yang terguris hati atas perbuatan dan percakapan leen. Buat perhubungan yang dulunya rapat kini renggang, yang dulunya bersahabat namun kini berasingan, yang dulunya mesra namun kini suram. Leen minta maaf dan mohon segalanya dimaafkan. Insyaallah.. Dugaan ramadhan yang diterima tahun ni menjadi pengajaran untuk leen supaya lebih dekat pada Pencipta. Insyaallah... Semoga semuanya dipermudahkan.. Doakan kesihatan dan kesejahteraan baby kesayangan leen ye.. :-)

July 18, 2012

This is what I would call a room!

This is what I would call a room!
We just moved out from Bandar Tun Hussein Onn to Hulu Langat Batu 15. 
Obviously, the location was far enough! Zero entertainment but full with peacefulness.
This is our room. We try to make the room as cheerful as we can. I guess the color is calm enough for our newcoming baby!.
Paint color : Blue

Bed :
- Color : White + dark chocolate
- Bedsheet : White + blue + chocolate

Wardrobe
- Fandy & Darleen : Grey
- Baby : White

Nice!!!

June 23, 2012

Lost and Found

Toleh kanan dan toleh kiri. Aku khusyuk pula bila tengok sekumpulan 'student' ni. Menikmati hari sabtu mereka tanpa ada sekelumit gusar pun. Da habis final exam agaknya. Tapi aku macam hilang. Banyak sngat dalam fikiran ni. Sampai tak tau mana nak fokus. Tapi kan.... Bila seorang lelaki ni menghampiri aku, mendekati dan semakin merapati aku, semua yg aku tengah fikirkan tadi hilang. Dalam masa sama, perut aku tiba-tiba menegang. Teringat pula yang ada yang lain di dalam perut aku. Syukur alhamdulillah. Aku ada suami yg cinta dan sayang aku sepenuh hati. Dan bakal ada baby!!! :-)

April 17, 2012

That Person

At times I feel so profoundly annoyed by that person’s attitude. That person, without fail, constantly reminds me of the things that apparently he/she has done or accomplished. I mean, are you really so oblivious to your own loathly behavior and demeanor? I know you have prodigious experience in the working world, but did you ever notice your deportment towards others? Sometimes, just by listening to your voice makes me utterly sick and tired with disgust! I used to hate that person abundantly. Yet, I just realized that this hatred gets me nowhere beneficial or worthwhile. Hence, that being said, despite how repugnant this ultimately makes me feel, I have decided to resign myself to simply let him/her rant his/her garbage infused nonsenses and laugh inside while he/she make a fool of his/her already foolhardy self

April 2, 2012

20 things that change when you have a baby

Everyone warns you that having a baby will change your life. Sure, you'll have less money (and sleep) and a lot more responsibility. But when the centre of your universe shifts to your new baby, there's much to celebrate too:
  • You discover an inner strength you never realised you had.
  • You accept that the last 15 pregnancy pounds you can't seem to shift are absolutely worth it.
  • You don't need a clock any more - your baby now sets your daily schedule.
  • You respect and love your own parents in a new way.
  • Any pain your baby suffers feels much worse than your own.
  • You don't mind going to bed at 9pm on a Friday night.
  • Your heart breaks much more easily.
  • You discover how much there is to say about one little baby tooth.
  • You look at your baby in the mirror instead of yourself.
  • You're no longer disgusted by babies' bodily functions - in fact, you're fascinated by them (hooray, a poo!).
  • The sacrifices you thought you'd made to have a baby no longer seem that big a deal.
  • You respect your body ... finally.
  • You realise that a baby's comforter has magical powers!
  • You give parents with a screaming baby an "I-know-the-feeling" look, instead of a "Can't-they-shut-him-up?" one.
  • You make time for one more baby hug and kiss, even if it means you'll be late.
  • You realise that it's possible to love a complete stranger.
  • You learn that taking a shower is a luxury, never mind a trip to the hairdresser's.
  • You finally get to speak to the shy neighbour in your street, because you've got a baby in your arms.
  • You find that things that once seemed important are now meaningless.
  • Every day is a surprise.

March 26, 2012

Pencil & Eraser parable

Subject: Pencil n Eraser parable

A heart-warming parable .... in recognition of parents never-ending role of a loving eraser. Pencil n Eraser parable

Pencil: I'm sorry
Eraser: For what? You didn't do anything wrong.
Pencil: I'm ...sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)

I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on).

Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.

"All my life, I've been the pencil.. And it pains me to see the eraser that is my parents getting smaller and smaller each day. For I know that one day, all that I'm left with would be eraser shavings and memories of what I used to have..."

this is dedicated to parents.

March 22, 2012

To that person I know...

To that person I know,

The day that I called you, you said you knew nothing about a ‘backstabbing’ issue, and I believed you. That same weekend I asked her “What is going on?” she responded by saying that I purposely talked bad behind her to her one and only best friend. Truth be known, this astounded and aggrieved me. Astonished, I wondered, did I? Did I purposely say to her that thing I told you? So it got me curious, what had you actually told her? This is not how I intended this to go, let alone end this way. We both know what each other said. My husband was there too, and thus he is as well stunned. Did you tell her what you actually said to me about her? Definitely not, right?

Until today, I never said a word from what you told me about her that day. And my husband said “Let it be.”, as you are worth nothing to be fought for. Still, deep in my heart, I am unmistakably upset with everything that happened and all that is happening right now. I don’t get you. Why so selfishly egocentric? You try to win her heart by telling what I said and keep hidden what you yourself said instead and in doing so making me the bad person. Why? Because you desire pursuing her as she is prettier, sexier, smarter, and I am just an ordinary girl? Perfect!

I am sorry for not attending your party but at least I remember I texted you to wish you. Sadly, there was no reply. Well what did you expect for my being absent? That I should have come to your party still, while inside I feel so hurt? I think it is better for me to disappear than being frustrated.

Well, I am expecting a baby now, yet not a single word from you let alone sincere congratulation and concern. Is this your revenge?

--------------------------------------

To that other person I know,

I believe that I have texted you with a “Sorry.”. But actually it was my mistake when I tried to defend myself to begin with. If only you can see how egoistic and unprofessional you are! You go on blaming me while refusing to listen to reason. I can admit your anger at that time. So, suit yourself. I have done my part by apologizing.

And just to let you know, if you think that I don’t feel a thing by your tasteless profanities: ‘backstabber’, ‘meroyan’, and much more, then you are mistaken. I might act unaffected and indifferent but you will never know how much it hurts me. And when you decided not to discuss with me on anything, I can do nothing. Since I am clearing the air, when you said I am not worth it, even more so are you for you are lower than dirt value. Just like you said, it is better to judge yourself than be quick to judge others. When you dared claim “The culture here is putting blame on others.” It does not give you the license to freely speak without first prove with facts. And one thing that really disappointed me was how you were aware of me knowing all the things you are responsible for now, but because of egoism, you denied asking from me and overlooked any form of discussion. Is this what you call professionalism?

Well girl, look at yourself. You are saying that I backstabbed you and whatsoever, but really it was everything you yourself said that backfire. What goes around comes around. You should know that it is not only you looking at others, but also others looking at you right back. So quit judging. And this shall end here, because there is nothing more I would yearn saying after this.

If you choose to keep playing or create this dumbfounding “game”, go right ahead. Right now, my time is too precious to play around with adolescents. I have a beautiful family to take care of and cherish, and any time I have aside is for my self-improvement. Today I decided to give charity and make time to write to your imprudent self simply for my betterment. Because in my conscience, there are some things never cleared before which requires clarification for I refuse to end up with a tainted reputation like you. This is the first and will be the last of me saying anything as there is no more care for a foolish person like you who pretends to be true and in all honesty, I am done trying to help you.

Regards.

March 13, 2012

Perkembangan Saya


hari isnin haritu jumpa doctor, minta nasihat kot boleh ke nak ambil ubat tahan muntah. lepas tu doctor ckp tak perlu. kadang-kadang bnd ni semua psychology. so, kalau rasa nak muntah, cuba makan asam, tak pun kita elak bau-bauan yang tak menyenangkan, tengok bnd yang memualkan dan mcm2.

Perempuan yang mengandung, biasanya, dia peka pada bau. dulu peka jugak, tapi skg lagi peka. kadang2 bau tu jauh sangat, tapi hidung ni dah lekat da. jadinya, tahan je k.

Tapi alhamdulillah, harini takde muntah da. sebab dari pagi lagi cuba tahan...~~

p/s : haritu kan, hari-hari muntah mcm ni. fandy pun geli tau.!!

February 27, 2012

Allah Maha Besar.! Ciptaan Teragung!!


Mengalir air mata bila tengok pembesaran satu nyawa dalam perut. Besarnya kuasa Allah. Maha Pencipta. Hebatnya~~

Kehamilan

Alhamdulillah. Hamil tu anugerah Allah paling bernilai. Takde apa pun yg boleh ganti dengan tunai, hadiah ke apa je dengan satu nyawa! Satu nyawa yang hidup dalam rahim tau..

Bila kita hamil, banyak yang kita kena belajar. Terutama tentang perkembangan bayi di dalam rahim tu. Beginilah kedudukan bayi di dalam badan kita tau. Nak tau lebih lanjut perkembangan bayi dari bulan ke bulan dalam rahim ibu???

Tunggu post seterusnya k. Kita ikut pekembangan bayi dalam perut saya ni, dari hari ke hari.

Kegembiraan Fandy Bakal Menjadi Bapa

Dia antara orang yang paling excited. Instinct dia yang kuat, dapat rasa dalam perut ni ada benih yang sedang mula membesar.

Hari kedua untuk buat pregnancy test tu kan, Fandy siap beli 3 lagi pregnancy test kit. tau! haha.

Malam tu, dia balik lambat main futsal. Pukul 1 pagi baru balik kot. Esok paginya, bila saya bgn kan, nampak nota ni atas meja. Hahaha!!

Debaran Pregnancy Test

Alhamdulillah. Rezeki Allah. Tapi untuk ini pun bnyk tau usaha dan petua kena ikut. (Kalau ada sesiapa yang nak petua, boleh tanya. Ini pun, dapat dari mereka yang berpengalaman)

Ada juge tanya, mcm mana saya boleh rasa saya mengandung. Heee~~~

Petang Rabu tu, badan rasa tak sedap. Rasa mcm nak muntah, tapi tak de pun. Badan letih gile!!! Petang tu, saya ckp dengan fandy nak buat Pregnancy Test. Kot kot kalau pregnant, so boleh decide sama ada nak pergi ke Pulau Kapas ke tak.

Khamis pagi tu, mmg tidur tak lena langsung weyh. Asyik2 terjaga. Rasa nervous gile. Nervous nak tau keputusan dia apa. Tak sempat pun alarm nak bunyi, saya dah terbangun da. Haha. Cepat2 pergi test. Dan ....Positif.!
Disebabkan masih ada keraguan, Jumaat pagi tu test lagi sekali. Dan kali ni, masih Positif.!

So, bila da positif ni, terpaksa lah kami cancel kan trip ke Pulau Kapas.


Sabtu pagi tu saja nak test untuk kesekian kali.. Dan Positif lagi. Alhamdulillah..

Tanpa lengah kan, Fandy terus call hospital panel nak confirmkan dengan doktor.

Tengahari tu, kitorang pergi KPJ Kajang. Jumpa doktor, cerita sana sini. Then, dia taknak pun buat urine test, dia kata nak terus scan.

Dia cakap, mungkin kalau kandungan 4 minggu susah nak nampak sbb kecil. Tapi, bila dia scan, dia kata clear pule kedudukan rahim dan semua pun jelas je.
Ia masih satu gumpalan darah. Tengok dekat atas sebelah kiri. Ada satu bulatan hitam mcm bentuk kacang hijau tu kan, keliling dia putih tu. Itu la dia!!!! Kuasa Allah.. Hebat...

Alhamdulillah. Dan terima kasih sangat untuk semua keluarga dan sahabat yang tak putus2 mengucapkan tahniah dan doa..

February 24, 2012

Friday - 24th February 2012

Such a relieved. InsyaAllah, if He wills it, then everything's gonna be fine. Blessed Friday. Alhamdulillah.!!!

February 23, 2012

Thursday - 23rd February 2012

Malam tadi tidur tak lena. Gelisah memikirkan pagi Khamis yang bakal tiba. Resah!!!

Dan kini, perasaan bercampur baur. Gelisah, gembira, sedih, kecewa, resah dan semuanya lah!

Menunggu esok hari. Nampaknya malam ni tidur tidak mungkin lena jua.

February 14, 2012


8 bulan berlalu semenjak penubuhan EMPHORIA. Bermula dengan semangat 2 sahabat yang ingin berjinak-jinak dalam perniagaan yang simple tapi menyeronokkan.
Kini, EMPHORIA atau pelengkap namanya EUPHORIA EMBUN tekad untuk menambah ahli dalam syarikat. Sebab utama, kami yakin dengan persahabatan kami dan kami percaya pada apa yang kami impikan.
Oleh itu, sahabat-sahabat dan blogger sekalian, saya dengan ini mengisytiharkan EMPHORIA KINI KEMBALI!!! Dengan produk, style dan keyakinan baru yang kami bawa.
Kami berbesar hati menerima sokongan semua dan sangat menghargainya.
Lawati kami di http://www.emphoria.com/ .



February 10, 2012

Darleen Kembali??

Last kita bersua tahun lepas! Lamanyaaaaa.....
Banyak yang tak update.
Tentang perkahwinan. (gambar kahwin pun belum)
Tentang percintaan.
Tentang kehidupan berumah tangga.
Tentang kekeluargaan.
Tentang persahabatan.
Tentang perniagaan..
dan tentang perKEMBANGan... hahah

January 3, 2012

Salam 2012

Salam tahun baru!! 2012!

Tahun baru sebagai seorang isteri. Berazam menjadi isteri yang penyayang dan mencintai si suami. Dan yang pasti dicintai sepenuhnya oleh si suami. (",)

Tahun baru sebagai seorang anak. Berazam memperbaiki sikap, dan lebih bertoleransi dengan kedua ibu dan bapa tersayang.

Tahun baru sebagai seorang menantu. Berazam menjadi pendamping suami yang tidak lupa menghargai dan menyayangi ibu bapa nya.

Tahun baru sebagai seorang adik. Berazam menjadi adik yang lebih 'cute' dan sentiasa kekal menjadi yang paling disayangi.. hee~~

Tahun baru sebagai seorang kakak. Berazam menjadi kakak yang lebih prihatin terhadap adik-adik baru yang errr~~~ boleh dikatakan kacak dan cantik..

Dan akhir sekali, selamat tahun baru semua!!!