August 30, 2012

Sedikit perkongsian mengenai Hydrocephalus.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah dengan segala keajaiban dan kekuasaan yang dimilikiNya.

Mungkin ada yg tau, ada yg tak tau. Sewaktu baby di minggu yang ke 26, dia disyaki mengalami hydrocephalus atau hydsrocephaly. Iaitu apabila terdapat kandungan cecair yang lebih daripada baby seusianya patut ada di dalam otak.

Kejadian macam ni boleh jadi sama ada bayi di dalam kandungan atau yang baru lahir atau juga kanak-kanak. Untuk bayi yang di dalam kandungan, perkembangan hydrocephalus mungkin boleh dikawal sepanjang tumbesaran di dalam rahim sewaktu trimester ketiga atau mungkin sebaliknya. Sekiranya ia berkurangan, ia menunjukkan bahawa saliran cecair itu masih terkawal.

Alhamdulillah, sebab semasa check up baby semalam, cecair tu tidak bertambah mahupun berkurang. Namun begitu, saya masih mengharapkan agar baby ni sihat sihat je dan tiada apa yang serius. 
  p/s: mama memang suka pejam mata bila amek gambar

3 comments:

  1. Slm..nk tnye..mse dokter sahkan psl hydrocephalus tu ade tak die kasik measurement cecair tu?

    ReplyDelete
  2. Pls share cmne nk kecutkn cecair tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam marina elias. pertama sekali saya nak minta maaf sangat sangat sbb lewat reply komen awak. saya tak perasan.

      doctor ada bg measurement cecair tu. tapi saya dah terlupa berapa.

      mcm mana nak kecutkan cecair tu mmg takde cara. cuma saya ambil inisiatif sendiri, minum susu, minum air kosong yg bnyk, menjaga pemakanan saya.

      Delete