February 27, 2012

Debaran Pregnancy Test

Alhamdulillah. Rezeki Allah. Tapi untuk ini pun bnyk tau usaha dan petua kena ikut. (Kalau ada sesiapa yang nak petua, boleh tanya. Ini pun, dapat dari mereka yang berpengalaman)

Ada juge tanya, mcm mana saya boleh rasa saya mengandung. Heee~~~

Petang Rabu tu, badan rasa tak sedap. Rasa mcm nak muntah, tapi tak de pun. Badan letih gile!!! Petang tu, saya ckp dengan fandy nak buat Pregnancy Test. Kot kot kalau pregnant, so boleh decide sama ada nak pergi ke Pulau Kapas ke tak.

Khamis pagi tu, mmg tidur tak lena langsung weyh. Asyik2 terjaga. Rasa nervous gile. Nervous nak tau keputusan dia apa. Tak sempat pun alarm nak bunyi, saya dah terbangun da. Haha. Cepat2 pergi test. Dan ....Positif.!
Disebabkan masih ada keraguan, Jumaat pagi tu test lagi sekali. Dan kali ni, masih Positif.!

So, bila da positif ni, terpaksa lah kami cancel kan trip ke Pulau Kapas.


Sabtu pagi tu saja nak test untuk kesekian kali.. Dan Positif lagi. Alhamdulillah..

Tanpa lengah kan, Fandy terus call hospital panel nak confirmkan dengan doktor.

Tengahari tu, kitorang pergi KPJ Kajang. Jumpa doktor, cerita sana sini. Then, dia taknak pun buat urine test, dia kata nak terus scan.

Dia cakap, mungkin kalau kandungan 4 minggu susah nak nampak sbb kecil. Tapi, bila dia scan, dia kata clear pule kedudukan rahim dan semua pun jelas je.
Ia masih satu gumpalan darah. Tengok dekat atas sebelah kiri. Ada satu bulatan hitam mcm bentuk kacang hijau tu kan, keliling dia putih tu. Itu la dia!!!! Kuasa Allah.. Hebat...

Alhamdulillah. Dan terima kasih sangat untuk semua keluarga dan sahabat yang tak putus2 mengucapkan tahniah dan doa..

2 comments:

  1. ari tu fatin wat sekali je test...lepas tu pergi sampai 3 klinik confirmkan...sebab bila cakap nak buat urin test, semua doctor cakap tak payah sebab dah confirm dengan UPT yang kita buat sendiri...sape tak ragu2 cam tu...hohoho

    -fatin fasihah mazelan

    ReplyDelete