May 30, 2011

weyh darleen!!

darleen! kau jangan jiwang sangat dengan blog kau boleh..? bosan lah kau ni! hahahah!!! menyampah pulak baca balik. bukan ada orang baca pun.

ok. cukup. itu je perasaan marah harine. haha

renungan mata itu

renungan mata itu, menggugat iman, terasa ingin memeluk dan mencium pipi itu.

renungan mata itu, terasa sampai ke kalbu. bila lihat lebih lama ada air jernih yang bergenang. bersih sangat.

renungan mata itu, terasa terlalu ikhlas. cuma, hati ini tak berani terlalu gembira kerna takut tafsiran ku adalah salah. tak mampu lagi untuk menampung sebuah harapan yang tak pasti.

renungan mata itu, menjadi igauan setiap malam. mampukah ia dimiliki? semuanya tak pasti.

May 29, 2011

friends #1

tiap kali hati ne nervous

selalu, beberapa jam sebelum menerima sms dari dia, jantung ni mesti berdegup laju. dan degupan ne ditemani dengan satu perasan. perasaan yang mengundang senyuman.

selalu, bila hari tersebut akan bersua, jantung ni mesti berdegup laju. hinggakan tidur yang lena akhirnya terjaga. terlalu laju hingga nafas terasa sesak.

selalu, bila dia berada di depan dudukku, jantung ni mesti berdegup laju. walaupun secawan milo panas dihidangkan, namun tidak mampu untuk menenangkan hati. walaupun telah jujurnya mengaku nervous, tapi masih tak mampu menahan degupan jantung tu.

secebis hati

secebis hati ini, terlalu mudah gembira untuk perkara yang kecil. hanya melihat senyuman nya walau hanya sekilas boleh membuatkan malam ku lena dibuai wajah itu.

secebis hati ini, terlalu mudah menangis untuk perkara yang remeh. tangis kerana rindu pada si dia. rindu yang tak terhingga.

secebis hati ini, terlalu rapuh. tidak pasti apa yang difikirkan, tidak pasti apa yang diinginkan. namun, takut untuk memilih.

secebis hati... pasti ada untukmu nanti..

May 27, 2011

behind the scene #2


serious gambar ni hudus gle. tapi aku kan suke amek gmbr hudus2 mcm ni.. heh!

bergenang air mata kejap

bergenang air mata, walau hanya melihat gambar kaabah. terasa indah sgt pemandangan kaabah tu. sekiranya kaki ini berjaya memijak tanah Makkah, aku rasa bersyukur sangat ya Allah.

bergenang air mata, walau hanya mendengar pengalaman jemaah yang ke sana. besarnya kuasaMu ya Allah. aku teringin ke sana ya Allah.

bergenang air mata, walau hanya aku merancang untuk ke sana. aku tak sabar untuk semakin dekat padaMu ya Allah. aku nak luangkan 24 jam aku bersujud padaMu.

ya Allah, hati aku betul-betul ingin ke sana ya Allah. aku ingin menyerahkan diriku ini padaMu ya Allah, seluruhnya. diriku ini milikmu, hanya milikmu, dan aku adalah hakmu.

May 25, 2011

hari pertama sebagai penganggur.

selamat pagiiii~~~~~

alhamdulillah, dah berakhir da semua sengsara aku. bangun pagi skg ne, da takde rasa sakit kepala. bangun pagi ne, takde rasa tertekan. bangun pagi skg ne, rasa lega sgt.

namun semunya, syukur padaMu ya Allah. terima kasih kerana membantu aku menghadapi hari2 yang sukar dlm hidup aku. terima kasih ya Allah. Alhamdulillah.

alhamdulillah, dah lama tak jogging setiap pagi. harini, dapat da peluang untuk menyihatkan badan. harap-harap esok pun masih mampu untuk bangin pagi lagi. insyaAllah.

tapi skg aku tgh menonton tv, dan masih belum mandi.. yeww~~~~ haha. anyhow, semua barang2 nak masak untuk PARTAAYY malam ni siap dah! so, tinggal nak memasak je lah! tak sabar!!! da lama gile tak masak dan i am superawesomely excited nak masak-masak.

later at night, i upload pictures ok???? love all

detik 11.11.11 #2

ingat tak entry #1 saya ada cerita tentang WeddiWed book saya? haa.. ini dia gambar yang saya janjikan nak upload tu.


ini helaian hadapan je. kat dalam tu tebal lagi. so, untuk setiap bakal pengantin, kalau bole, mesti ada satu buku catitan, tak kira apa pun, tp at least mesti ada.

takpun, mcm kawan saya ni, dia dapat hadiah birthday dari kawan2 dia 'wedding planner & organizer' mcm gmbr ni. haa! boleh jugak kalau nak beli mcm ni. lengkap. semua ada..

p/s : yuyu, i curi gambar you tau.. sorry!

buku ni tujuan dia, kita boleh buat rangka, apa yang kita perlu, dan tak perlu untuk majlis. dan paling utama, dapat kawal perbelanjaan kita untuk majlis nanti. sebab saya tau, isu utama dalam mengurus dan merancang majlis kahwin mesti pasal belanja. fuhh~

jadi, dalam buku ni, awak bole je nak letak apa pun yg awak rasa nak letak yang berkaitan dengan majlis awak. tau!


May 24, 2011

detik 11.11.11 #1

berbicara soal majlis perkahwinan, banyak benda yang perlu diambil kira. makanya, saya akan berkongsi dengan semua bakal-bakal pengantin untuk persiapan di hari berlangsung nanti. beberapa tips, dan vendor akan saya perkenalkan di sini..

hehe. seronok tak bakal pengantin?? eceh!

so, saya kan, salah seorang bakal pengantin yang tak sabar nak tunggu majlis ni (ouh. miang dah, padahal lambat lagi) ada satu buku. buku ni saya panggil WeddiWed Book. ini adalah buku peribadi saya, yang saya gunakan untuk update segala checklist, design dan mcm2 lagi. nnt bila berpeluang saya upload gmbr buku tu ok??

perkara pertama yang paling utama. dah ada tarikh kahwin? itu paling penting tau. tetapkan tarikh tu. bila kedua2 pihak dah tetapkan tarikh, khabarkan pada saudara mara dan jiran terdekat. tujuan nya, kita taknak nanti majlis bercanggah. sebabnya, majlis kahwin ni mmg biasanya dibuat pada cuti sekolah, jadi tempoh cuti tu pun takde la lama. bila kita membuat pemberitahuan mcm ni, saudara mara bole lah adjust masa masing2.

sbb mcm saya kan, berderet majlis kahwin sepupu sepanjang november dan disember. sampaikan saya pun tak dapat pergi majlis salah seorang sepupu saya, sbb bercanggah dengan majlis pihak lelaki.

jadi, kepada yang belum ada tarikh, cepat-cepat tetapkan tarikh tau!!!

May 23, 2011

Astaghfirullahalazim. Bagaimana dengan aku? insyaAllah, aku sedang menuju ke jalanMu~~


1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

May 22, 2011

Seberapa ramai ~

seberapa ramai wanita yang kau jumpa sekalipun, namun akhirnya akan pulang kepada yang satu itu. kerna yang satu itu yang paling sabar menangani segala karenah dan sikap mu.

seberapa ramai wanita yang kau kenal sekalipun, namun akhirnya kau akan sedar hanya satu yang benar-benar mencintai dirimu. kerna yang satu itu yang paling ikhlas menyayangimu.

seberapa ramai wanita yang kau taburkan janji manismu, namun akhirnya kata-kata yang kau lemparkan pada yang satu itu jua yang akan kau tunaikan. kerna kau sedar yang satu itu lah yang tidak pernah mengungkit segala janjimu.

namun hanya satu yang tidak pernah diketahui dan difahami. sejauh mana segala janji itu? seikhlas mana kata-kata yang diucapkan? sejauh mana ia akan tuju. hanya akan terus menjadi persoalan. tidak mungkin terjawab...

Alhamdulillah~

syukurnya ya Allah, sebab disebalik kekecewaan yang aku tengah alami, kau limpahkan juga rezeki dan bantuan kepada aku. setiap yang berlaku, pasti ada hikmah. setiap yang aku hilang, pasti akan ada pengganti. yang pasti pengganti itu adalah lebih baik.

syukurnya ya Allah, kau dah permudahkan aku dalam segala usaha aku menjawab exam. Alhamdulillah, 5 paper da lepas, dan segalanya agak mudah bagiku. dan tinggal lagi satu je! lalu, tamatlah diariku sebagai pelajar.

syukurnya ya Allah, kau dah permudahkan urusan pendaftaran itu. tidak ku sangka semudah itu, dan ia terlalu mudah. tinggal beberapa urusan yang perlu disegerakan, dan aku harap semuanya akan berjalan lacar. insyaAllah.

syukurnya ya Allah, di atas ganjaran yang kau beri pada Fandy. segala usaha dia di kala terpaksa bekerja demi keluarga dan belajar dalam masa yang sama, berbaloi baginya. Tahniah awak, 4flat dalam tangan nampaknya sem ni.! (",)..

Alhamdulillah~

May 19, 2011

behind the scene #1



tak sabar ni!

ya Allah hai. letih gile mentelaah dari pagi petang malam. mmg dah tak larat dah. kalau orang tanya, mcm mana life skg, dah boleh jawab, MATI! haha. takde life langsung.!

dah lama tak keluar berjalan. dah lama tak membuat kerja gile. bosan gile lah!!! lepas tu kan, bila rutin harian dah sama je kan, memang wujud lah sifat pemalas tu.! malas nak mandi. malas nak apply kerja. malas nak bangun. malas nak makan. semua pun malas. nak menulis pun malas!

teruk gile la. sememangnya, kalau amek gmbr skg, post kat sini, memang nampak muka seorang pelajar yang tengah study lah! lifeless lah!

menyampah gile!! haha. come on darleen. come on!!!! lagi 2 paper je.. then, you FREE!

May 18, 2011

takkan berhenti berharap

hari ini dan saat ini, aku tak rasa puas. tak puas dengan apa yang telah aku capai. tak puas dengan segala usaha yang aku kerahkan. namun, detik itu. hanya sekali sahaja. detik itu terus membangkitkan semangat aku. semangat yang selama ini aku cari.

semangat yang selama ini tersembunyi di sebalik sifat-sifat negatif. apa yang aku ingin capai? apa yang mampu memuaskan hati aku? lumrah! tiada siapa yang pernah puas dengan apa yang dimiliki.

aku da mulakan langkah, tidak mungkin aku mengundur kan langkah kakiku. tidak mungkin aku berpaling dari segala usaha kerah keringatku. namun, bukan tubuhkan yang menjadi bahan tatapan. tapi dek akalku dan pencapaian ku yang akan menjulingkan mata-mata manusia.

aku ingin aku dikenali bukan sebagai wanita tatapan umum yang melampirkan tubuh dan kecantikan ku. tetapi aku ingin orang melihatku sebagai wanita yang berjaya, yang memiliki cita-cita, dan tidak diperlekehkan. aku tidak mahu dilihat sebagai wanita yang berjaya dengan cara itu. itu bukan aku!

ikatan pertunangan kami

menjangkau 1 tahun dan 9 bulan usia tali pertunangan yang diikat atas nama cinta. terkenang betapa cepat masa berlalu. melewati segala janji, duka, cinta, suka, dan lara.

ikatan yang diikat masih utuh walaupun sudah terlalu banyak gelora yang menerpa. menikam segala raga dan fikiran. masih terngiang-ngiang mulut-mulut si tempayan yang mendoakan keretakan hubungan ini.

persetankan semua itu. mulut orang. tidak pernah memahami hanya mencaci. namun, dapatkah disangkal segala qada' dan qadar Illahi? insyaAllah, hati ini hanya mendoakan yang terbaik dan terindah untuk setiap nya.

biar apa orang mengata, biar lah terlalu lama ikatan pertunangan ini. kerna, masjid yang bakal dibina adalah berlandaskan persediaan rapi akal dan nafsu ini. insyaAllah. Allah maha mengetahui.

adakah ini sebenarnya cinta

cinta, memandang dari jauh, mengatakan sayang dari hati kerna tidak termampu untuk melafazkannya. menangis setiap malam bersama angan-angan. namun, diri hanya mampu sekadar memerhati.

cinta, mendoakan kebahagiaannya. melihat senyuman yang terukir menyejukkan segala sendi-sendi hati. walaupun, senyum itu milik entah siapa.

cinta, tidak pernah ada benci. namun mulut berkata amat benci. hati masih lagi mencari-cari cinta disebalik benci. kerna, cinta dan benci hanya dipisahkan oleh sehelai benang halus. tidak tersedar bila diri melangkah ke sempadan sana.

cinta, mengapa harus ada? mengapa terlalu sukar? mengapa selalu ditemani jernih air mata? namun, kerana cinta, manusia mengenali dunia.

setelah sekian lama

setelah sekian lama, tangan ini tidak menari-nari di atas papan kekunci hitam. tersadai tanpa belaian jari-jemariku yang mulus. mendambakan kasih sayang si pemilik.

setelah sekian lama, minda ini tidak bermadah. mengalirkan kata-kata untuk ditatap dan terus dikritik.

setelah sekian lama, hati ini membeku segala hasrat. tersimpan rapi tidak dipujuk. menangis sendiri menelan segala pahit.

setelah sekian lama, aku merindui penulisanku yang tidak sehebat sang eseian.