March 6, 2011

Selamat Hari Jadi!

khas buat mama dan papa yang alin sayang.

selamat hari ulang tahun kelahiran yang ke 61 untuk papa dan yang ke 59 untuk mama! doa alin ialah supaya mama dan papa diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dilimpahi segala keberkatan dan keredhaan daripada Nya.

teringat masa alin umur 5 ke 6 tahun. tiap kali lepas makan malam, papa mesti tengok tv kat living room. seperti kebiasaannya, papa akan pakai kain pelikat. hehe. lepas tu, alin lari-lari kat papa nak minta papa jadikan kain pelikat papa sebagai buaian. lepas tu, berayun la alin dalam buaian kain pelikat tu. sekarang dah tak muat dah. hehe

bila alin susah hati, alin tak perlu cari orang lain. alin boleh masuk bilik mama, duduk atas katil mama sambil tunggu mama selesai dengan kerja mama. lepas tu, mama akan duduk kat sebelah, mama akan tanya, 'kenapa ni?'. kemudian, alin boleh cerita je apa yang tersimpan dalam hati. perasaan bila meluahkan kesusahan hati kat mama buatkan hati alin rasa lebih lapang. malah kan, tak ada apa yang boleh dibandingkan dengan segala nasihat dan kata-kata semangat mama. tak sama meluahkan dengan kawan-kawan. mama lebih memahami.

alin sayang mama dan papa lebih dari apa pun. bila usia alin semakin meningkat, lama-lama alin jadi segan untuk manja-manja macam dulu. tapi, tak bermaksud alin tak sayang. anak mana yang sanggup membenci mama dan papa yang dah melahirkan dan membesarkan.besar pengorbanan mama dan papa.

terima kasih sebab menjadi contoh yang baik buat alin.
terima kasih sebab menyayangi alin.
terima kasih sebab sentiasa bertahan dengan karenah alin.

insyaAllah. tidak akan alin lupa walau sedetik pun untuk sentiasa menjalankan tanggungjawab alin sebagai anak kepada mama dan papa. hingga akhir hayat alin sekalipun. alin pernah janji, dan sampai bila-bila pun alin janji.

p/s : mama papa lahir pada tarikh yang sama tau... 7 MAC.

March 2, 2011

Saya Sayang Famili Saya


hai bloggers~

ouh nampaknya misi bulan Februari untuk bercerita tentang sahabat baik saya tidak berjaya disiapkan dalam tempoh masa 28 hari. hehe. ampun ye ampun~~

tapi saya akan sambung balik selepas bulan Mac atau mungkin di pertengahan bulan Mac. ok? HOHO. mesti semua nak tau pasal sahabat-sahabat saya kan. [eceh! perasan bajet semua nak ambil tahu!!] haha

ok ok. misi untuk bulan Mac ialah tentang keluarga saya! faktor utama ialah kerana, hari lahir mama dan papa saya jatuh pada bulan Mac!! makanya saya ingin memberi penghargaan bulan Mac kepada mereka. hihihi!!!

ouh ouh. tak juga dilupakan, tunang saya pun lahir bulan Mac. saing lah. boleh kan?? tapi bukan malam ne. malam esok lusa. hehe~~~

alright! masa untuk tidur~!!! krrrooohhhhhhhh

March 1, 2011

Syafika Abdullah

kita kawan da lama dah kan ika? sejak dari darjah 4 lagi. lepas tu kita terpisah lama sgt, dan akhirnya terjumpa balik berkat usaha kau. sayang kau gila lah!

kau ingat tak masa kita darjah 6 dulu, kita selalu keluar kelas bila-bila je kita suka lepas tu, kita lepak kat tempat lain. kadang-kadang kau ikut aku pergi bilik pemulihan borak-borak dengan cikgu Norimah.

kau ingat tak masa kita darjah 6 dulu, kita selalu rindu nak tidur rumah azzila. sebab masa kita darjah 4 kita selalu balik sekolah lepak-lepak, makan-makan kat rumah dia dulu. kadang-kadang kita tidur sana jugak.

kau ingat tak masa kita darjah 6 dulu, kita pergi tusyen sama-sama. selalu kalau kita tusyen petang, lepas habis tusyen je kita terus pergi IOI Mall kan? bukan beli barang sangat pun. tapi menggedik nak merayau. haha

kau ingat tak masa darjah 6 dulu, kita pergi lawatan kat Pulau Pinang. kita naik kereta kabel, pastu mandi-mandi kat bukit merah water park, kita pergi taman rama-rama. kita duduk dalam bas pun sebelah-sebelah kan??

kau ingat tak masa darjah 6 dulu, kalau kita pergi tusyen, kau selalu kena kacau dengan fikhry, aku pula kena kacau dengan danial. haha. tapi sekarang semua da tak tau kemana kan?

sayang kau gile lah!! sebab kau selalu ada bila aku perlu. aku teringat kau sanggup call aku masa aku kat Manchester dulu. dah lah nak call aku mahal. sayang kau. bila ingat balik kan, aku mesti rasa nangis. terima kasih tau. aku tak tau apa yang aku boleh balas kau.


sayang kau gila lah weyh!!!