Sejak entry "What's Hot is Gettin Hotter" My Dreams "Love Story" dipaparkan dan diwarwarkan di serata facebook dan bloggers, ramai yang membuat permintaan untuk buat sambungan mengenai "What's Hot is Gettin Hotter" My Dreams "Wedding Day".
secara keseluruhan, tema wedding saya ne nanti lebih kepada Garden Contemporary. tapi diadaptasikan untuk menjadi suatu legendary wedding zaman 40-an dulu.~ dgn kereta mini, basikal lama, vespa etc.
November, 2011.
Angin terasa panas tapi masih masih mampu memberi sedikit ruang untuk bernafas serta melegakan terikan matahari, menjadikan kehijauan serindit ternyata menyerlah menghiasi khemah pengantin. Sementelah kaki menjejak bumi yang bertar di Jalan Suasana 4/5, terlihat keindahan khemah Arabian yang menjulang tingginya dihiasi dengan scalop putih bersih kesucian
Aku berjalan menuju ke pintu gerbang yang dihias indah dengan daun-daun hijau dan bunga putih yang turut diselitkan dengan beberapa kuntum bunga pink pastel untuk menaikkan seri hiasan. Tampak 'simple' namun masih mewah dan elegen. Kagum dengan keindahan bunga-bunga putih, kaki ku mula melangkah ke dalam khemah.Terbentang luas karpet putih yang dikedutkan membuatkan hatiku terpaut pada keindahan laluan utama pengantin tu.
Terpegun seketika, lalu aku dikejutkan dengan sapaan seseorang. Aku tidak pasti siapakah gerangan yang menegurku namun mata ku tertancap pada button badge yang ada pada wanita itu. Tertulis ' Mother of Bride'. Lantas, aku diiring ke meja yang disediakan untuk para tetamu. Indah! Itu yang mampu aku fikirkan. Kerusi dihiasi dengan balutan kain putih, diikat rapi oleh kain satin putih dan akhirnya dimatikan ikatan itu dengan sejambak bunga putih dan untaian daun hijau.
Duduk dan memandang ke sekeliling. Mata ku terkalih pada jambangan bunga yg menghiasi meja bulat yang memuatkan 10 orang tu. Beberapa tangkai bunga putih dan pink pastel diletak cantik di dalambekas kaca dan dihiasi dengan daun-daun hijau terjuntai di bibir-bibir kaca tu. Terasa sangat cantik. Seindah di taman hiasan yang menerapkan unsur-unsur kehijauan dan kesucian warna putih.Menampilkan perwatakan si pengantin yang sukakan keindahan alam.
Aku menuju ke meja buffet. Enak! Perut yang memulas mengundang aku untuk makan banyak tengahari itu. Aku ambil sesenduk nasi putih dan sesenduk nasi minyak. Terdapat hidangan ayam goreng berempah, daging dendeng masak hitam, sotong sambal, dalca, dan arca, semuanya tersusun rapi. Tanpa berlengah semuanya aku cedok. Nampak menyelerakan~ Di akhirnya, aku tuangkan secawan sirap merah yang bagiku, warna merah itu benar-benar menarik minat.
Sesaat setelah selesai makan, aku terdengar paluan kompang. Jam menunjukkan pukul 1pm. Oh, ketibaan pengantin. Aku bangkit dari tempat duduk dan mengintai di pintu gerbang. Kelihatan 4 orangadik-adik comel siap dengan dress putih bersulam hijau dan yang lelaki berbaju melayu putih bersulam hijau di leher. Comel! Tapi, apa yang benar-benar menarik minat pandangan mata aku ialah, kelihatan 2 lelaki berbaju melayu putih menunggang basikal lama!! itu basikal zaman atok aku dulu! Unik! dan Simbolik! Penunggang basikal mengiringi di hujung kiri dan kanan kanak-kanak comel tadi. Sweet sangat!
Di antara pemegang bunga manggah, kelihatan pasangan pengantin yg segak dan cantik!. Pengantin perempuan memakai dress hijau serindit, rambut disanggul rapi bertakhta kan hiasan pearl. Solekan di muka yang amat anggun, simple, dan menaikkan seri wajah pengantin. Sesuai dengan ketinggian pengantin perempuan, dress nya ditiup angin dan menampakkan kecantikan baju yang beralun. Manakala pasangannya, segak berbaju melayu hijau serindit. Dihiasi sampin dan tanjak bersulam putih. Kolar baju melayu yang segak dijahitkan sulaman putih. Sama cantik sama padan!
Pasangan diiringi dengan paluan kompang, lalu menuju ke dalam rumah untuk bersinggah di atas pelamin. Aku mengekori rombongan pengantin ke dalam rumah. Sepanjang laluan ke dalam rumah, terdapat tiang-tiang kecil yang dihiasi dgn jambangan bunga putihberserta kain-kain putih. Sebaik sahaja aku melangkah ke halaman rumah, ku lihat bumbung rumah dihiasi dgn kain-kain putih yang dibiarkan renggang, jatuh terjuntai dihiasi juga dgn daun-daun hijau.Terasa berada di dalam taman. Taman yang selalunya dijadikan tempat pasangan bercinta untuk berkasih sayang.
Aku menjejakkan kaki ke dalam rumah. Pengantin telah pun duduk cantik di atas pelamin. Pelamin 3 panel itu dihias cantik dengan kain-kain yang digumpal-gumpal menjadikan corak yang menarik dia keliling panel. Di tengah-tengah panel dihiasi dengan bunga-bunga putih dan pink pastel berserta daun-daun hijau. Untaian daun hijau dan lampu-lampu putih menaikkan lagi seri pelamin. Pelamin disergam indah dengan jambangan bunga yang besar. Pengantin duduk gah di atas kerusi pelamin yang simple namun masih tampak mewah. Hiasan pelamin yang sederhana, dipenuhi bunga-bungaan dan warna-warna hijau yang garang disulami warna-warna lembut seperti putih dan pink pastel membuatkan semua yang hadir terpaku dengan keindahan hiasan itu.
Setelah duduk seketika, pengantin diiring keluar menuju ke meja santapan. Seperti hiasan-hiasan lain juga, warna hijau serindit, putih dan pink pastel menjadi pilihan pengantin. Hiasan yang simple masih menjadi keutamaan. Cantik! Sementara pengantin makan beradap, tetamu dan pengantin dihidangkan dengan nyanyian acoustik dari penyanyi yang dijemput khas. Tak cukup dengan segala hiasan yang ada tadi, gazebo yang menempatkan penyanyi tadi turut dihias cantik dengan daun-daun hijau dan bunga-bungaan.
Aku menuju keluar, dan aku terlihat sepapan board yang panjang dan besar. Hatiku tertarik untuk mengambil tahu apa yang terdapat di board tu. Ku lihat kek, cupcakes, kuih muih, muffin dan segala macam jenis desert menghiasi meja bertingkat tu. Melihat sekeliling sambil menikmati desert yang ada, ku lihat board yang besar tadi dihiasi dengan berbagai-bagai gambar dan aksi bukan sahaja dari pengantin, tapi keluarga, rakan-rakan dan sedara mara pengantin. Cantik!!!
Ku lihat jam dan sudah lewat. Aku perlu pulang. Namun, sebelum meninggalkan segala keindahan taman yang amat indah dan ibarat berada di sebuah cerita dongeng, aku berjumpa dengan pengantin, dan bergambar bersama sebagai tanda kenangan aku dan mereka. Ucapan tahniah disusuli lalu aku melangkah pergi...
CST & LRKL, u both are my inspiration. 1stly, warna tema wedding ne, dari sumber inspirasi LRKL ms design baju hijau serindit keluar mag. 2ndly, CST punye video persohoran tu.! heh~
No comments:
Post a Comment