September 28, 2013

It's my birthday! Our Day-1 in Penang!!

Tak habis-habis lagi 'demam' hari jadi saya haritu, hari ni saya nak share pengalaman seronok kami sekeluarga bercuti di Pulau Pinang haritu!
 
Seharusnya percutian ni jadi percutian beramai-ramai dengan kawan-kawan saya, tapi malangnya, hari yang sepatutnya kami bertolak ke Penang tu, Irfan demam teruk sebab keracunan makanan. Mujur, pihak Copthorne Orchid Hotel, Penang bagi kelonggaran untuk kami tunda tarikh percutian tu. Kalau tak, memang burn terus duit booking tu. Haaa..
 
 Tak lama pun kami pergi, 3 hari je. Saya pun request cuti hari Jumaat tu. Jadi, cerita dia macam ni..
 
Jumaat lepas subuh tu, terus kami gerak dari KL sebab nak elakkan traffic orang pergi kerja hari Jumaat pagi. Tolak tepi perjalanan dan hentian-hentian yang kami singgah tu, kami sampai Penang lebih kurang jam 11.30 am.
Waktu kami sampai Penang tu pun, hujan, gerimis. Awan pun tak berapa nak ceria sangat.

Memang kami dah plan, sampai je Penang, kami nak makan Nasi Kandar Line Clear! Tapi, memandangkan hujan, kami tapau nasi kandar, bawa balik hotel. Hahaha. Janji dapat makan..!!
Balik hotel selesai check-in, makan semua, kami ambil la nap sejam dua. Petang lewat sikit, baru kami pergi Bukit Bendera. Hoh! Sejuk la amat sebab masa tu baru reda hujan. Harga tiket entrance, dewasa patutnya RM8. Tapi saya dengan Fandy ada student card, dapat la RM4 seorang per entry. Hahahaha!!! Irfan free lah!

Malam tu, lepas turun Penang Hill, kami pergi cari restoran yang jual makanan laut, fresh punya! Erm. Lupa nama exact restoran tu, tapi dekat area Queensbay. Sedap!! Sotong goreng tepung dia memang mengundang!!
Selesai dah perjalanan hari pertama dan berakhirlah hari jadi saya yang ke 25!
Syok laa haii dapat jalan-jalan.!!
 
Jauh dari KL, kesibukan kerja, tanggungjawab berat semua ni, memang lepas lega. Rasa lapang dada. Dapat bersama suami, anak lagi. Tak ada yang lebih istimewa dari ni. Haiihhh...
Happy sangat lah! K bye. hahahaha!

2 comments:

  1. Assalamualaikum..copthorne hotel tu ok x?tengah survey hotel untuk honeymoon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. erm. hotel tu ok je. cuma dia bukan kat feringghi, bukan kat Bandar. dia kat tgh2.. nak ke feringghi dalam 5 minit camtu. nak ke bdr pun 5 minit naik kereta. tapi kalau awak tanya saya, saya xsuka duduk situ, sbb laut dia tak cantik. better cari hotel kat feringghi.

      Delete