November 27, 2014

Meriah berdua macam berpuluhdua...

Assalammualaikum.

Simptom mak-mak semakin menebal sejak ada Aisha ni.
Kalau dulu..
Handphone penuh sepenuh-penuhnya dengan selfie muka sendiri..
Muka boyfriend pun rasanya macam 10% je dalam gallery..

Lepas tu, bila ada Irfan..
Hari-hari snap gambar dia je..
Mula-mula tu rajin lah jugak buat folder 'day 1' 'day 2' 'day 3'..
Tapi, dah sampai ke day 4, hilang semangat nak sorting gambar..
Mana tidak nya..
Banyak sangat!! 1 hari berpuluh gambar dia..

Sekarang ni ada Aisha pulak..
Lagi lah..
Nak sort gambar ikut hari, memang tak lah..
Gambar dia da puluhan, gambar irfan puluhan lagi, pastu gambar Aisha & Irfan puluhan jugak..
Macam mana nak sort satu satu kan..

Itu belum lagi ambil kira..
Struggling moment nak ambil gambar berdua..
Macam-macam dorang ni.. Keletah tak boleh duduk diam..
Ni, baru berdua bergambar.. Kalau nanti bertiga berempat berlima berenam.. *Eh??????!!
Hahaha!! Konon macam anak ramai..

Ok, berbalik kepada cerita asal entry ni..
Habit sangat suka ambil gambar.. Ada orang cakap kat I, habit macam ni sakit mental disorder..
I pun jawab balik.. I kesah??!! *Gitewww..
Dia tak faham mental disorder tu macam mana agaknya..
Walhal,
Realiti nya..
Ambil gambar babies memang awesome sangat..
They are cute..
They are chicky..
They are funny..
Dengan segala fizikal elemen yang kecil molek tu..
Awwwhhhh... Suka...
That satisfaction, I just like..

Tengok macam dorang ni.. Layan je mama dia..

"Eh abang, mama nak ambil gambar laa.."
"Heeee... Ni abang sukeee.."
"Ok mama, adik ready!"
"Eh, jap laaaahhhhhh"
"Mama.. Jap.. Jap.. Abang tak ready.."
"Adik.. Abang buat gaya superman ok tak..?"
"Abang jangan macam-macam laa.. Haa.. Letak pipi ni diam-diam.."
"Adoiii... Sakit laaaa..."
"Abang.. Bosan la ambil gambar nii."
"Ok mama, abang ready..."
"Ok. Ok. Sekali ni je k ma.."
"Snap ma!!"

hahahahahahhahaha!!!!

November 25, 2014

Sebagai Ibu, saya happy..

Assalammualaikum

Sedar tak sedar dah 3 minggu I start kerja. 
Tapi entah kenapa rasa macam da 3 tahun pulak..
*nak nangis lah macam ni..

Kalau ikutkan bukannya tak suka kerja.
Tapi,
Terasa terkilan sangat bila dalam masa 24 jam tu..

  • 3 jam dekat jalan raya
  • 9 jam di office
  • 6 jam waktu untuk tidur
6 jam selebihnya untuk luang masa dengan keluarga..
Haaaaa?????!!!! 6 jam je???!!!!!

Itu tak termasuk waktu makan malam, solat, gosok baju, kemas baju, kemas beg, etc etc.
Bila kira-kira tinggal 3 jam je!!!!!

Selalu rasa macam ni..
Hujung minggu nak tidur. Nak rehat. Taknak keluar rumah. Nak lepak tengok semua channel kat tv.
Tapi...
Mesti adaaaaaa jeeeee yang nak kena pergi sana pergi sini.. 

Akhirnya,
Bila tiba Isnin, mulalah penat dan frust tak dapat main-main dengan Irfan & Aisha.
Walhal,
Tak baik mengeluh kan.. Hiks

Ok.. Sebenarnya bukan ini cerita utama..
Alahai.. Mak mak sangat lah rasanya, asyik membebel je.. *wink

Ceritanya,
Isnin semalam appointment Irfan dengan klinik genetik HKL.
(mohon kalau mommies superangel nak pergi klinik genetik untuk follow up, jangan pergi Isnin..!!)

Takyah cerita la sebab apa untuk apa appointment itu semua. 
Dah pernah cerita apa dan kenapa kat sini

So..
Doktor kata..
Takpayah pergi appointment genetik lagi. Yeayyyy!!!
Kecuali..
Jika Irfan terkena fit ke, atau development dia terhenti ke. atau emergency lain.
Tapi..
Kalau nak pergi setahun sekali pun boleh. Ibarat courtesy untuk build the relationship antara Irfan dengan hospital.. Giteww.. Hahaha!

Jadi..
Untuk harini dan masa akan datang..
Hubsy dan I akan teruskan rawatan untuk Irfan..
Cita-cita untuk anak ini takde lah tinggi sangat..
Yang penting..
Irfan happy hidup kat dunia.. 
Sebab Inn shaa Allah.. Akhirat dia dah tentunya syurga..*Aminn

Therefore, 
Big pat on my back.
Hubsy and I did great so far..
For the better life of Irfan..
We are so proud of Irfan.. He survived and keeps surviving..
He is one strong lil boy.. *clap clap

Till then, 
Babai..
Oh!! Adik nak jugak!!! hahaha

November 23, 2014

A Sunday well spent..

Assalammualaikum.
Mommies kalau nampak je gambar ni, mesti tau dah nak story apa.. Hiks!!

8th Maternity & Children Expo kembali lagi..!! 3 hari event yang I yakin tepat dan jitu penuh sangat dengan crowd.. Sebab tu masa plan nak pergi expo ni, kitorang decide taknak bawa babies dan paling penting gerak awal pagi (instead of tengahari)..

So.
We went there today. Sampai sana around 10.30 am macam tu. Lega!! Crowd tak ramai lagi.. Tapi still, que untuk free goodies dah panjang.. 

We had our checklist on what to buy and to look for. 

Tapi...
Tau laaa.. Mommy kan kalau lalu kedai yang nampak baju cecantik terusss lemah semangat.. 
Belek-belek setiap baju comel-comel tu.. Hubsy da pening kepala tunggu depan gerai.. *sorry yang.. 

Berbanding dengan tahun lepas, rasanya macam lagi banyak crowd tahun ni.. 
Tapi kecewa sangat.. Drypers tak join event ni.. 
Sebab nakkan jugak discounted price untuk pampers, so beli jugak... 

Pet Pet!!
4 pek pampers : RM120..
Maksudnya 1 pek (80 pcs) dapat pada harga RM30. Not bad.. Kann
Lepastu, dia bagi lagi free 14 pcs drypants..
Kira okayyy laaa tu.. 

Well..
Motif utama kitorang pergi sini sebab nak beli pool.. 
Actually, last week kan ada International Baby Expo (IBEX) kat KLCC.. Jumpa booth jual pool ni.. 
So, 
Plan nak pergi je kedai dia kat Kepong..
Malangnya,
Semalam call dia kata kedai tutup sebab dorang open booth kat Expo Mid Valley ni..
Itu sebab kami di sini harini... 

So..
About the pool. The price is RM300. Sebab ada promo, dapat free electric pump.. 
Cuma..
Tak tau exact size sebab kotak dia entah bahasa apa. Haha. 
Just the height we know is about 5 ft..

Irfan first time pakai neck float.. Hihihi!!

Akhirnya..
Boleh buat hydrotherapy kat rumah. It's free and even we both mama papa can join. Hahah!

Yang lain-lain punya barang shopping taknak lah cerita...
Tu semua menimbulkan stress si hubsy nanti sebab nak layan wife dia shopping benda tak penting.. Hahahaha!!!

Lepas penat tu pulak kan,
Kitorang makan aiskrim.. Nyummmsssss

Happy kan muka hubsy?? 
Nasib baik terus senyum.. Hihihi..
Risau jugak dia marah sebab shopping tadi..

Sedap sedap... 

Happy Sunday!!
Esok kerja... Sobs..

November 21, 2014

Alamak.. Adoii.. Alahai...

Assalammualaikum..

Jumaat Jumaat Jumaat.. Suka sangat tengok kalau lelaki ke pejabat pakai baju Melayu siap bersampin.
Tak pasal-pasal hubsy pula kena paksa pakai baju Melayu bersampin ke office setiap Jumaat..
Hiks..

Pastu,
Semalam pagi macam kecoh sangat nak ke office. *hari-hari pun kecoh sebenarnya
I da siap pam susu untuk Aisha, so letak je kat meja study..
Kebetulan pagi tu dah terfikir dah nak cuci cadar.
So, gigih la cabut cadar sarung bantal semua letak dalam bakul.. 
Sebab nanti bibik tolong masuk dalam mesin basuh..

Tengah kelam kabut tu, 
Hubsy bersungguh rajin nak tolong buka sarung sama.. *appreciate sangat
Tak lama lepas tu..

Hubsy : Alaahaaaaiiiiii...

Wife : Nape? Nape?

Hubsy : Susu Aisha tertumpahhhh..

Wife : Oh nooo... Camne tumpah?? Bazir sangat.. *menangis-nangis...

Hubsy : Saya campak bantal busuk saya kat atas meja ni.. *bukan bantal busuk sebenarnya. haha!

I pun facepalm lah. 

Ok look.. 
What is exactly I am trying to share here is that, we face risks in everything that we are doing..
Bukannya I kerja sebagai Risk Officer, I nampak risk dalam global / business area je.. Tapi benda simple macam ni pun sebenarnya risk..

Susu tadi akan tumpah bila terjatuh.. Tapi kalau kita ambil langkah awal (prevention/mitigation action) untuk tidak pastikan susu tu tumpah, susu tu takkan tumpah.. Kann

Antaranya, 

  1. I tak letak susu tu atas meja, tapi letak kat dapur, tutup dengan penutup botol siap; atau
  2. Fandy tak campak bantal busuk dia kat meja, tapi cuma alihkan je bantal tu ketepi sikit
Jadi cuba kita perhatikan sekeliling kita..

Sedang kita berjalan atau duduk, atau apa je yang kita buat, akan ada je kemungkinan untuk kita jatuh / luka / didalam keadaan bahaya... Tapi dah bersediakah kita untuk respon pada kemungkinan itu dan mengurangkan impact terhadap risiko tersebut..

Giteww... Educational sangat..

So, apa cerita korang harini?? Apa risiko yang ada sekeliling korang agaknya eh?? *kepohci sangat. hiks


like daughter like daddy
like son like mommy
itsokay

November 19, 2014

Babies are cute but....

Assalammualaikum..

Waahhh.. Leen, rajin sangat update blog kebelakangan ni kan..
Hahaha.. Tak kisah la... Layankan please..

So
Kejap je da masuk minggu kedua bekerja lepas Aisha keluar dari perut. 
Sedih.. *sobs sobs 
Dulu Irfan pun sama, macam rasa tertekan gila.. Rinduuuuu
Mana tak, sepanjang cuti haritu, 24 jam dengan Irfan, dengan Aisha.. 

Sekarang
Kerja.. Kerja.. Kerja..
Sometimes I get irritated, just because I am at the office and the kids are at home..
Nak elak kan stress terus, I dengar radio sambil kerja, curi masa kejap with blogging, borak dengan colleague dan makaaannnn... Semua tu untuk distract diri daripada asyik teringat kat anak-anak.. Macam yang I tengah buat sekarang ni laa... Hahahaha!!

Pergh. Jangan salah faham please. Bukannya tak buat kerja. Buat je..
Semua kerja ada dateline kan, yang penting semuanya siap..

Ok ketepikan konflik emosi..
Teringat anak-anak.. (Ahah!! Dah anak-anak sekarang..) Hahaha!!

Diorang ni macam bear kecil yang comel, yang bila kita tengok rasa nak gigit semua part kat badan dia.
Tambah-tambah yang jari-jari kaki kecik tu kan, macam candy je bila tengok..
Ngap sekali mesti kenyang.. Hahaha!

Baik Irfan, mahupun Aisha.
Dua-dua pun baby. 
Seorang tu baby laa, sebab dia istimewa, layan pun mengalahkan baby.. Acane tu.. 
Yang seorang lagi tu, dah memang pun baby..
Bila dua-dua menagih attention dengan serentak.. Gahhhh!!!
Yang kecil-kecil comel tadi semua jadi raksasa. *raksasa versi comel laa of course..

Haaa... Baru tau.. Bukan senang nak jaga anak.. 
Tapi still... I enjoy my parenthood life.. Hari-hari macam eksperimen.. Explore benda baru terhadap creatures Allah yang maha hebat ni.. 

So, apa cabaran ibu-ibu muda harini??



Pandai betul kan buat muka.. Ni sebelum diorang cranky.. Masa dua-dua tengah mengaum, tak sempat la mama nak snap gambar.. hiks

November 17, 2014

November the 11th..

Assalammualaikum..

Bila nak tiba je November, mesti excited lebih. Kenapa tidak? 
Happy lah celebrate wedding anniversary. 

Macam biasa, I am the most excited and sweetest wife ever.
You see, lepas bertahun-tahun kahwin, hari-hari jumpa, aktiviti buat bersama, semuanya rutin.
Jadi, saya pun andaikan, setiap tahun, bila tiba anniversary, kita celebrate!! Yeayyy

Eh.. What??!! Celebrate??!! Oh nooo... Duit tade! 
And what else??!! 
Baru lepas beberapa hari habis berpantang.!! 
*drama!

Masa tu ligat lah mencari idea.. Then entah macam mana, dalam toilet nyanyi-nyanyi lagu All of Me sebab dia dedicate lagu ni haritu.. Terus ada banyak lightbulb atas kepala.. 
*dalam harapan juga lepas ni ada la komposer nak sign kontrak. haha!
Noooooo laaahhhh!!! 

So cepat-cepat minta tolong sahabat hidupmati, Shadiq & Junn. Shadiq Junn. Shadiq Junn.
Nasib baik lah, ada jugak orang nak layan request I. *kelip-kelip mata
Kita skip la part dia arrange kan venue, time, music arrangement, etc etc. tu ok??
Cuma nak cakap terima kasih guys. Alaaa.. Tak tau lah nak macam mana, kita high-tea nanti. ok?

Dan buat suami, 

Something new to you tak? Haha. I love you.!!



Hasil reaksi Fandy???


I is happy too. And I love you even more..

So, tahun depan buat apa pulak??????!!!
*pengsan

November 14, 2014

Mama is back to work!!

Assalammualaikum..

How time flies. Zuup.. Zuupp.. Zuuppp je masa. Entry lepas baru cerita pasal 'our upcoming arrival of our 2nd baby'. Tiba-tiba harini dah cerita 'mama is back to work'. Dah mula kerja da selepas 2nd delivery and even da habis confinement period pun. 

So far, Alhamdulillah. 
Baby , abang baby, ayah baby semua sihat. 
And for baby, we name her Aisha Amani. 

Ok, Back to the post title. You see, kan dah habis semua cuti 60 hari, terpaksa la gigih hari pertama naik kerja. 
Worst feeling ever I tell you. 
Babies kat rumah, mommy kat office. Kering air mata menangis setiap pagi. *drama

So, tell me about it. Perempuan memang superwoman. Kann..
Bangun pagi as early as 6.30 am. Prepare to work, prepare milk supply utk baby, kalau sempat prepare breakfast *facepalm sbb selalu tak sempat. Then petang pulak around 7.00 pm macam tu baru sampai rumah. 

Quality time dengan anak-anak dah pendek sebab kena spend more than 10 hours on the road and at the office. Tapi, itu la realiti, kerja, dapat duit for better living, lepas tu baru boleh happily ever after *sigh

To worsen the feeling, as parents mungkin kita akan tertinggal certain benda baru baby boleh buat. Tak dapat nak keep track the milestone pun. *menangis air mata darah lagi

Ok lah, cut short je. Kita move on. Mungkin nanti akan ada jalan rezeki besar untuk keluarga kami yang boleh bagi peluang lebih lama untuk bersama anak-anak. *berdoa pejam mata rapat-rapat...

I belanja gambar Aisha Amani satu k.