August 30, 2012

Sedikit perkongsian mengenai Hydrocephalus.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah dengan segala keajaiban dan kekuasaan yang dimilikiNya.

Mungkin ada yg tau, ada yg tak tau. Sewaktu baby di minggu yang ke 26, dia disyaki mengalami hydrocephalus atau hydsrocephaly. Iaitu apabila terdapat kandungan cecair yang lebih daripada baby seusianya patut ada di dalam otak.

Kejadian macam ni boleh jadi sama ada bayi di dalam kandungan atau yang baru lahir atau juga kanak-kanak. Untuk bayi yang di dalam kandungan, perkembangan hydrocephalus mungkin boleh dikawal sepanjang tumbesaran di dalam rahim sewaktu trimester ketiga atau mungkin sebaliknya. Sekiranya ia berkurangan, ia menunjukkan bahawa saliran cecair itu masih terkawal.

Alhamdulillah, sebab semasa check up baby semalam, cecair tu tidak bertambah mahupun berkurang. Namun begitu, saya masih mengharapkan agar baby ni sihat sihat je dan tiada apa yang serius. 
  p/s: mama memang suka pejam mata bila amek gambar

August 28, 2012

Hening Malam

Di setiap hening malam, tidur baring mama tak pernah nak lena. Iring kanan, anak mama tendang mama kuat-kuat sebab terhimpit. Mama kalih kiri, anak mama tendang mama lagi. Kesian anak mama. Mama gigih baring menegak walau pinggang mama dah tak mampu nak tampung. Tapi sayang, bila lihat perut mama berombak-ombak oleh pergerakan anak mama kat dalam ni, semua sakit pun hilang

Di setiap hening malam, perut mama tak selesa. Tak tahu inginkan apa. Makan sudah, semua pun sudah. Tapi sentiasa perut mama perlu diusap-usap. Tapi sayang, bila mama pejamkan mata, merasa pergerakan anak mama dari dalam, mama tersenyum sendiri membayangkan kebesaran Allah.

Di setiap hening malam, terjaga mama dari tidur. Terlalu ngilu, tidak termampu menahan air kecil. Terkadang segalanya tidak terkawal, terasa basah seluar mama. Tapi sayang, melihat perut mama semakin membesar dan membayangkan wajah anak mama, mama rasa bahagia sangat sayang.

Hening malam mama sentiasa ditemani anak kesayangan mama. 

August 27, 2012

Aidilfitri 2012 #2

Lebaran 2012 kali ni napaknya lebih bermakna untuk saya bila ini merupakan kali pertama saya sambut lebaran dengan keluarga mertua.

Memandangkan rumah keluarga saya dengan mertua dekat je, maka lepas bersalam raya dan makan-makan kat rumah Langat, saya dan suami terus ke rumah mertua. 

Dan memandangkan saya menantu sulung, jadinya tiadalah ipai duai yang lain.. heee.. Tunggu la setahun dua lagi ke kan...
Haa...Ini keluarga mertua saya. Cuma kurang lagi sorang adik Fandy sbb dia lambat sgt sampai.
Orang lambat tak dapat gambar.. Haha.!

Aidilfitri 2012 #1

Alhamdulillah. Lebaran 2012 menghimpun kan lagi kami sekeluarga di pagi raya. (Syiokk bila rumah penuh je!!) Syukur di atas limpah kurniaNya.

Harus la pagi syawal macam ni ada sikit sikit drama tangisan syawal. Semua pun nak berlinangan air mata. Syukur sangat la kan sebab dapat berkumpul macam ni walaupun kejap. 

Lazim lah kan bila musim raya macam ni, duit raya pun terbang melayang untuk anak-anak buah yang semakin demanding duit raya. Haha.
Itu dia!!!
Berpasangan seiring berbaju Hijau Serindit, Papa dan Mama
Berhimpunan Kuning Diraja, Abg Hafiz dan Keluarga.
Beriringan Hitam Pendekar, Abg Farid dan Keluarga.
Berdua berbusana Biru, Leen dan Suami.

Ini je yang sempat. Mungkin takde rezeki nak ambil gambar banyak-banyak kali ni sebab masing-masing da lapar. Tunggu la tahun depan, kena uat schedule ambil gambar.. Haha.. (",)

Salam Lebaran!!!

August 26, 2012

Salam Aidilfitri 2012.

Assalammualaikum.

Yang utamanya, Selamat Hari Raya! Alhamdulillah. Diberi kesempatan untuk bertemu lagi Syawal, 1433 H. Boleh diibaratkan tahun ni lebih meriah dari biasa. Mana taknya. Tahun ni raya sebagai isteri. 

Di kesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada keluarga dan sahabat handai. Tak lupa juga kepada bloggers dan followers saya. Ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa dan terlanjur bicara. 

Semoga lebaran tahun ni, memberi 1001 pengertian untuk muslimin dan muslimat sekalian alam. InsyaAllah..

Blogwalking di Blog Sendiri.

Bersawang istilah paling tepat bila nak menggambarkan betapa lama blog ni tak diusik. Entah apa mimpi terasa seperti nak blogwalking di blog sendiri. 

Memantau dan mengimbas hasil penulisan dulu. Heh. Tergelak sendiri. Budaknya!!! 

Tapi semakin lama, cara menulis itu semakin berubah. Tapi entah semakin baik atau tak, bergantung pada mereka yang membaca. 

Insyaallah. Selagi minat untuk bercerita dan menulis masih ada, selagi itu, PenaMenari terus wujud. 

p/s : Selamat Hari Raya 2012!!!