February 27, 2012

Allah Maha Besar.! Ciptaan Teragung!!


Mengalir air mata bila tengok pembesaran satu nyawa dalam perut. Besarnya kuasa Allah. Maha Pencipta. Hebatnya~~

Kehamilan

Alhamdulillah. Hamil tu anugerah Allah paling bernilai. Takde apa pun yg boleh ganti dengan tunai, hadiah ke apa je dengan satu nyawa! Satu nyawa yang hidup dalam rahim tau..

Bila kita hamil, banyak yang kita kena belajar. Terutama tentang perkembangan bayi di dalam rahim tu. Beginilah kedudukan bayi di dalam badan kita tau. Nak tau lebih lanjut perkembangan bayi dari bulan ke bulan dalam rahim ibu???

Tunggu post seterusnya k. Kita ikut pekembangan bayi dalam perut saya ni, dari hari ke hari.

Kegembiraan Fandy Bakal Menjadi Bapa

Dia antara orang yang paling excited. Instinct dia yang kuat, dapat rasa dalam perut ni ada benih yang sedang mula membesar.

Hari kedua untuk buat pregnancy test tu kan, Fandy siap beli 3 lagi pregnancy test kit. tau! haha.

Malam tu, dia balik lambat main futsal. Pukul 1 pagi baru balik kot. Esok paginya, bila saya bgn kan, nampak nota ni atas meja. Hahaha!!

Debaran Pregnancy Test

Alhamdulillah. Rezeki Allah. Tapi untuk ini pun bnyk tau usaha dan petua kena ikut. (Kalau ada sesiapa yang nak petua, boleh tanya. Ini pun, dapat dari mereka yang berpengalaman)

Ada juge tanya, mcm mana saya boleh rasa saya mengandung. Heee~~~

Petang Rabu tu, badan rasa tak sedap. Rasa mcm nak muntah, tapi tak de pun. Badan letih gile!!! Petang tu, saya ckp dengan fandy nak buat Pregnancy Test. Kot kot kalau pregnant, so boleh decide sama ada nak pergi ke Pulau Kapas ke tak.

Khamis pagi tu, mmg tidur tak lena langsung weyh. Asyik2 terjaga. Rasa nervous gile. Nervous nak tau keputusan dia apa. Tak sempat pun alarm nak bunyi, saya dah terbangun da. Haha. Cepat2 pergi test. Dan ....Positif.!
Disebabkan masih ada keraguan, Jumaat pagi tu test lagi sekali. Dan kali ni, masih Positif.!

So, bila da positif ni, terpaksa lah kami cancel kan trip ke Pulau Kapas.


Sabtu pagi tu saja nak test untuk kesekian kali.. Dan Positif lagi. Alhamdulillah..

Tanpa lengah kan, Fandy terus call hospital panel nak confirmkan dengan doktor.

Tengahari tu, kitorang pergi KPJ Kajang. Jumpa doktor, cerita sana sini. Then, dia taknak pun buat urine test, dia kata nak terus scan.

Dia cakap, mungkin kalau kandungan 4 minggu susah nak nampak sbb kecil. Tapi, bila dia scan, dia kata clear pule kedudukan rahim dan semua pun jelas je.
Ia masih satu gumpalan darah. Tengok dekat atas sebelah kiri. Ada satu bulatan hitam mcm bentuk kacang hijau tu kan, keliling dia putih tu. Itu la dia!!!! Kuasa Allah.. Hebat...

Alhamdulillah. Dan terima kasih sangat untuk semua keluarga dan sahabat yang tak putus2 mengucapkan tahniah dan doa..

February 24, 2012

Friday - 24th February 2012

Such a relieved. InsyaAllah, if He wills it, then everything's gonna be fine. Blessed Friday. Alhamdulillah.!!!

February 23, 2012

Thursday - 23rd February 2012

Malam tadi tidur tak lena. Gelisah memikirkan pagi Khamis yang bakal tiba. Resah!!!

Dan kini, perasaan bercampur baur. Gelisah, gembira, sedih, kecewa, resah dan semuanya lah!

Menunggu esok hari. Nampaknya malam ni tidur tidak mungkin lena jua.

February 14, 2012


8 bulan berlalu semenjak penubuhan EMPHORIA. Bermula dengan semangat 2 sahabat yang ingin berjinak-jinak dalam perniagaan yang simple tapi menyeronokkan.
Kini, EMPHORIA atau pelengkap namanya EUPHORIA EMBUN tekad untuk menambah ahli dalam syarikat. Sebab utama, kami yakin dengan persahabatan kami dan kami percaya pada apa yang kami impikan.
Oleh itu, sahabat-sahabat dan blogger sekalian, saya dengan ini mengisytiharkan EMPHORIA KINI KEMBALI!!! Dengan produk, style dan keyakinan baru yang kami bawa.
Kami berbesar hati menerima sokongan semua dan sangat menghargainya.
Lawati kami di http://www.emphoria.com/ .



February 10, 2012

Darleen Kembali??

Last kita bersua tahun lepas! Lamanyaaaaa.....
Banyak yang tak update.
Tentang perkahwinan. (gambar kahwin pun belum)
Tentang percintaan.
Tentang kehidupan berumah tangga.
Tentang kekeluargaan.
Tentang persahabatan.
Tentang perniagaan..
dan tentang perKEMBANGan... hahah