February 12, 2013

Bell's Palsy & Saya

Assalammualaikum

Like I mentioned in the first Bell's Palsy entry, I was diagnosed with temporary facial paralysis. Sendiri pun tak perasan, dah almost 5 months!! Lama.... sangat!! 
Nah! Perubahan since October 2012 until January 2013. 

Perubahan ketara mostly bahagian mata dan mulut. Mata dulu membesar dan membulat, sampai dah tak nampak eyelid. Mulut pun jatuh dan mengeras, sekarang da boleh senyum. One more part yang saya rasa quite obvious is pipi. Dulu tak boleh nampak expression muka, sebab pipi nampak stiff je.

Alhamdulillah. Way better!! Belum 100% pulih tapi OK laa. Selesa. As of today, element yang masih keras, kening, hidung dan bibir. Tapi tak obvious.

InsyaAllah. I mean, penyakit datang macam ribut, tapi nak sembuh macam semut. Saya,family sikit pun tak pernah putus asa untuk cari apa je rawatan yang ada. Macam-macam! Dari rawatan professional sehinggalah ke rawatan tradisional. 

So, sharing with you here some of my personal knowledge and experience in facing and treating Bell's Palsy.

Tips 1: Persediaan Mental & Fizikal
Kuatkan mental dan fizikal. Perubahan macam ni pada diri memang akan bagi impact besar. To your inner self especially, your self-esteem, mood and your attitude. Yela. Social life pun dah tak macam dulu, malu nak keluar rumah la and such. Even, bila keluar, nampak orang lalu sebelah pun saya boleh fikir yang orang tu tengah cakap pasal muka saya.

Tapi... Tempat yang saya rasa betul-betul safe and sound, family. The husband (especially), mama, papa, brothers and sisters. Alhamdulillah. They have been very supportive. They never failed giving me advises, encouragements and the most I need, love. Thank you!!!

Tips 2: Dapatkan Rawatan Hospital
immediately seek for the Doctor expertise on the day 1. I was admitted for almost 2 weeks. Doctor prescribed Prednisolone, Methycobal dan Tanakan. Masa tu pula, saya still pregnant 9 bulan, so dosage doctor prescribed tu kurang sikit sebab tak nak apa-apa implications towards my health.

A week after that, Doctor refer saya kepada Neurologist
Dr. Abu Salim Idris di Hospital KPJ Tawakkal

Doctor ni, serius rare. Very friendly and supportive. During his diagnosis process, dia guna nerve responsiveness machine, cost me RM799!!! From there, dia cakap full blockage, meaning memang urat separuh muka tak boleh function langsung!

Doctor bagi ubat dan galakkan physiotheraphy and facial exercise.

Tips 3: Rawatan Islam Tradisional
A week after meeting with the doctor, saya deliver Irfan. Hari ke 7 pantang, masa berurut dengan bidan, dia urutkan muka sekali then bagi beberapa helai daun sireh untuk tekap kat muka lepas panaskan atas dapur. Amalkan.

Seminggu kemudian, balik Batu Pahat, berurut dengan nenek yang selalu urut arwah Tok. Dia bagi minyak angin Cap Kapak dengan air baca-baca untuk sapu kat muka dengan leher. Amalkan.

Berminggu-minggu kemudian pulak, pergi Darussyifa'. Ustaz bacakan ayat-ayat Quran, katanya buang benda-benda halus dalam badan (sekiranya ada). Sebab bila kita sakit, dalaman pun lemah, macam-macam benda yang boleh an nak datang. Lepas tu, dia bagi air baca-baca untuk minum pastu mandi 3 kali petang. Amalkan.

Semua ni saya amalkan sekadar usaha je. Samada berkesan ke tak wallahhualam. 
Tips 4: Rawatan Akupunktur
Sebulan kemudian, seorang hamba Allah ni, baik hati sangat! Dia recommend saya dengan Pengamal Perubatan Akupunktur. Kiranya, sekarang ni dah 13 kali rawatan.

Rawatan dia mudah, menggunakan jarum pelbagai saiz. Saiz tu bergantung pada tempat yang nak dicucuk. Cucuk-cucuk ni cuma ambil masa 30 minit je!

Jarum bahagian muka, saiz dia paling kecil. Sesuai dengan kulit sensitiviti. Yang dalam gambar ni baru separuh jumlah jarum jarum je. Masa awal-awal dulu, jarum dia 3 kali ganda banyak daripada ni. (>_<)

Akupunktur tak tertumpu pada bahagian muka je. Sebab urat kita ni berhubung antara satu dengan yang lain. Sebab tu jarum tu dia cucuk kat muka, belakang telinga, kepala, tangan, kaki dan perut.

Tapi jarum yang cucuk kat belakang telinga tu boleh bawa kesan bahaya. Takut tercucuk salur arteri. Boleh jadi inner bleeding. Sebab tu, kena pastikan jumpa acupunturist yang betul-betul ada pengalaman dan pengetahuan. 

So far, Mr Jong tak bagi saya makan herba sebab saya breastfeeding, tapi dia kata kalau pesakit yang lain, dia akan bagi herba dalam bentuk pil, supaya boleh cepatkan proses saraf untuk pulih.

Sebab tu saya pun nak recommend Mr. Jong.  Dia pun banyak share pengalaman dia buat rawatan akupunktur ni, terutama dekat Japan dan China. 

Lokasi :
E-G-19, Blok E, Plaza Suria, Jalan PJU 10/4C, Damansara Damai

Isnin - Jumaat : 8 pm - 10 pm
Sabtu & Ahad : 2.30 pm - 5.30 pm, 8 pm - 10 pm

Tips 5: Physiotheraphy
Sejak hari pertama admitted lagi saya buat physio. Cuma lepas bersalin, tak larat dah nak ulang alik hospital dengan anak lagi, Fandy belikan nerve stimulator portable machine, cost RM400. Function sama macam dekat hospital. 



Dekat rumah, saya ikut macam kelas physio dekat hospital. Mula sekali, letak hot pack 30 minit, kemudiannya baru pakai machine ni untuk 30 minit. Da siap tu, letak ice pack pula. Last sekali, sapukan lotion pada muka, buat urutan ke atas. Kena rajin buat la. 

Tips 6: Urut Mengurut
Lepas habis pantang pula, saya pergi berurut dengan Auntie Fariza. Auntie memang selalu urut Mama dengan Kak Najwa. Auntie Fariza ni, urut dia sakit. Sebab urut ikut urat. Tapi lepas urut tu badan lega la walaupun malam tu macam sengal-sengal. 

Masa berurut tu, dia mesti mula dengan refleksologi. Urut celah-celah kaki, tapak kaki semua. Lepas tu, dia urut badan, bahu, tangan, last sekali muka. Bila dah siap urut, Auntie akan ajar pula urutan yang kena amalkan kat rumah. Dia suruh rajinkan diri urut-urut sendiri. Saya minta Auntie urut dalam 2 minggu, sekali. 

Tips 7: Facial Exercise
Facial Exercise ni buat kat rumah je, bila-bila dan dimana-mana. Senang je. Antaranya, senyum, ketawa, muncung, angkat kening, kerutkan muka, kembang kempiskan hidung, dan semua ekspresi muka yang kita boleh buat. 

Sekarang ni, Alhamdulillah. Semua pun saya buat. Nak senyum, bercakap dan pejam mata semua senang dah. Syukur amat. Ada keluarga, ada kawan. Semua support dan bagi cadangan dan semuanya. Terima kasih kawan-kawan yang datang melawat kat hospital, bawa makanan la apa semua. (",) 

Harap-harap muka ni boleh sembuh sepenuhnya. Kalau cepat lagi bagus.(>.<). InsyaAllah