December 10, 2011

Antara yang sweet dia sebagai suami

Sepanjang hari saya merengek je dekat Fandy nak sangat makan meatball IKEA. Dia ajak pergi IKEA petang lepas waktu kerja. Tapi rasa macam nak pergi malam tak larat. Penat kerja seharian. Saya cakap nak pergi hujung minggu. Dia kata ok.

Petang lepas waktu kerja, saya banyak kerja lagi. SMS dia cakap ambil saya kerja lewat. Dia kata ok. Lewat petang tu, saya call tanya dia dekat mana. Dia kata dah sampai. Saya kata saya dah dekat motor dia. Dia kata, dia da belikan makanan.

Saya ajak dia masuk office, makan sama-sama. Dia buka beg besar dia. Banyak tupperware dia keluarkan. Kemudiannya, baru saya nampak ada tupperware berisi makanan. Meatball IKEA!!!!!

Dia naik motor dari Cheras, ke IKEA, semata beli Meatball dia je. Terima kasih sayang....

December 9, 2011

Dikritik dan Mengkritik

Terlalu mudah bibir dan lidah menari menghamburkan kata-kata kritik. Tidak terhadap diri sendiri, tapi kepada orang-orang sekeliling. Yang paling rapat? atau yang tidak langsung dikenali? keduanya mungkin..!

Melirik mata memandang ke cermin. Terlihat bayangan diri sendiri. Adakah terlalu sempurna tubuh yang dilihat? Layakkah kata-kata kritik diluah pada yang lain? Egoisma yang tidak mungkin menidakkannya. Lalu diangkat dagu, berjalan mendada, menunduk memandang yang lain.
Ketuk pintu hati, bertanya di mana murni diri.

December 8, 2011

Selamat Ulang Tahun Sayang..

081208
Batu Feringghi, Pulau Pinang

Memori beriringan di night market. Kita saling menjeling, meraup kebahagiaan malam dalam masa sama menghargai hubungan cinta yang tersimpul pada hening petang tadi. Berjanji untuk seia, berjanji untuk membahagiakan, dan berjanji untuk terus sayang

081211
Kuala Lumpur

Tidak seindah berjalan di Pulau Pinang. Namun, terlebih indahnya beriringan ke tempat kerja, dahiku dicium suami tercinta, dibekalkan makanan tengahari, dijemput pulang dengan senyuman mesramu, dan berdua sentiasa sehingga ke dinihari subuh esoknya.

Indahnya manis perkahwinan. Tiada bandingnya dengan hanya sekadar bercinta. Alhamdulillah dan syukur dikurniakan cinta sejati. Cinta ini InsyaAllah dipelihara, untukmu suamiku.

December 2, 2011

Honeymoon Trip???

Pangkor Island?

Ye! Fandy plan untuk honeymoon kami di Pangkor! Tapi, part yang mencabarnya ialah, kami hanya ada tiket bas pergi dan balik sahaja! Selain itu??? Tempat tinggal dan sebagainya...??? haihhhhhh.....

Dia kata, dia nak buat trip ni sama macam masa kitorang buat trip ke Penang dulu. Naik bas, sampai sana baru booked hotel, etc etc. Nasib baik saya pernah pergi sana SEKALI!! Sekurang-kurangnya, tau lah mana nak pergi ke apa ke..

Tapi, walaubagaimanapun, dia sweet sangat sebab rancang sesuatu. Hari pergi kerja pun, mood untuk kerja dah takde. Sebab tengah teruja nak pergi bercuti bersama si suami!! heeeee~~~

December 1, 2011

Effandy & Darleen - The Story


Salam semua!!
"Effandy & Darleen - The Story" .

V-log yang mengisahkan percintaan kami. Dari zaman perkenalan sehinggalah ke detik kami diijabkabulkan.Gembira, sedih, sakit, sihat, susah, senang, dan segalanya diceritakan di sini.

Terima kasih yang tak terhingga buat sahabat, Asilah dan Naqyah di atas hadiah perkahwinan yang tak berharga ni. Terima kasih sebab shoot video kitorang dan berusaha sekerasnya untuk jayakan tayangan video ni di hari persandingan kami.

" Aku tak tau macam mana aku nak balas jasa korang, tapi aku memang berterima kasih sangat dan berbesar hati sangat dengan segala usaha korang. Terima kasih.. And you must know, that I love you both so much."

Muahhxxx...~~~