Alhamdulillah. 2 tahun sudah berlalu. Syukur kerana masih utuh ikatan yang terjalin.
Terkenang saat gemuruh hati menunggu kedatangan awak dan keluarga. Tak senang duduk, berjalan sana sini. Rakan dan sahabat yang tak putus-putus cuba untuk mententeramkan gemuruh ne. Tapi, masih, hati meledak tunggu meletup.
Terkenang saat saya turun dari tangga menuju ke bakal mama. Saat turun dari tangga, saya cabut kasut saya sebab khuatir jatuh. Tertunduk sipu malu masa menuruni anak tangga, tapi saya sedar banyak mata yang memandang. Bertambah gemuruh!
Terkenang saat cincin disarungkan di jari. Terasa panas mata menahan air mata. Terharu sebab hubungan yang bermula sebagai kawan, diikat dengan ikatan pertunangan. Dalam doa yang dibaca, menitik setitis air mata yang tidak dapat ditahan. Dalam hati, saya berdoa semoga ikatan ini tiada penghujung.
Terima kasih Effandy, kerana memberi peluang kepada saya untuk merasa curahan kasih sayang dari awak. Terima kasih kerana masih bersabar dengan saya. Terima kasih kerana tidak pernah putus asa terhadap saya. Terima kasih kerana menerima saya seadanya. Dan terima kasih kerana masih berjuang untuk cinta saya.
InsyaAllah. Jika takdir Allah tertulis untuk kita bersatu dia dunia dan akhirat, maka tak ada apa yang dapat memisahkan kita. Segalanya terserah pada-Nya. InsyaAllah.