May 19, 2015

Ke Krabi. Days well spent.

*Serius panjang post ni. 

Assalammualaikum

I think I've covered enough of our experience in flight with babies to and from Krabi the other day. And received some other suggestions by mommies. And one of them is to have a travel logbook for babies. You know.. Macam bila kita bercinta ada simpan album resit, tiket wayang, gambar la apa semua.. Interesting gilaaa!!

So, the trip to Krabi has been planned since.. erm.. Last year in November-December. Involving me and my uni friends. All of us are married and have kids which of course are also joining the trip. Some of us, decided to bring along our parents and relatives.


1. The Stay

Kami tiba di airport Krabi dalam jam 8.30 am (Krabi time). Kalau ikutkan memang awal sangat! All airport transfer to hotel has been arranged by Sarah. So, bila keluar dari bag conveyor area tu dah ada orang yang tunggu nak angkat bag apa semua masuk van. 

Perjalanan dari airport ke hotel lebih kurang 45 minit macam tu. Hotel pilihan kami ialah Deevana Plaza Krabi. Despite the frustration me and my family have to experienced due to the late room check-in (kesian budak-budak and my parents. sigh), I still find the hotel's ambiance very welcoming.
Upon arrival, guests will be given a welcoming drink

Papa rehat-rehat di lobi;p
Lobby area and pool area. 
Lobby area ada sediakan ruang membaca. So, boleh nak santai lepak siang atau malam
Sudut kesukaan saya dalam bilik

Abang! Looking so abang-abang.



Atok dan Aisha. Kenapa eh banyak gambar dorang?

So... About the hotel, one of their attraction area is that they have a pool! I'm loving it! Sebab Irfan & Aisha boleh swimming. Pool hotel ni unik dan cool. Kedudukan pool di sepanjang blok hotel, so bila turun ke level bawah sekali, boleh terus terjun pool dari mana-mana area. Kalau dapat bilik kat bawah sekali, boleh terus terjun pool dari balkoni. 
Eh, mana Aisha eh?? Ohhh.. Tidur! Haha

Dan juga, they have kids room! Saya memang dah expect yang kemungkinan besar kami tak pergi island hopping, emerald pool atau hotspring waterfall. So, choosing the most comforting and 'best-in-town' hotel is our priority!

2. Best food in Krabi

Bila kat negara orang ni, saya akan pergi cari makan sedap-sedap. Terutama kalau tau makanan tu tak dapat sesedap kat Malaysia. Seriously,  Pad thai, Som tam, Phad prik, Raad na, Tom yam semua memang best! Walaupun ada kat Malaysia, tapi rasa lain. sedappppp kat Thailand lagi! haha. Boleh gemuk kalau duduk Thailand lama-lama!

Hari pertama sampai, kitorang pergi Bamboo Restaurant. Tempat cantik tapi makanan tak best!

Nasi goreng ketam (ketam tak tau kat mana). Haha! Mahal!

La Casa Restaurant! Seriously recommended! 
Air coconut milk shake & thai tea!
Dari kiri, Green Curry Beef, Tom Yam Chicken & Som Tam!

Nak pancake sedap? Pergi Yaminlah!
Banana Nutella Pancake dan Manggo + Susu Pancake
Pancake Yaminlah crispy. Nyums!
Fruit shake. Kena try Banana + Mango!

La Casa lagi. 
Additional order, Daging Phad Prik & Phad Tai. Jangan lupa Som Tam!
La Casa lagi on our last day! 
Order Mee Raad Na, Fried Mee dan Mango delight!

Cha Payom! (area airport Krabi)
Yang ni, wajib cuba Thai tea! Paling sedap!

Irfan & Aisha makan bubur je. 
Bubur nasi+ayam+kentang+carrot+broccoli

3. Our activities

Malangnya, kitorang takde pergi buat aktiviti menarik semuaItsokay. Tadapat pergi hopping apa semua, next time ada rezeki kitorang pergi lagi. 

So, how do we spent our days in Krabi?

We rented a car. 

Shopping!
We did shopping a lot! I mean it! A LOT! Ao Nang town ada banyak shop lot, lebih kurang macam dekat Pantai Cenang, Langkawi. Banyak lah baju murah-murah. Let say, nak cari souvenir pun banyak. Tapi kalau nak beli souvenir pergi ke Krabi Night Market, area Krabi Town. Kat sana lebih murah. Night Market buka hanya pada malam hujung minggu. Suasana lebih kurang macam uptown / downtown kat KL. Perjalanan dari Ao Nang ke Night Market lebih kurang 45 minit macam tu. Boleh naik tuk tuk atau kereta sewa.
Ni area Ao Nang Town.


Krabi Night Market. 

Massage
Fandy cakap, kalau pergi Krabi tak pergi massage, rugi! So, Fandy pergi massage dengan papa. Massage sejam dalam MYR 30 - 35. Murah!
Boleh try Sukhothai Massage!

Melayan budak-budak!
I really appreciate the time me and the kids had back in Krabi. Serius best!. 24 jam melayan dorang ni!


Antara aktiviti dengan Irfan & Aisha, kitorang bawa mandi pool. Tapi boleh pulak, setiap kali nak swimming, Aisha asyik nak tidur je. 



Pastu bawa main dekat kids room. Yang paling excited Aisha la. Macam-macam mainan dia explore.

Irfan kat dalam kids room macam tenang je. Syok kot. Haha.
Aisha tu tayah cerita la. Tengok je muka dia

And then, photoshoot session!!!! Wajib! Haha! Saya rasa saya berjaya dapatkan beberapa shot yang menarik. Anda rasa? hikhik







Dan selebihnya, kitorang nikmati pemandangan laut, mandi-mandi sikit, main ombak sikit, makan pasir sikit. Walaupun, tak dapat island hopping, tengok dari jauh pun ok. (Ye ke ni??!). Area laut ni ada dua, sebelah kiri lebih kepada kawasan bot-bot untuk island hopping, yang sesuai untuk mandi tu, area belah kanan, bersih, jernih..


























Ok lah. Gambar seterusnya semua hasil photoshoot hari-hari terakhir kami di Krabi.
Ok bai.



3 hari kat Krabi, gambar kat airport  je yang ada gambar dengan dorang ni. Hahahahaha!  


No comments:

Post a Comment