January 28, 2018

Apa yang kita lihat tak sama dengan apa anak kita lihat.

Hi.

Perasan tak? Semakin kita meningkat dewasa, semakin kita hilang nikmat atau perasaan menghargai terhadap sekeliling? Leen terkesan sungguh la dengan situasi masa 2 hari sebelum menjelang tahun baru haritu. Sekarang ni, anak-anak banyak mengajar Leen tentang cinta, hormat, menghargai, kasih sayang, perhatian dan macam-macam lagi. Dan pengalaman bersama mereka malam tu, antara apa yang Leen belajar daripada anak-anak.


So, ceritanya. 2 malam sebelum tahun baru, Leen bawa anak-anak pergi Putrajaya sempena festival LAMPU. Since tahun sebelum ni Leen pernah pergi dah, jadi Leen takde rasa excited sangat [haa.. ni contoh hilang rasa menghargai tadi tu. hiks] Jadi, niat sekadar pergi untuk meninggalkan jejak melalui gambar yang akan di post di social media je. haha!

Tapi.. Bila kami tiba kat sana, yang paling excited sekali anak-anak, Irfan, Aisha dan Medina. Bukannya dorang tak pernah pergi festival LAMPU tahun lepas tu, tapi level excited dorang macam first time tengok. Tau tak? Bila nampak je jalan, bangunan, lampu, kereta dan semua yang berlampu kan, reaksi Aisha 'waaaahhhhhh... mama... cantiknyeee...'. Dina pulak dah tak tahan sangat nak lari ke sana ke sini, kepala dah taknak duduk diam, pusing kanan, pusing kiri, nak lompat, nak turun, nak dukung. [Pening!]. Irfan pun asyik tergelak sorang-sorang bila nampak orang lalu sebelah dia sambil pegang lampu kelip-kelip. Seronok tak terkata kot kan tapi tak pandai nak cakap.

Setiap benda yang dorang lihat tu, pada Leen, takde apa pun. Macam contoh..... Oh. Lampu ada gambar kat bangunan. Oh. Kereta ada lagu dengan lampu, dah biasa tengok dekat Melaka dulu. Oh. Cekak Minnie Mouse ada lampu kelip-kelip, dah selalu beli masa jalan kat Jonker Walk dulu. Oh. Gelang ada lampu warna warni, dah pernah pakai setiap kali pergi konsert dulu. You know, excitement dah tak ada sebab kita pernah tengok.

Tapi tidak untuk anak-anak, dorang tengok semua benda walau untuk keberapa ratus kali pun, masih excited! Sampai lah masa Aisha tunjuk pokok-pokok yang dihias dengan lampu, dia cakap. 'Mama... Terima kasih bawa sini... Aisha suka sangat, cantik.. Seronok...' Leen rasa terharu, sebab bukan je dia menghargai apa yang dia nampak, tapi dia hargai kita. Dia rasa sayang sangat kat kita sebab dia nampak effort kita untuk buat dia seronok. Sedangkan pada awalnya Leen macam terfikir la juga, 'alaaa... mesti bosan je bawa budak-budak datang sini, bukan pandai appreciate apa pun lagi..'. Tapi, sebenarnya, bagi dorang, apa yang dorang lihat sepanjang malam tu sesuatu yang luar biasa, extravaganza, besar dan terlalu bermakna buat dorang.

Kita kan sebagai ibu dan bapa, kadang tak boleh lewa. Biar lah sekecil zarah pun sesuatu itu pada kita, tapi kita tak boleh tak sama-sama take part dalam excitement anak-anak. Bila dia happy, kita kena tunjuk kita macam excited juga. Sama-sama lompat, sama-sama teruja, sama-sama wooowww, sama-sama waaahhhh.. Bayangkan, walau hanya bawa ke tempat tu pun, anak-anak cakap terima kasih kat kita. Cuba kalau kita sama-sama ber wowwiiieee dengan dorang, mesti dorang akan jadikan kenangan keseronokan bersama tu sebagai core memories dorang. Dan perkara-perkara macam ni yang buat dia sentiasa terap kat hati dorang, yang kita sebagai mak ayah dia adalah priority dorang. Family through thick and thin, kan?! Oleh itu, jom la sama-sama kita perbaiki peranan kita...

Nak tengok tak pengalaman kitorang kat LAMPU malam tu? Leen share gambar eh..













2 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete