October 13, 2012

Detik Irfan lihat dunia.. (",)

Kesakitan Contraction

This is my first time! Getting pregnant and delivering a baby. Saya memang tak tahu langsung sakit contraction tu macam mana. Ada orang kata sakit yang teramat sangat sampai nak terjun bangunan (oh. seram!). Tapi yang jadi kat saya lain! I don't feel that pain yang sampai nak bunuh diri.

It is 6 pm, 12 Oct. Saya baru je plan dengan my lovely husband nak tengok midnight movie, Aku Terima Nikahnya. That exact time juga, saya rasa sakit pinggang. Sakit selang 30 minit, sampailah waktu Isya'. Lepas tu saya sakit pinggang like selang 10 minit. Saya waktu tu baru lepas order nasi goreng belacan untuk dinner (Memang kuat makan masa pregnant!).


Dalam 30 minit macam tu, sakit tu datang setiap 5 minit. Well the pain takde lah sampai nak terjun bangunan, rasa sakit sembelit. Tapi Fandy cakap, saya genggam tangan dia sampai dia rasa lenguh. Haha! Lepas makan, saya mandi, bersihkan badan semua (like nothing is going to happen in the next 4 hours). Mama, papa and my husband pun siap siap mandi.

Lepas tu, Mama tanya 'Alin rasa sakit tu macam mana? Pernah rasa tak? Sakit yang sangat ke? Mama tak boleh tolong, Alin yang tau badan Alin macam mana'. Saya kemudian fikir balik, sakit kali ni lain macam sikit, terus la semua bergegas siap-siap angkut beg-beg bersalin dan baby sekali. (Dalam hati, dup dap dup dap. Nervous laaa kalau betul-betul bersalin malam ni!)

Bukaan 6 cm!!

Bertolak dari rumah dalam pukul 10 mlm. Sampai Ampang Puteri Specialist Hospital 30 minit kemudian. Register dekat Emergency Department, then nurse attendant tolak pakai wheelchair ke labour room.

Guest what?!! Sampai dekat labour room, nurse (bidan) seluk tangan dia (sakit tau???!!) Nurse tu cakap, da buka 6 cm. Terkejut I!! Bersalin malam ni!! That time I was like freaking out, the thought of the baby will come out from my V-Zone really scares me much. I immediately then texting my parents, my siblings, parents in law and close friends, asking for forgiveness and smooth delivery.

Nurse pasangkan contraction level detector machine. At that time, my contraction level is around 60.  Dalam pukul 11.30 mlm mcm tu, nurse pecahkan air ketuban. Masa tu, contraction level naik sampai 90. Sakit? Allah je tau. Syukur Alhamdulillah, Fandy was there all the way through. He is my strength! But you know what?? Doktor kata 90 tu baru separuh, masa betul-betul nak keluar dah, level contraction tu boleh sampai 150!! 

Doktor Zalina arrived around 12 am. Masa tu dia tanya, ada rasa nak berak tak? Saya spontan jawab ada.  Dia tanya da ready ke? Saya jawab la, tak tau bila masa yang sesuai untuk dikatakan ready. Everyone then laughed! (Is it funny??). Doktor suruh saya pakai oksigen untuk bernafas, so boleh tahan sakit contraction tu. With that saya boleh simpan tenaga untuk push nanti. 

Sakit macam mana pun saya masih boleh gelak-gelak lagi tau! Petua dia, masa kita rasa sakit yang amat sangat tu, sedut nafas dalam-dalam guna hidung, lepaskan pelan-pelan ikut mulut. Bila kita buat mcm tu, baby dalam perut tak rasa sempit dan sakit contraction tu kurang. Senang baby nak keluar. (thanks Mama for the superb advice. It works!!)

Akhirnya dalam pukul 12.15 tgh malam tu, doktor kata, bila rasa contraction tu, push kuat-kuat. Petua nak push: 
  • jangan sekali-kali angkat bontot (ee.. seram tau, nanti boleh koyak bontot you)
  • push bila rasa sakit sangat-sangat, jangan main push je, nnt guna tenaga banyak
  • cuba elak untuk ambil epidural sbb epidural buat kita tak rasa sakit, nnt tak tau bila nak push 
Kepala baby dah nampak!!

Credit to Fandy. Dia kuat semangat. I mean, bukan semua lelaki boleh tahan tengok benda-benda macam ni. Tapi yang melemahkan sangat kan, dia boleh describe apa yang jadi kat bawah sana masa saya tengah sakit!! Mesti lah seram kan.. ;p

So, masa push yang pertama, doctor panggil Fandy, dia tunjuk rambut baby. Masa tu, Fandy da duduk sebelah doktor da (sibuk juga nak jadi bidan!). Tapi dalam masa yang sama dia bagi semangat jugak. Saya tak ingat berapa kali saya push masa kepala baby keluar. Bila kepala baby da keluar, doctor suruh push one last time untuk keluarkan bahu dia. 

Kalau tak silap saya, 3 kali push baru baby keluar. Ya Allah, masa tu tenaga memang dah habis. Ikutkan hati nak je ckp kat doktor, saya da give up, tak larat. Tapi dalam masa yang sama saya tak nak baby pula lemas (kasihnya Ibu!!)

Irfan buka mata!

Keluar je bahu baby, doktor terus tarik dia keluar. Saya rasa Allah je yang tahu betapa leganya saya bila baby dah keluar. Tapi saya memang dah separuh nyawa dah. Letih sangat!

Sayup-sayup je saya dengar doctor panggil Fandy untuk potong tali pusat baby (launching ceremony..). Nurse ambil baby, cuci hidung, telinga, mulut, mata semua then letak atas perut saya. Miracle! Miracle! Subhanallah!! 

Masa tu, baby buka mata! Dia pandang saya then dia pandang Fandy. Happy mother I am!! Dia pandang parents dia dulu! I am blessed!! Alhamdulillah. 

Tak lama lepas tu, doktor keluarkan uri. Besar juga uri. Saya terasa juga lah masa doctor tarik. Doctor kemudian jahit balik mana yang koyak. Jahitan lebih kurang 2 cm. And then I am done! I am a mother now! 

Irfan bin Mohamad Effandy
Lahir 13 Oktober 2012, jam 12.47 am @ Ampang Puteri Specialist Hospital
Berat : 3.0 kg, Tinggi : 51 cm

October 7, 2012

Bell's Palsy

Bell's Palsy - iaitu kelemahan pada muscle muka. Kebiasanya berlaku pada sebelah muka sahaja.

Kenapa saya cerita tentang Bell's Palsy ni?? Saya pun mengalami sakit yang sama! Separuh bahagian muka sebelah kiri saya tak boleh gerak. Macam paralyze! (sad kan?)

Mengikut doktor dan bahan bacaan internet yang saya google, punca bagi setiap orang yang mengalami Bell's Palsy ni lain-lain. Secara spesifik untuk saya pulak, saraf muka atau lebih tepat 7th nerve saya disebelah kiri membengkak dan menyebabkan muscle tu lemah. Jadinya, arahan daripada otak tidak sampai ke 7th nerve tu dan sekaligus sebahagian muka di sebelah kiri saya tak boleh gerak.

Bahagian yang terlibat :
  1. Kening : tak boleh angkat kening dan tak boleh kerut-kerut
  2. Mata : kelopak mata tak boleh tutup rapat. Bila tak boleh tutup, mata jadi pedih sebab habuk, udara masuk (sakit sangat!)
  3. Hidung : tak boleh nak kembang kempis, pastu takde hingus
  4. Mulut : tak boleh senyum, ketawa lagi lah tak. Pastu nak minum pakai straw susah sebab mulut tak boleh muncung
  5. Deria rasa : deria rasa di sebelah kiri kebas
Rawatan yang diberikan doktor :
  1. Pengambilan steroid Prednisolone - untuk saya, doktor kurangkan dos daripada 4 biji 3 kali sehari kepada 3 biji 2 kali sehari. Sebab steroid ni menyumbang kepada kenaikan paras gula dalam badan. Risau pulak kat baby.
  2. Pengambilan vitamin Methycobal - ni vitamin untuk otak
  3. Physiotheraphy - setiap hari sekurang-kurangnya 1 kali sehari. Rawatan dia terasuklah hot pack, stimulasi saraf menggunakan mesin khas, ais, massage muka, dan senaman untuk otot-otot muka
Mengikut kajian :

Bell's Palsy lebih banyak berlaku di kalangan wanita. Dan dikalangan wanita, lebih tertumpu kepada perempuan mengandung di trimester ke-3, perempuan yang baru lepas bersalin, serta remaja yang stress.

Sekarang ni, saya da mengalami Bell's Palsy selama 12 hari. Tak banyak perubahan pun. Cuma taklah seteruk 2 hari pertama yang saya kena. Tapi rawatan tetap diteruskan.

Semua ni kan puncanya dari sakit kepala, saya urut belakang telinga dan akhirnya demam. Bila bangun je esok paginya, terus muka di sebelah kiri tidak boleh gerak. (Bahaya tau main urut-urut sendiri ni)

Untuk tempoh Bell's Palsy ni pulih, erm... Saya pun tak tau. Doktor kata 6 - 8 minggu, tapi ada yang lebih, ada yang kurang. Bergantung pada individu. 

Mohon doa daripada keluarga dan rakan semoga saya cepat sembuh k. Kadang-kadang emosi terganggu sebab sakit pada bahagian muka belah kiri dan rasa tak selesa. 

Muka saya sekarang lebih kurang macam dalam gambar kat bawah ni ... Tapi takde lah herot jatuh ke bawah. Dia macam statik je. Jadinya, kita tunggu je la bila muka ni akan sembuh sepenuhnya, ya? Aminnn